20/10/2026
📢 KENYATAAN PENAFIAN RASMI UNIT PENGAMBILAN PDRM
PENAFIAN BERHUBUNG POSTER PENGAMBILAN PDRM TAHUN 2026 YANG TULAR DI TIKTOK
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin MENAFIKAN poster berkaitan pengambilan jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel PDRM bagi tahun 2026 yang sedang tular di platform TikTok seperti yang dipaparkan.
Untuk makluman orang ramai, Unit Pengambilan PDRM TIDAK PERNAH mempunyai atau mengendalikan akaun rasmi di platform TikTok. Sehubungan itu, sebarang poster, hebahan atau maklumat berkaitan pengambilan PDRM yang disiarkan melalui akaun TikTok tersebut bukan merupakan hebahan rasmi Unit Pengambilan PDRM.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan serta sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan permohonan jawatan dalam PDRM.
Sebarang maklumat rasmi berhubung pengambilan jawatan PDRM hendaklah dirujuk melalui portal e-Pengambilan PDRM di pautan berikut:
🔗 https://epengambilan-hrmis2.rmp.gov.my/
Kerjasama orang ramai untuk menyebarkan kenyataan penafian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak sahih amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGAMBILAN
JABATAN PENGURUSAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)