AADK Negeri Kelantan

Call Directions Website

AADK Negeri Kelantan AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN
TINGKAT 1 & 8 MENARA PERBADANAN
JALAN TENGKU PETRA SEMERAK
15000 KOTA BHARU
KELANTAN

Ramai yang sibuk “track” parcel setiap minit. Tapi, ada yang terlupa nak “track” hala tuju hidup sendiri. Kadang-kadang,...
04/10/2026

Ramai yang sibuk “track” parcel setiap minit. Tapi, ada yang terlupa nak “track” hala tuju hidup sendiri. Kadang-kadang, 'penghantaran' masa depan kita boleh tergendala atau terus gagal (failed delivery) disebabkan satu pilihan yang salah.
Terjebak dengan pengaruh bahan terlarang atau kawan yang toksik ibarat kita sendiri yang tekan butang "CANCEL ORDER" pada impian kita. Rugi kan?
Hujung minggu ni, jom kita pastikan 'logistik' hidup kita berjalan lancar. Jauhkan diri daripada risiko yang boleh merosakkan 'shipment' kejayaan kita.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.


Ramai yang sibuk “track” parcel setiap minit. Tapi, ada yang terlupa nak “track” hala tuju hidup sendiri. Kadang-kadang, 'penghantaran' masa depan kita boleh tergendala atau terus gagal (failed delivery) disebabkan satu pilihan yang salah.

Terjebak dengan pengaruh bahan terlarang atau kawan yang toksik ibarat kita sendiri yang tekan butang "CANCEL ORDER" pada impian kita. Rugi kan?

Hujung minggu ni, jom kita pastikan 'logistik' hidup kita berjalan lancar. Jauhkan diri daripada risiko yang boleh merosakkan 'shipment' kejayaan kita.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Hari ini adalah peluang baru.Selalu rasa bersalah jadi penghalang utama untuk seseorang itu bangkit semula? Rasa macam d...
04/10/2026

Hari ini adalah peluang baru.
Selalu rasa bersalah jadi penghalang utama untuk seseorang itu bangkit semula? Rasa macam dah tak ada harapan, rasa macam dunia dah tertutup rapat.
Tapi ketahuilah, selagi nafas dikandung badan, selagi itulah peluang untuk memperbaiki diri sentiasa ada. Tak perlu tunggu jadi sempurna untuk mula berubah, cukup sekadar ada azam yang kuat untuk tinggalkan jalan yang gelap.
Jangan biarkan satu kesilapan merampas seluruh masa depan. Dapatkan bantuan, bina semula kehidupan dan mulakan langkah yang lebih baik.
Kepada anda yang sedang berjuang dalam proses pemulihan, kami bangga dengan setiap langkah kecil anda. Anda kuat! Sejauh mana pun tersasar, masih ada jalan untuk kembali.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.


SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78Sempena Hari Pendaftaran Negara ke-78, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...
01/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78

Sempena Hari Pendaftaran Negara ke-78, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan selamat dan penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas komitmen berterusan dalam memastikan pengurusan identiti dan pendaftaran rakyat sentiasa terpelihara, cekap dan berintegriti.

Identiti yang sahih merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang selamat, teratur dan berdaulat.

Semoga semangat “Identiti Amanah Negara” terus menjadi landasan dalam memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
serta seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan








01/10/2026

Kelesuan Minda: Jangan Biarkan Tekanan Menghancurkan Masa Depan!

Kadang-kadang, rintangan hidup terasa terlalu berat sehingga kita rasa sesak. Apabila tekanan melampau, ada yang tersilap langkah dengan mencari 'ketenangan palsu' melalui bahan terlarang.

Ingat, minda kita perlukan rehat yang tulus, bukannya gangguan kimia yang merosakkan saraf. Kita perlu bersama dalam menjaga kesihatan jiwa.

Cara Pulihkan Tenaga Minda Secara Sihat:
📱 Jauhi Gajet Sejenak: Beri ruang untuk mata dan fikiran berehat daripada dunia digital.
⚽️ Hobi Yang Menenangkan: Beriadah di luar, melukis, atau sekadar berbual dengan teman yang positif.
👫 Dapatkan Sokongan: Jangan simpan beban sendirian. Luahkan pada mereka yang sudi mendengar.

Jangan biarkan tekanan hidup memadamkan cahaya masa depan kita. Berehatlah seketika, tetapi jangan sesekali menyerah kalah.

Apa cara kegemaran anda untuk mengurangkan tekanan? Jom kongsi di ruangan komen!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SEKALUNG TAHNIAHAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nas...
01/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail atas penganugerahan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.K.K) yang membawa gelaran Dato’.

Penganugerahan ini adalah bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57.

Semoga penganugerahan ini menjadi satu penghormatan yang bermakna serta menyuntik semangat untuk terus menabur bakti dan memberikan khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
serta seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang y...
01/10/2026

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang yang kita rasa bersalah. Kita sangka kita sedang menegakkan kebenaran, tapi sedarkah kita? Kita sebenarnya sedang berkongsi dosa membunuh semangat sesama manusia.

Apabila seseorang tersilap langkah, kita beramai-ramai 'menguburkan' mereka dengan maki hamun. Adakah itu sifat kita sebagai manusia yang beradab?

Ingat, setiap perkataan yang kita taip itu akan dihisab. Jangan sampai satu hari nanti, kita tersedar yang 'hiburan' kita di media sosial telah menyebabkan seseorang kehilangan keinginan untuk hidup. Pulihkanlah komuniti kita bermula dengan lisan dan tulisan yang baik.

Agak-agak anda, adakah anda menggunakan media sosial untuk memberi kekuatan kepada orang lain, atau anda lebih selesa menjadi 'hakim' yang tidak bergaji di ruangan komen?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



AADK BINA SEMULA KEHIDUPAN KLIEN MELALUI PENDEKATAN ISRA“Pendekatan spiritual merupakan salah satu dimensi penting dalam...
01/10/2026

AADK BINA SEMULA KEHIDUPAN KLIEN MELALUI PENDEKATAN ISRA

“Pendekatan spiritual merupakan salah satu dimensi penting dalam program rawatan dan pemulihan AADK.”

Sinar Harian, 29 September 2026

Pendekatan spiritual memperkukuh pemulihan, membentuk jati diri dan membantu klien kembali menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus memperkukuh usaha pemulihan klien melalui Islamic Spiritual Rehabilitation Approach (ISRA) yang menggabungkan aspek kerohanian, terapi psikospiritual dan bimbingan agama.

Pendekatan ini membantu klien membina semula kehidupan, memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta membentuk keyakinan dan tanggungjawab untuk kembali berfungsi dalam keluarga dan masyarakat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




MENGENANG SUMBANGAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. HASMAH MOHAMAD ALI DALAM PENCEGAHAN DADAHAllahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad ...
01/10/2026

MENGENANG SUMBANGAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. HASMAH MOHAMAD ALI DALAM PENCEGAHAN DADAH

Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali merupakan antara tokoh yang memberikan sumbangan bermakna dalam memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Menerusi penglibatan aktif bersama PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) serta pelbagai inisiatif kemasyarakatan, Allahyarhamah membantu menyebarluaskan kesedaran mengenai bahaya dadah, memperkukuh peranan keluarga serta melindungi generasi muda daripada ancaman penyalahgunaan dadah.

Atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam bidang pencegahan dadah, Allahyarhamah telah menerima Anugerah Khas Tokoh Antidadah Tahun 2020.

Sumbangan Allahyarhamah menjadi sebahagian daripada legasi perjuangan membina masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas daripada dadah.

Al-Fatihah.

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH AADK KE MEDIA MULIA UNTUK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MEDIAKetua Pengarah Agensi Antidada...
01/10/2026

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH AADK KE MEDIA MULIA UNTUK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MEDIA

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh telah mengadakan satu kunjungan hormat ke ibu pejabat Media Mulia Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor.

Delegasi beliau disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi syarikat media berkenaan yang diketuai oleh Pemangku Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Aznan Bakar bersama Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan, Abd Wahid Idris.

Sesi kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi sokongan serta penghargaan atas komitmen berterusan pengamal media yang konsisten membantu menyampaikan maklumat berkaitan agenda pemulihan dan pencegahan dadah AADK.

Dalam pada itu, Dato’ Ruslin meluangkan masa melawat kawasan ruang kerja serta beramah mesra dengan pengamal media termasuk tenaga penyunting dan pereka grafik daripada Utusan Malaysia serta Kosmo.

Pertemuan bermakna ini turut menjadi platform terbaik dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak AADK dan rakan media tempatan secara meluas.

Komitmen berterusan daripada pihak media diiktiraf sebagai elemen penting bagi memupuk kesedaran awam mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

AADK berharap agar hubungan erat yang terjalin bersama Media Mulia Sdn Bhd ini dapat diteruskan demi menyokong pelbagai kempen serta program pencegahan dadah pada masa hadapan.

Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri
Media Mulia Sdn Bhd
Utusan Malaysia
Kosmo! Online | Akaun Rasmi





SALAM TAKZIAH إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan sa...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilimpahkan kasih sayang dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai seorang negarawan yang disegani, tokoh wanita yang berjiwa besar serta insan yang telah mencurahkan bakti dengan penuh keikhlasan kepada negara dan masyarakat.

AADK menyanjung tinggi segala jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Address

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN, TINGKAT 1, MENARA PERBADANAN Jalan TENGKU PETRA SEMERAK
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097414700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share