12/10/2026
“Saya kump**an darah O.”
“Saya kump**an AB. Mak saya B, ayah saya A.”
Apa yang dimaksudkan dengan kump**an darah A, B, O dan AB?
Keempat-empat kump**an ini adalah sebahagian daripada sistem kump**an darah ABO, iaitu salah satu sistem kump**an darah yang paling penting dalam perubatan transfusi. Ujian kump**an ABO merupakan antara langkah penting dalam memastikan keserasian darah penderma dengan pesakit yang memerlukan transfusi.
Kump**an darah ABO ditentukan oleh kehadiran antigen A dan B pada permukaan sel darah merah.
Antigen ialah molekul protein pada permukaan sel darah merah.
🅰️ Kump**an A – mempunyai antigen A
🅱️ Kump**an B – mempunyai antigen B
🆎 Kump**an AB – mempunyai antigen A dan B
🅾️ Kump**an O – tidak mempunyai antigen A atau B
Dalam transfusi sel darah merah, kump**an O sering dikenali sebagai penderma universal (universal donor) kerana darah O boleh digunakan oleh pesakit kump**an A, B, O dan AB. Manakala kump**an AB p**a dikenali sebagai penerima universal (universal recipient) kerana boleh menerima darah A, B, O dan AB.
Secara amnya, kump**an darah O mempunyai taburan yang terbanyak di seluruh dunia, diikuti oleh kump**an A, B dan AB. Namun, taburan kump**an darah ABO adalah berbeza mengikut negara, kaum dan etnik.
Sebagai contoh, kajian penderma darah di Malaysia menunjukkan kump**an O mempunyai taburan terbanyak (37%). Kump**an A dan B p**a mempunyai taburan yang sama (27%), manakala kump**an AB adalah paling rendah (9%).
Jika dipecahkan kepada kaum p**a, setiap kaum mempunyai taburan kump**an darah ABO yang berbeza-beza. Sebagai contoh, kaum India mempunyai taburan kump**an B yang tinggi iaitu 37%, menyamai kump**an O dan melebihi kump**an A (20%).
Di negara Jepun p**a, kump**an A mempunyai taburan paling tinggi (38.7%), diikuti O (29.3%), B (22.2%) dan AB (10.0%).
Berbeza p**a di Australia di mana hampir separuh mempunyai kump**an darah O (44.9%), diikuti oleh kump**an A (37.6%), kump**an B (13.3%) dan kump**an AB (4.2%).
Apakah kump**an darah ABO anda?
Penderma darah tetap mesti dah tahu.
**andarah