Dewan Pemuda Pas Seputeh

Directions

Dewan Pemuda Pas Seputeh Dewan Pemuda Pas Kawasan Seputeh secara rasmi ditubuhkan pada 11 Mac 2015.

PEMUDA PAS SEPUTEH HADIR MUKTAMAR DPPMAlhamdulillah,beberapa perwakilan Dewan Pemuda PAS Seputeh berkesempatan menghadir...
03/09/2026

PEMUDA PAS SEPUTEH HADIR MUKTAMAR DPPM

Alhamdulillah,beberapa perwakilan Dewan Pemuda PAS Seputeh berkesempatan menghadiri dan bersama-sama memeriahkan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang bertempat di Hotel Riverview Kota Bahru pada 2 Sept 2026 dan 3 Sept 2026.

Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi agenda muktamar, tetapi menjadi ruang untuk menimba ilmu, memperkukuh ukhuwah, menyatukan fikrah serta memperkemas gerak kerja anak muda dalam mendepani cabaran semasa.

Insya-Allah, Pemuda PAS Seputeh akan terus istiqamah membawa suara anak muda, memperkasa dakwah dan khidmat kepada masyarakat, serta bersama-sama membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berbakti.

Pemuda PAS Seputeh Hadir, Bersatu, Berkhidmat! 💚





Perwakilan DPPK Seputeh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-41 bertempat di Dewan BoraOmbak ,Putrajaya.
26/07/2026

Perwakilan DPPK Seputeh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-41 bertempat di Dewan BoraOmbak ,Putrajaya.

Ketua Pemuda En Mohd Hafeez mewakili DPPK Seputeh bersama YDP Seputeh Tuan Hj Abu Bakar Sidek menziarahi En Hamdan Ismai...
20/05/2026

Ketua Pemuda En Mohd Hafeez mewakili DPPK Seputeh bersama YDP Seputeh Tuan Hj Abu Bakar Sidek menziarahi En Hamdan Ismail (ajk Pas Seputeh) di kediamannya 20/5/26 9am.
Beliau mengalami kemalangan motorsikal selepas pulang bekerja.

Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan segera sembuh.

08/05/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

JANGAN BIARKAN RAKYAT BANDAR MENJADI PENYEWA DI TANAH AIR SENDIRI

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan serta taskforce khas yang berjaya membantu penduduk di Taman Segar, Cheras memperoleh pertukaran status tanah daripada leasehold kepada freehold.

Langkah ini bukan sekadar kemenangan pentadbiran. Ia adalah kemenangan maruah rakyat bandar.

Ia membuktikan bahawa apabila kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, maka tembok birokrasi yang selama ini dianggap mustahil untuk dipecahkan sebenarnya boleh diselesaikan.

Rakyat melihat.
Rakyat menilai.
Dan rakyat tahu bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk bertindak — jika benar-benar ada keberanian politik.

Namun persoalan besar yang kini timbul ialah:

BILA P**A GILIRAN KAWASAN-KAWASAN BANDAR LAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN?

Penduduk di kawasan seperti:
- Taman Maluri,
- Kampung Baru,
- kawasan flat dan perumahan lama sekitar Kuala Lumpur,
- serta penempatan bandar generasi awal Wilayah Persekutuan

telah lama hidup dalam keadaan tidak pasti akibat status tanah leasehold yang semakin menghampiri pelbagai implikasi ekonomi dan sosial kepada generasi akan datang.

Mereka membayar cukai.
Mereka membina komuniti.
Mereka membangunkan Kuala Lumpur bersama kerajaan sejak puluhan tahun.

Tetapi hari ini, ramai penduduk bandar mula merasa seolah-olah mereka hanyalah “penumpang sementara” di tanah yang mereka diami sejak berdekad lamanya.

Keadaan ini tidak boleh terus dibiarkan.

KUALA LUMPUR BUKAN MILIK PEMODAL SEMATA-MATA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ingin mengingatkan bahawa pembangunan bandar yang terlalu berpaksikan keuntungan akhirnya akan melahirkan sebuah kota yang hilang jiwa.

Hari ini rakyat bandar semakin terhimpit dengan:
- kenaikan kos hidup,
- tekanan pembangunan semula,
- manipulasi nilai hartanah,
- dan kebimbangan kehilangan hak milik generasi keluarga mereka.

Status leasehold yang tidak ditangani dengan baik akhirnya membuka ruang kepada pengambilalihan agresif oleh pemaju besar sehingga penduduk asal bandar sedikit demi sedikit terpinggir dari ibu kota sendiri.

Jangan sampai Kuala Lumpur menjadi bandar mewah yang akhirnya tidak lagi mampu dimiliki rakyat biasa.

Allah SWT mengingatkan dalam Surah An-Nisa’ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya…”

Kuasa pentadbiran dan pembangunan bandar adalah amanah. Ia bukan lesen untuk membiarkan rakyat kecil ditekan oleh arus pembangunan yang rakus dan tidak seimbang.

SEMANGAT MALAYSIA MADANI JANGAN SEKADAR SLOGAN

Jika kerajaan benar-benar serius membawa agenda Malaysia Madani, maka prinsip:
- keadilan sosial,
- kesejahteraan bandar,
- ihsan terhadap rakyat,
- dan pembangunan manusiawi

mestilah diterjemahkan dalam dasar tanah dan perumahan bandar.

Hak terhadap harta dan kediaman bukan isu kecil.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat terhadap harta mereka, manakala Kanun Tanah Negara memberikan ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan dasar yang lebih adil demi kepentingan awam.

Maka kerajaan tidak boleh hanya menjadi pentadbir pembangunan — tetapi wajib menjadi pelindung kepada rakyat yang membangunkan kota ini sejak dahulu.

AHLI-AHLI PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN JUGA WAJIB BERSUARA

Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ingin mengingatkan semua Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan bahawa isu tanah dan hak pemilikan rakyat bandar bukan isu bermusim yang hanya disebut ketika pilihan raya.

Rakyat mahu melihat:
- keberanian membawa suara penduduk,
- kesungguhan mendesak penyelesaian,
- dan tindakan yang benar-benar menyebelahi warga kota.

Jangan hanya hadir ketika program rasmi dan sesi bergambar, tetapi sunyi apabila rakyat mula risau tentang masa depan tanah dan kediaman mereka sendiri.

Wilayah Persekutuan memerlukan wakil rakyat yang menjadi suara rakyat — bukan sekadar jurucakap kerajaan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Penghulu segala manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Maka ukuran sebenar kepimpinan bukan pada slogan dan publisiti, tetapi sejauh mana rakyat merasa dibela ketika berhadapan tekanan hidup di bandar.

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN MENCADANGKAN:

1. Penubuhan Taskforce Khas Status Tanah Bandar Wilayah Persekutuan melibatkan:
- Kementerian Wilayah Persekutuan,
- DBKL,
- PTG Wilayah Persekutuan,
- wakil penduduk,
- pakar perancangan bandar,
- dan badan masyarakat sivil.

2. Semakan Menyeluruh Status Leasehold Kawasan Bandar Matang termasuk:
- Taman Maluri,
- Kampung Baru,
- Cheras,
- kawasan flat lama,
- dan penempatan bandar generasi awal Kuala Lumpur.

3. Moratorium Pengusiran Tidak Langsung
Kerajaan perlu memastikan pembangunan semula bandar tidak menjadi alat halus untuk “menghalau” rakyat asal keluar dari ibu kota.

4. Dasar Bandar Berteraskan Manusia
Kuala Lumpur mesti dibangunkan untuk rakyat, bukan sekadar untuk angka pelaburan dan keuntungan pemaju.

PENUTUP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan percaya:

Sebuah negara yang kuat bukan hanya mempunyai bangunan tinggi…

Tetapi mempunyai kerajaan yang mampu mempertahankan hak rakyat kecil daripada ditelan arus pembangunan yang rakus.

Tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan atas langkah di Taman Segar.

Kini rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan sedang menunggu bukti bahawa kerajaan benar-benar mahu membawa keadilan kepada seluruh warga kota — bukan sekadar memilih kawasan tertentu untuk diraikan.

“Jangan biarkan rakyat bandar menjadi penyewa di tanah air sendiri.”

AZMER SYAZWAN BIN AHMAD SUPARMIN
KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN.

SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 2026, 1447 HSyawal menjelma lagi, membawa sinar kemenangan buat jiwa-jiwa yang tabah dan ik...
21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 2026, 1447 H

Syawal menjelma lagi, membawa sinar kemenangan buat jiwa-jiwa yang tabah dan ikhlas menempuh madrasah Ramadan. Inilah hari untuk kita kembali kepada fitrah, menyucikan hati dan menyulam kembali ukhuwah yang mungkin kian longgar.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Seputeh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam, terutamanya anak-anak muda yang sentiasa jadi nadi perjuangan dan harapan masa depan ummah khususnya anak muda di Wilayah Persekutuan.

Mari kita zahirkan rasa syukur dengan terus cakna terhadap nasib saudara kita di bumi Falesteen. Syawal mereka tidak seindah kita. Kita berselimut meriah, mereka berselimut debu dan darah. Jangan kita lupa, doa dan dukungan kita adalah senjata mereka.

Ayuh anak muda, jadilah generasi yang bukan sekadar meriah di hari raya, tetapi juga peka dan peduli terhadap nasib ummah. Jadilah suara kepada yang tertindas, dan tangan kepada yang memerlukan. Bersedialah kita menghadapi PRU ke-16.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Salam perjuangan, salam kemenangan!



Mohd Hafeez Bin Zulkefli
Ketua Pemuda Pas Kawasan Seputeh

Address

Jalan Post Office Lama
Kota Bharu
15000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Seputeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share