18/10/2026
APM KOTA BHARU
KUNJUNGAN HORMAT HEPA KIAS KE PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM DAERAH KOTA BHARU
18 OKTOBER 2026 – Pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta membincangkan pelaksanaan aktiviti Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA).
Kunjungan tersebut bertujuan menerima sijil kelulusan penubuhan KOR SISPA KIAS, di samping membincangkan perancangan latihan, program serta aktiviti yang bakal disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai kor berkenaan.
Sijil kelulusan tersebut telah disampaikan oleh LT. (PA) Mohd Razman bin Ramli, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, kepada YBrs. Ustaz Ilias bin Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar HEPA, yang mewakili pihak KIAS.
Diharapkan penubuhan KOR SISPA KIAS ini dapat menjadi platform dalam membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berdisiplin, berjiwa kepimpinan, berkemahiran dalam aspek keselamatan dan pengurusan bencana serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan