09/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐@๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐ฎ ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐@๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
06 Ogos 2026 | Khamis
*Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AKu Wanita@KRT) Negeri Kelantan Tahun 2026* telah dilaksanakan bertempat di Grand Ballroom, Hotel Renai Kota Bharu. Program ini melibatkan seramai *371 orang peserta* terdiri daripada agensi Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua komuniti, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), NGO, Ahli Skuad Waja serta Pemandiri KRT. Program bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai pencegahan keganasan rumah tangga, hak mangsa serta saluran bantuan dan sokongan yang tersedia.
Program dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan realiti keganasan rumah tangga disampaikan oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan peranan PDRM dalam menangani kes KRT disampaikan oleh Pegawai Turus D11 IPK Kelantan. Majlis Perasmian telah disempurkan oleh *YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)*. Turut hadir bersama sebagai tetamu kehormat ialah *YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)* dan *YDH DSP Tengku Maslina binti Tengku Mansor, Ketua Cawangan Operasi Pencegahan/Analisa Pendataan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan* yang mewakili YDH Ketua Polis Kelantan.
Dalam ucapan beliau, Datuk KSU menegaskan bahawa *rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat* yang penuh kasih sayang, rasa hormat dan perlindungan. Namun, apabila rumah bertukar menjadi medan keganasan, mangsa bukan sahaja kehilangan tempat selamat, malah turut kehilangan keyakinan, maruah dan harapan. Beliau turut menegaskan bahawa keganasan rumah tangga bukan lagi isu peribadi yang wajar disembunyikan, sebaliknya merupakan satu jenayah yang menuntut keprihatinan, keberanian dan tindakan bersama seluruh masyarakat.
Pengisian program turut merangkumi tayangan montaj, gimik perasmian dan monodrama KRT yang mengetengahkan realiti kehidupan mangsa keganasan rumah tangga. Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat melalui reruai pameran agensi dan rakan strategik berkaitan perkhidmatan serta saluran bantuan yang tersedia.
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan *Forum โAyuh, Berani Laporโ* yang menampilkan panel daripada PDRM (D11), KKM melalui One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Pemandiri. Forum memberi penekanan kepada kepentingan keberanian melaporkan keganasan, mendapatkan bantuan serta memahami peranan agensi dalam melindungi dan menyokong mangsa.
Secara keseluruhannya, *Program AKu Wanita@KRT Negeri Kelantan Tahun 2026* menjadi *platform advokasi yang memperkukuh pengetahuan, kesedaran dan keberanian komuniti untuk bertindak menangani keganasan rumah tangga*, di samping memperluas jaringan kerjasama antara agensi, komuniti dan rakan strategik ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, selamat dan bebas daripada keganasan rumah tangga.