MIDA Kelantan

Call Directions Website Contact the organization

MIDA Kelantan The Malaysian Investment Development Authority is the government's principal agency for the promotion of the manufacturing & services sectors in Malaysia

15/09/2026
03/09/2026
01/09/2026

🌊🚀 Meneroka Potensi, Membuka Peluang di Pantai Timur!

Sertai Seminar Pelaburan Wilayah Pantai Timur 2026 yang menghimpunkan pelabur, syarikat tempatan, PKS, institusi kewangan dan agensi Kerajaan untuk meneroka peluang dan potensi pelaburan baharu di Wilayah Pantai Timur

📅 8 September 2026 (Selasa)
📍 AC Hotel, Kuantan, Pahang

🔗 Registration Link:
https://form.evenesis.com/MIDA-Seminar-Pelaburan-Wilayah-Pantai-Timur-2026

Jom bersama-sama memacu pembangunan dan membuka lebih banyak peluang pelaburan di Pantai Timur! 💙

InvestMalaysia *InvestLokal*

27/08/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YBhg. Datuk Noharuddin Nordin, mantan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA (2011 - 2014) dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2026 (bersamaan 14 RabiulAwwal 1448H)

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh warga MIDA. Segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham dalam menerajui MIDA serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan negara akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

26/08/2026

✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana jua anda berada.

Peringatan kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan detik terbaik untuk kita menterjemahkan keperibadian Baginda—khususnya nilai amanah, integriti, keadilan, dan kepimpinan berwawasan—ke dalam budaya kerja serta ikhtiar membangunkan ekonomi negara.
Sebagaimana Rasulullah SAW membangunkan Madinah berasaskan kecemerlangan, kemampanan, dan ukhuwah yang kukuh, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga memacu Malaysia ke arah kemakmuran yang inklusif dan berdaya saing.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga pengajaran daripada kehidupan Baginda SAW terus menginspirasikan kita untuk memberikan yang terbaik demi nusa dan bangsa.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

14/07/2026
01/07/2026
03/03/2026

A new chapter begins.

As Malaysia advances its investment momentum, we prepare to unveil the latest performance across the manufacturing, services and primary sectors.

The Annual Media Conference 2026 returns — bringing forward insights that shape the nation’s economic direction.

6 March 2026 (Friday) | MIDA Sentral
Stay tuned.

InvestLokal

24/01/2026

📣 Berita baik untuk semua PKS di seluruh Malaysia!

Program Business Accelerator Programme (BAP) kini dibuka semula kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Program ini menawarkan manfaat seperti berikut:

✔ Pembiayaan sehingga RM400,000;
✔ Kadar keuntungan serendah 3.5% setahun;
✔ Rebat / geran sehingga 40% untuk syarikat layak*; dan
✔ Tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.

Dana pembiayaan adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan dana

👉 Mohon sekarang di:
https://smecorp.microleapasia.com/

(*Tertakluk kepada terma dan syarat SME Corp. Malaysia.)

24/01/2026

📢 ANNOUNCEMENT | NEW EXPATRIATE EMPLOYMENT POLICY
Effective 1 June 2026

A revised Expatriate Employment Policy will take effect from 1 June 2026, introducing updated Employment Pass requirements across all sectors.

Full media release here: https://tinyurl.com/5uxtf38u

Address

Aras 5-C, Menara Pejabat Kelantan Trade Center (KTC), Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097483151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIDA Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MIDA Kelantan:

Shortcuts

Share