04/10/2026
ZIARAH PRIHATIN KEPADA ANGGOTA BBP TUNJONG TERLIBAT KEMALANGAN JALANRAYA
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra serta Salam Malaysia MADANI.
KOTA BHARU | 4 OKTOBER 2026
Barisan pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan ziarah ke Wad 4 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menziarahi PBK II (KUP) Nor Mam Bin Mamat, anggota dari BBP Tunjong yang sedang menerima rawatan susulan kemalangan jalan raya yang berlaku pada 3 Oktober 2026.
Kunjungan tersebut diketuai oleh:
π΄ PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab
Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan
Turut hadir:
π΄ TPgB II Ayub Bin Hasan
Pusat Gerakan Operasi (PGO)
π΄ TPgB II Shahrizal Bin Shamsudin
Operasi Negeri
π΄ PKPgB Ibrahim Bin Safin
Pusat Gerakan Operasi (PGO)
Kunjungan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga JBPM Negeri Kelantan terhadap anggota yang sedang menjalani rawatan, di samping memberikan semangat kepada beliau serta keluarga agar terus tabah menghadapi ujian.
Seluruh warga JBPM Negeri Kelantan mendoakan agar PBK II (KUP) Nor Mam Bin Mamat diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali pulih seperti sediakala.
βCEPAT DAN MESRAβ
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI KELANTAN