UTC Kelantan RASMI

Call Directions Website Contact the organization

UTC Kelantan RASMI Laman Rasmi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan. UTC Kelantan dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

🌺 MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTAN🌺Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sult...
23/09/2026

🌺 MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTAN🌺

Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan Yang Ke-57 Tahun 2026, dimaklumkan bahawa operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan akan ditutup selama dua (2) hari, iaitu:

πŸ“… 29 & 30 September 2026
πŸ—“οΈ Selasa & Rabu
πŸŒ™ 17 & 18 Rabiulakhir 1448H

Operasi UTC Kelantan akan dibuka semula seperti biasa pada 1 Oktober 2026 (Khamis).

🌺 UCAPAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V🌺

Dengan penuh takzim, seluruh warga kerja Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan kepada:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
Sultan Kelantan

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesejahteraan, keberkatan, kesihatan yang berpanjangan serta rahmat-Nya kepada Kebawah Duli Tuanku, di samping dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta menerajui Negeri Kelantan Darul Naim.

✨DAULAT TUANKU✨

β€œRAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA”
β€œSEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.”

🌸 Salam Ikhlas daripada:
Unit Pengurusan UTC Kelantan
Bahagian Pengurusan Harta (BPH)
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

PEMAKLUMAN PENUTUPAN UTC KELANTAN SEMPENA HARI MALAYSIAAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa UTC Kelant...
14/09/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN UTC KELANTAN SEMPENA HARI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa UTC Kelantan akan ditutup pada 16 September 2026 (Rabu) sempena sambutan Hari Malaysia.

Sehubungan itu, semua perkhidmatan kaunter, operasi agensi serta premis perniagaan di UTC Kelantan tidak akan beroperasi pada tarikh tersebut.

UTC Kelantan akan beroperasi semula seperti biasa pada 17 September 2026 (Khamis).

Segala kerjasama dan perhatian daripada semua agensi, penyewa serta pengunjung amat dihargai.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌸 Ikhlas Daripada: Unit Pengurusan UTC Kelantan

✨ MESYUARAT PENYELARASAN STRATEGIK KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BERSAMA PENGURUS UTC BILANGAN 1 TAHUN 2026 ✨Mesyuarat y...
07/09/2026

✨ MESYUARAT PENYELARASAN STRATEGIK KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BERSAMA PENGURUS UTC BILANGAN 1 TAHUN 2026 ✨

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nor Azizati binti Hamzah, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik & Korporat (BKSK), Kementerian Kewangan (M*F) telah diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2026 (Khamis dan Jumaat) bertempat di UTC Pasir Gudang. Terima kasih kepada pihak urus setia M*F atas penganjuran mesyuarat yang berjalan dengan lancar dan baik.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada UTC Pasir Gudang selaku tuan rumah serta UTC Johor atas segala kerjasama, komitmen dan layanan yang diberikan sepanjang program dan sesi lawatan.

Bagi pihak UTC Kelantan, kami amat menghargai segala usaha dan layanan mesra yang diberikan sepanjang berada di Johor. Banyak pengalaman, perkongsian dan ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama. πŸ©·πŸ’œ

Semoga ukhuwah dan kerjasama antara semua Pengurus UTC seluruh negara terus erat dan diperkukuh. Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi di program dan mesyuarat akan datang.

Terima kasih semua 😘😘

Different Hubs, One Heart ❀️
UTC Malaysia β€” One Team, One Spirit πŸ‡²πŸ‡Ύ


*F



PEMAKLUMAN GANGGUAN SEMENTARA PERKHIDMATAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) DI PEJABAT IMIGRESEN UTC KOTA...
07/09/2026

PEMAKLUMAN GANGGUAN SEMENTARA PERKHIDMATAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) DI PEJABAT IMIGRESEN UTC KOTA BHARU

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di Pejabat Imigresen UTC Kota Bharu tidak dapat dilaksanakan pada 7 September 2026 (Isnin) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengeluaran pasport.

Sehubungan itu, pengunjung awam dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap pemakluman ini dan merancang urusan pasport pada hari lain.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTAN  SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎDengan hormatnya dimaklumkan bahawa UTC Kelant...
30/08/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa UTC Kelantan akan ditutup pada hari Isnin, 31 Ogos 2026, sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.

UTC Kelantan akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 1 September 2026.

Sehubungan itu, pihak agensi & penyewa awam dimohon mengambil maklum mengenai penutupan operasi tersebut dan membuat hebahan kepada warga kerja serta pelanggan masing-masing.

Kerjasama dan perhatian pihak agensi / penyewa awam amat dihargai.

🌸Unit Pengurusan UTC Kelantan
Bahagian Pengurusan Harta (BPH), PKINK

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTANDimaklumkan bahawa UTC Kelantan akan ditutup selama satu (1) hari sempena Hari ...
24/08/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI UTC KELANTAN

Dimaklumkan bahawa UTC Kelantan akan ditutup selama satu (1) hari sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 25 Ogos 2026 (Selasa) bersamaan 12 Rabiul Awal 1448H

UTC Kelantan akan beroperasi semula seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu)

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

🌸Unit Pengurusan UTC Kelantan

πŸ“’ KAUNTER KHIDMAT NASIHAT GUAMAN PERCUMAAnda mempunyai masalah berkaitan undang-undang? Jangan risau, kami sedia membant...
17/08/2026

πŸ“’ KAUNTER KHIDMAT NASIHAT GUAMAN PERCUMA

Anda mempunyai masalah berkaitan undang-undang? Jangan risau, kami sedia membantu!

πŸ—£οΈ β€œAnda cerita, kami bantu!”

πŸ“… Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengahari
πŸ“ Tempat: Pusat Transformasi Bandar (UTC Kelantan)

πŸ’Ό Antara perkhidmatan yang disediakan:
βœ”οΈ Hartanah
βœ”οΈ Hutang
βœ”οΈ Pekerjaan & Perusahaan
βœ”οΈ Kemalangan Jalan Raya
βœ”οΈ Jenayah
βœ”οΈ Syariah
βœ”οΈ Harta Pusaka
βœ”οΈ Dan lain-lain berkaitan

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi: 011-1197 6700

πŸ‘‰ Ambil peluang ini untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman secara PERCUMA daripada pihak yang bertauliah.

Jumpa anda di sana!

πŸ“’ JOM SERTAI SESI LIBAT URUS STRATEGIK HASiL – ZON PANTAI TIMUR 2026!HASiL Pahang menjemput wakil Institusi / Organisasi...
12/08/2026

πŸ“’ JOM SERTAI SESI LIBAT URUS STRATEGIK HASiL – ZON PANTAI TIMUR 2026!

HASiL Pahang menjemput wakil Institusi / Organisasi / Tabung (IOT) untuk menyertai sesi libat urus berkaitan pengurusan, pematuhan dan pendigitalan urusan percukaian di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.

πŸ“… 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ HASiL Pahang, Kuantan
πŸ’° PERCUMA

Peserta berpeluang mendapatkan penerangan secara terus daripada pihak HASiL, selain berinteraksi dan mengemukakan sebarang persoalan berkaitan percukaian.

πŸ“² Jangan lepaskan peluang ini! Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

Jom sertai! πŸ™Œβœ¨

πŸ“’ HEBAHAN WAKTU OPERASI AGENSI KERAJAAN & SYARIKAT SWASTA DI UTC KELANTANAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Dima...
23/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN WAKTU OPERASI AGENSI KERAJAAN & SYARIKAT SWASTA DI UTC KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Operasi Agensi Kerajaan & Syarikat Swasta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan telah dikemas kini dan berkuat kuasa mulai 16 Julai 2026.

πŸ“Œ Orang ramai adalah disarankan untuk merujuk kepada jadual yang dilampirkan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan:
β€’ Waktu operasi kaunter;
β€’ Waktu rehat (jika berkenaan); dan
β€’ Nombor telefon setiap agensi.

Kerjasama semua pihak untuk menyebarluaskan maklumat ini kepada kakitangan, pelanggan serta orang ramai amatlah dihargai bagi memastikan urusan di UTC Kelantan berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan UTC Kelantan, Bahagian Pengurusan Harta PKINK di talian 09-741 4200 atau e-mel [email protected].

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan UTC Kelantan
Bahagian Pengurusan Harta
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PASPORT UTC KOTA BHARU, KELANTANπŸ“’ Perhatian kepada semua pelanggan,Dimaklumkan bahaw...
05/07/2026

HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PASPORT UTC KOTA BHARU, KELANTAN

πŸ“’ Perhatian kepada semua pelanggan,

Dimaklumkan bahawa Kaunter Perkhidmatan Pasport UTC Kota Bharu akan ditutup sementara secara berfasa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

πŸ—“οΈ Jadual penutupan adalah seperti berikut:

* ❌ 6 Julai 2026 (Isnin) – Tutup
* ❌ 7 Julai 2026 (Selasa) – Tutup
* ❌ 8 Julai 2026 (Rabu) – Tutup
* βœ… 9 Julai 2026 (Khamis) – Dibuka (tertakluk kepada pemantauan)

Sepanjang tempoh penutupan, urusan permohonan di kaunter, MyOnline Pasport serta percetakan pasport di cawangan terlibat tidak dapat dilaksanakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

Address

L3. 01, Pejabat Pengurusan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 09:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 09:00

Telephone

+6097414200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTC Kelantan RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UTC Kelantan RASMI:

Shortcuts

Share