KYS - Kumpulan Yayasan Sabah

Call Directions Website

KYS - Kumpulan Yayasan Sabah page Rasmi Kumpulan Yayasan Sabah Facebook rasmi Kumpulan Yayasan Sabah Program Prihatin Peminjam ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat PPPKYS.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan utama Kumpulan Yayasan Sabah sila layari portal rasmi iaitu
www.yayasansabahgroup.org.my. Sebarang maklumat/maklumbalas yang dikemukakan selain daripada pentadbir (admin) adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili maklumat/maklumbalas rasmi daripada Kumpulan Yayasan Sabah. Dimaklumkan ini merupakan laman Facebook rasmi Kumpulan Yayasan Sabah. Sebarang kenyataan yang diutarakan oleh penulis di ruang komen Facebook rasmi Kumpulan Yayasan Sabah merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Kumpulan Yayasan Sabah. Pihak Kumpulan Yayasan Sabah tidak bertanggungjawab atas sebarang maklumat yang dipetik mahupun dipaparkan di sini yang boleh mencalarkan imej mana-mana individu mahupun organisasi. Mana-mana Facebook LAIN yang mengguna pakai nama Yayasan Sabah Group, Kumpulan Yayasan Sabah atau Yayasan Sabah adalah BUKAN di bawah seliaan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Segala pertanyaan, cadangan, aduan berkaitan perkhidmatan Yayasan Sabah akan di maklumbalas dalam tempoh 2 hari waktu berkerja.

13 Oktober 2026 | Pusat Sumber, Tadika RiaPROGRAM HARI PUSAT SUMBER BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2026Hari kedua sam...
13/10/2026

13 Oktober 2026 | Pusat Sumber, Tadika Ria

PROGRAM HARI PUSAT SUMBER BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2026

Hari kedua sambutan sempena Hari Pusat Sumber 2026 telah dimeriahkan dengan aktiviti kuiz peribahasa (roda impian) yang bertemakan Pusat Sumber Gerbang Ilmu,

Program ini adalah usaha untuk memupuk minat membaca, memperkaya kosa kata serta menyemai kecintaan terhadap bahasa Melayu.

13/10/2026
12/10/2026

Some views are meant to be lingered over, with nowhere else to be. 🌴🌊

Beneath the palms, let the sea breeze slow the day and the endless horizon remind you to simply pause and breathe. Come find your own quiet corner of paradise at Shangri-La Tanjung Aru. ✨

To reserve a stay with us, click this link here at linktr.ee/shangrilatanjungaru

12 Oktober 2026 | Pusat Sumber, Tadika RiaPROGRAM HARI PUSAT SUMBER BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2026Bertemakan Pus...
12/10/2026

12 Oktober 2026 | Pusat Sumber, Tadika Ria

PROGRAM HARI PUSAT SUMBER BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2026

Bertemakan Pusat Sumber Gerbang Ilmu, hari pertama sambutan sempena Hari Pusat Sumber 2026 telah dimeriahkan dengan aktiviti mewarna dan mengelas abjad anjuran Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak.

Program ini adalah usaha untuk mencungkil kreativiti dan imaginasi kanak-kanak serta memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Semoga usaha ini dapat menyemai budaya cintakan ilmu serta menjadikan pusa sumber sebagai gerbang kepada penerokaan ilmu dan kreativiti sejak di awal usia.

10 Oktober 2026 | Tadika Ria Program Pemantapan Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Program Pemantapan Staf Bahagian ...
10/10/2026

10 Oktober 2026 | Tadika Ria

Program Pemantapan Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

Program Pemantapan Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

Program ini dianjurkan bagi memperkukuh kompetensi, menyemai semangat kerjasama dan meningkatkan kualiti perkhidmatan semua staf demi menyokong perkembangan serta potensi kanak-kanak secara menyeluruh di Tadika, Taska, Pusat Jagaan Ria serta Taska Kristal Ria.

SANDAKAN | 10 Oktober 2026 Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah menziarahi Datuk Sam ...
10/10/2026

SANDAKAN | 10 Oktober 2026

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah menziarahi Datuk Sam Mannan, mantan Ketua Konservator Hutan & mantan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, yang sedang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Turut serta, Encik Rasid Sani, Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Utara Sandakan.

Dalam kunjungan tersebut, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar turut menyampaikan salam simpati & iringan doa daripada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Semoga segala urusan rawatan & proses pemulihan Datuk Sam Mannan dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

9 Oktober 2026 | The Waterfront Hotel, Kuching, SarawakYAYASAN SABAH PERKUKUH INDUSTRI BULUH MELALUI SARAWAK BAMBOO DAY ...
09/10/2026

9 Oktober 2026 | The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak

YAYASAN SABAH PERKUKUH INDUSTRI BULUH MELALUI SARAWAK BAMBOO DAY 2026

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) menyertai Sarawak Bamboo Day 2026 bertemakan “Bamboo Beyond Borders” yang berlangsung selama tiga hari.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA/STIDC) ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA.

Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman dan Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah, Puan Vivian Evans.

PKS mengetengahkan pelbagai produk kraf tangan buluh hasil usahawan tempatan melalui pameran dan jualan bagi mempromosikan produk Sabah serta memperluas peluang pasaran.

Program ini turut menggalakkan perkongsian teknologi, inovasi dan kerjasama strategik dalam pembangunan industri buluh, termasuk kraf tangan, makanan, pelancongan dan pembinaan.

Penyertaan ini memperkukuh usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam pembangunan Program Penanaman Bahan Mentah (PPBM), penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemerkasaan usahawan, ke arah industri buluh yang lebih inovatif, berdaya saing dan mampan.

Address

Menara Tun Mustapha, Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah, Teluk Likas, Peti Surat 11201
Kota Kinabalu
88813

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 16:00

Telephone

+6088326300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KYS - Kumpulan Yayasan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share