Ruddy Awah

Directions Website

Ruddy Awah Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri Sabah

The Official Page of YB Dato Sri' (Dr) Ruddy Awah, Assistant Minister of Rural Development , Members of the Legislative Assembly for Pitas

17 OKTOBER 2026 | PITASEXPLORE JEJAK IMPIAN. TEROKAI DUNIA KERJAYAHari ini, saya berkesempatan menghadiri Majlis Explore...
17/10/2026

17 OKTOBER 2026 | PITAS

EXPLORE JEJAK IMPIAN. TEROKAI DUNIA KERJAYA

Hari ini, saya berkesempatan menghadiri Majlis Explore Jejak Impian anjuran Pemuda PGRS P167 Kudat yang dipimpin oleh En. Asmey Ruddy dengan kerjasama SMK Pitas.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PGRS Negeri Sabah, Datuk Azrul bin Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Saya berharap program seperti ini dapat menjadi ruang yang bermanfaat dalam menyemarakkan semangat anak-anak muda untuk meneroka peluang, membina keyakinan diri dan terus melangkah ke arah masa depan yang lebih baik.

Tahniah dan terima kasih kepada Pemuda PGRS P167 Kudat serta pihak SMK Pitas atas kerjasama dan penganjuran program ini.

Teruskan melangkah, berani mengejar impian

16 OKTOBER 2026 | SIRI JELAJAH MASJIDAssalamualaikum Warahmatullai WabarakatuhAlhamdulillah, saya meneruskan program jel...
16/10/2026

16 OKTOBER 2026 | SIRI JELAJAH MASJID

Assalamualaikum Warahmatullai Wabarakatuh

Alhamdulillah, saya meneruskan program jelajah Masjid solat Jumaat di N3 Pitas. Hari ini saya berkesempatan solat jumaat bersama Kariah Masjid Pangiran Abd. Karim Kg Kalumpang Pitas.

Terima kasih kepada AJK dan Kariah Masjid atas sambutan dan layanan yang diberikan.

𝟏𝟐 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ 𝐌𝐈𝐍𝐈 π’π“π€πƒπˆπ”πŒ ππˆπ“π€π’Hari ini saya bersama pihak berkaitan telah ...
12/10/2026

𝟏𝟐 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ 𝐌𝐈𝐍𝐈 π’π“π€πƒπˆπ”πŒ ππˆπ“π€π’

Hari ini saya bersama pihak berkaitan telah mengadakan perbincangan di Pejabat Daerah Pitas dan lawatan tapak bagi cadangan pembinaan Kompleks Mini Stadium Pitas yang telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM15 juta dengan keluasan 20 ekar.

Perbincangan ini melibatkan Majlis Daerah Pitas, Sawit Kinabalu Pitas, Jabatan Tanah Pitas serta pihak Belia dan Sukan bagi meneliti kesesuaian lokasi dan tapak pembinaan kompleks berkenaan.

Dua lokasi yang dicadangkan untuk pertimbangan ialah di Jalan Bawang, Pitas, dan kawasan berhadapan Petronas, bersebelahan tapak kedai yang sedang dalam pembinaan ketika ini. Lawatan tapak turut dilaksanakan di kedua-dua lokasi bagi menilai kesesuaian tapak sebelum keputusan dimuktamadkan.

Saya berharap agar projek ini dapat direalisasikan dengan lancar demi menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi yang lebih baik untuk masyarakat Pitas, khususnya golongan belia. Selain mencungkil bakat sukan tempatan, kompleks ini juga diharapkan menjadi pusat aktiviti komuniti serta melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama Pitas.

Komitmen semua pihak amat penting bagi memastikan perancangan ini dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat dan pembangunan daerah Pitas.

Pitas terus melangkah maju!

𝟏𝟐 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐏𝐏𝐃 ππˆπ“π€π’π΄π‘ π‘ π‘Žπ‘™π‘Žπ‘šπ‘’π‘Žπ‘™π‘Žπ‘–π‘˜π‘’π‘š π‘Šπ‘Žπ‘Ÿπ‘Žβ„Žπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘’π‘™π‘™π‘Žβ„Žπ‘– π‘Šπ‘Žπ‘π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘˜π‘Žπ‘‘π‘’β„Ž.Hari in...
12/10/2026

𝟏𝟐 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐏𝐏𝐃 ππˆπ“π€π’
π΄π‘ π‘ π‘Žπ‘™π‘Žπ‘šπ‘’π‘Žπ‘™π‘Žπ‘–π‘˜π‘’π‘š π‘Šπ‘Žπ‘Ÿπ‘Žβ„Žπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘’π‘™π‘™π‘Žβ„Žπ‘– π‘Šπ‘Žπ‘π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘˜π‘Žπ‘‘π‘’β„Ž.

Hari ini saya berkesempatan merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berkhidmat di daerah Pitas atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen dalam mendidik anak-anak serta membangunkan pendidikan di daerah ini.

Tahniah kepada semua penerima APC 2025! Pengiktirafan ini merupakan bukti dedikasi dan kecemerlangan saudara dan saudari dalam perkhidmatan. Anda semua merupakan antara yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Syabas juga kepada semua pentadbir sekolah dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pitas yang sentiasa komited serta berusaha memastikan kecemerlangan pendidikan dapat dicapai dalam semua aspek.

Semoga semangat kebersamaan, dedikasi dan budaya kerja cemerlang ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Terima kasih warga pendidik Pitas. Teruskan kecemerlangan demi masa depan pendidikan anak-anak kita.

11 OKTOBER 2026 | JAM 7.30 MALAM |PERASMIAN CAWANGAN PENAJA PGRS KG. TORUNGGUH, PITASAlhamdulillah hari ini saya telah m...
11/10/2026

11 OKTOBER 2026 | JAM 7.30 MALAM |
PERASMIAN CAWANGAN PENAJA PGRS KG. TORUNGGUH, PITAS

Alhamdulillah hari ini saya telah merasmikan penubuhan Cawangan Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kg. Torungguh, Pitas.

Penubuhan cawangan ini turut menyaksikan penyertaan En. Unus Bin Ampang, mantan Ketua Cawangan UMNO Kg. Sinasak, bersama En. Alfian Hj. Ismail, mantan AJK Bahagian Pemuda UMNO, ke dalam PGRS.

Saya mengalu-alukan penyertaan mereka dan berharap langkah ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh organisasi PGRS di peringkat akar umbi, khususnya di Daerah Pitas.

Marilah kita terus bergerak dengan semangat perpaduan, saling bekerjasama dan memberikan komitmen demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri Sabah

11 OKTOBER 2026 | JAM 3.30 PM |KG. BLOK LIMA TAKAAlhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Majlis Kemasukan Tuan Imam...
11/10/2026

11 OKTOBER 2026 | JAM 3.30 PM |
KG. BLOK LIMA TAKA

Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Majlis Kemasukan Tuan Imam Ali Asgar Omolong, AMT PAS Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian PAS Kudat, bersama ahli-ahlinya ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Akan datang, beliau bercadang akan menubuhkan cawangan PGRS Kg. Halaman, Taka yang terdiri daripada ahli-ahli cawangan parti PAS.

Selamat datang dan selamat berjuang bersama Gagasan Rakyat. Semoga penyertaan ini memperkukuh perpaduan serta usaha kita untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya di kawasan Pitas dan Kudat

11 OKTOBER 2026 | JAM10.00 AM | PEJABAT DAERAH KUDATHari ini, saya berkesempatan menghadiri mesyuarat Kementerian Perdag...
11/10/2026

11 OKTOBER 2026 | JAM10.00 AM |
PEJABAT DAERAH KUDAT

Hari ini, saya berkesempatan menghadiri mesyuarat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Pejabat Daerah Kudat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mesyuarat ini turut membincangkan penyelarasan persiapan Konvensyen GRS yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2026 di Kudat, termasuk lawatan tapak bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut.

Konvensyen ini dijadualkan dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Semoga segala persiapan berjalan lancar dan program ini dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama semua pihak yang terlibat

Turut hadir ialah YB Datuk Mohammad Mohamarin, ADUN N.01 Banggi; YB Datuk Ben Chong, ADUN N.04 Tanjong Kapor; serta pegawai-pegawai yang terlibat.

Semoga mesyuarat ini dapat memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak dalam menangani isu berkaitan perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di daerah Kudat dan kawasan sekitarnya

10 OKTOBER 2026 | MAJLIS KAHWINASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri m...
11/10/2026

10 OKTOBER 2026 | MAJLIS KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Tuan Haji Mausal @ Musa bin Haji Aliasah yang berlangsung di kediaman beliau di Pekan Lama, Pitas.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua mempelai serta seluruh keluarga. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terima kasih atas jemputan dan layanan mesra yang diberikan. Semoga majlis ini membawa keberkatan kepada semua yang hadir.

πŸŽπŸ— πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‰π€πŒ 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐌 |πŠπ†. πŠπ”π˜π”π‡ ππˆπ“π€π’Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir merasmikan Dewan Kampung Kuyuh ser...
09/10/2026

πŸŽπŸ— πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‰π€πŒ 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐌 |πŠπ†. πŠπ”π˜π”π‡ ππˆπ“π€π’

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir merasmikan Dewan Kampung Kuyuh serta menyempurnakan Majlis Penyukatan Tanah PANTAS di Kampung Kuyuh, Pitas.

Saya bersyukur kerana Program Penyukatan Tanah PANTAS di Kampung Kuyuh telah mendapat kelulusan kerajaan. Ini merupakan satu perkembangan yang penting kepada penduduk kampung, khususnya dalam usaha berkaitan penyukatan tanah dan penyelesaian urusan tanah yang terlibat.

Saya berharap pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar serta memberikan manfaat kepada penduduk yang terlibat.

Pada masa yang sama, semoga Dewan Kampung Kuyuh dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.

Insya-Allah, usaha pembangunan dan kebajikan masyarakat akan terus diberikan perhatian demi kesejahteraan rakyat di DUN N.03 Pitas.

πŸŽπŸ— πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 π’πŽπ‹π€π“ π‰π”πŒπ€π€π“ ππŸ‘ ππˆπ“π€π’π”Έπ•€π•€π•’π•π•’π•žπ•¦π•’π•π•’π•šπ•œπ•¦π•ž π•Žπ•’π•£π•’π•™π•žπ•’π•₯π•¦π•π•π•’π•™π•š π•Žπ•’π•“π•’π•£π•’π•œπ•’π•₯𝕦𝕙Alhamdulillah, hari ini saya me...
09/10/2026

πŸŽπŸ— πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 π’πŽπ‹π€π“ π‰π”πŒπ€π€π“ ππŸ‘ ππˆπ“π€π’
π”Έπ•€π•€π•’π•π•’π•žπ•¦π•’π•π•’π•šπ•œπ•¦π•ž π•Žπ•’π•£π•’π•™π•žπ•’π•₯π•¦π•π•π•’π•™π•š π•Žπ•’π•“π•’π•£π•’π•œπ•’π•₯𝕦𝕙

Alhamdulillah, hari ini saya meneruskan Jelajah Solat Jumaat di DUN N.03 Pitas dengan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Nur Hikmah, Kampung Rosob.

Selesai solat, saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan para jemaah dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.

Semoga usaha seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan sesama masyarakat serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk di DUN N.03 Pitas.

Terima kasih kepada pihak masjid dan seluruh jemaah atas sambutan mesra yang diberikan.

Address

Kementerian Kerja Raya Dan Utiliti (KKR) Sabah, Tingkat 7, Bangunan KKR/JKR, Jalan Sembulan
Kota Kinabalu
88582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruddy Awah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share