Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah - Laman Rasmi

Call Directions

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah - Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah - Laman Rasmi, Public & Government Service, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 19 & 20, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah Page sebagai platform wacana ilmu perkongsian kepakaran dan pengetahuan dikalangan pegawai-pegawai pembangunan disamping menjadi wadah hebahan berkaitan tatacara, strategi serta inisiatif terkini selaras Hala Tuju SMJ.

Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bukan Pelesenan: Fasa 1 – 5 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC), 2...
02/10/2026

Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bukan Pelesenan: Fasa 1 – 5 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC), 29-30 Sept 2026, dirasmikan oleh YBrs. TPr. Stanley Chong, Pengarah UPEN

Program RKB yang diterajui oleh MPC merupakan salah satu strategi keberhasilan reformasi bagi menyemak semula peraturan di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030. RKB dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan menambah baik persekitaran perniagaan negara. Inisiatif ini memberi penekanan kepada usaha mengurangkan kerenah birokrasi, mempermudah proses peraturan dan pelesenan, serta memastikan perkhidmatan Kerajaan lebih responsif, telus dan berorientasikan pelanggan.



15/09/2026
πŸ“ LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK RMKe-13 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) TAHUN 2026Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) ...
15/09/2026

πŸ“ LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK RMKe-13 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) TAHUN 2026

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) pada 9 hingga 11 September 2026.

Diketuai oleh Pengarah UPEN, TPr. Stanley Chong, lawatan kerja ini disertai seramai 21 orang pegawai UPEN dan merangkumi daerah Tongod, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, dan Tawau. Pemantauan ini melibatkan tinjauan ke atas projek-projek berstatus siap, lewat jadual, serta projek yang masih dalam perancangan.

Fokus & Objektif Main Lawatan:

β€’ Pemantauan & Penilaian Tapak: Memantau secara fizikal kemajuan projek RMKe-13 serta menilai keberkesanan projek yang telah disiapkan sebagai panduan dan penanda aras perancangan akan datang;

β€’ Pemeriksaan Pasca-Pelaksanaan: Memastikan projek yang telah siap beroperasi secara optimum dan memberi manfaat sepenuhnya kepada sasaran sasar; dan

β€’ Mengenal Pasti Isu & Penyelarasan: Mengenal pasti isu dan cabaran di tapak pelaksanaan serta mengukuhkan penyelarasan antara UPEN, agensi pelaksana, dan Pejabat Daerah


KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT (U.S. EMBASSY) KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) SABAHKOTA KINABALU, 2 ...
04/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT (U.S. EMBASSY) KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) SABAH

KOTA KINABALU, 2 September 2026 – Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Ekonomi, Kedutaan Amerika Syarikat (U.S. Embassy) Kuala Lumpur, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, UPEN Sabah, Aras 19, Menara Kinabalu.

Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Pengarah (Sektoral) I, UPEN Sabah ini menjadi platform bagi delegasi Kedutaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai keutamaan dan hala tuju pembangunan ekonomi Negeri Sabah, di samping bertukar pandangan mengenai bidang-bidang berkepentingan bersama serta meneroka peluang untuk terus memperkukuh kerjasama ekonomi antara Amerika Syarikat dan Sabah.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Datuk Leonard Stephen Poyong, Penasihat Teknikal; Encik Tseu Kei Yue, Timbalan Pengarah (Dasar); Dato’ Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid, Jurutera Kanan, dan barisan pegawai UPEN Sabah.

Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang berkepentingan bersama, seterusnya menyumbang kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan pembangunan strategik Negeri Sabah.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC) KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) SABAHKOTA...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC) KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN) SABAH

KOTA KINABALU, 7 Ogos 2026 – Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sabah International Convention Centre (SICC) yang diketuai oleh Director of Sales and Marketing SICC, Pn. Veronica Gnanasegaran, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, UPEN, tingkat 19, Menara Kinabalu.

Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh En. Tseu Kei Yue, Timbalan Pengarah Dasar (TPD) UPEN Sabah ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping perkongsian maklumat terkini mengenai fasiliti baharu, inisiatif hijau (ESG), serta pakej promosi penganjuran acara dan mesyuarat bagi agensi Kerajaan Negeri. Turut hadir dalam sesi ini ialah pegawai-pegawai kanan UPEN Sabah.

Diharapkan kerjasama strategik ini dapat terus memperkasakan penganjuran pelbagai program Kerajaan Negeri Sabah ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan.

Kota Kinabalu, 9 Julai 2026 (Khamis) – Mesyuarat Perbincangan Teknikal Berhubung Perancangan Jalan Luar Bandar (JALB), J...
14/07/2026

Kota Kinabalu, 9 Julai 2026 (Khamis) – Mesyuarat Perbincangan Teknikal Berhubung Perancangan Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMBTLB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah diadakan.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan projek-projek di bawah seliaan agensi pelaksana yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur luar bandar dapat diselaraskan secara lebih berkesan, sistematik dan menyeluruh.

Mesyuarat ini turut bersetuju agar satu Rural Infrastructure Development Plan (RIDP) diwujudkan dengan mengambil kira perancangan, data dan maklumat yang akan diperoleh daripada semua agensi yang berkaitan. Penyediaan RIDP ini akan membantu Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan infrastruktur luar bandar secara lebih strategik, di samping memperkukuh penyelarasan permohonan projek kepada mana-mana pihak pada masa hadapan, khususnya Kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Shamsul Nizam Bin Abdul Wahid, Jurutera Kanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong, Penasihat Teknikal, UPEN; Puan Jean Shat Fu Yi, Setiausaha Rendah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah; Encik Mohd Fadzy Bin Ag. Osman, Ketua Jurutera, KPLB Sabah; Encik Burhan Nuddin Bin Mahmuddin, Penolong Setiausaha, Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah; Puan Ts. Hirmah Binti Hamdan, Ketua Jurutera, Sabah Electricity (SE); Encik Azaniman Bin Jaini, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JKR Sabah; Encik Ir. Scott Simon Bosuin, Ketua Penolong Pengarah, JKR Sabah; serta pegawai-pegawai lain daripada kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan.

Turut hadir daripada pihak urus setia ialah pegawai-pegawai daripada Seksyen Penyusunan Semula Sosioekonomi, UPEN yang diketuai oleh Puan Jane Polus Masundang, Ketua Penolong Pengarah, bersama Encik Aaron Nathaniel dan Encik Harith Adam.



Address

Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 19 & 20, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088369700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share