Hajiji Haji Noor

Call Directions Website

Hajiji Haji Noor Chief Minister of Sabah | ADUN N12 Sulaman

(1)

21/10/2026

Selamat datang ke Sabah dan selamat bertugas, YBhg. Datuk Zul Hadi Ahmad!

Perjumpaan dengan Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Zul Hadi Ahmad di Menara Kinabalu hari ini menjadi ruang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau yang berkuat kuasa pada 16 Oktober 2026 menggantikan YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab yang telah bersara wajib.

Dengan pengalaman selama 32 tahun dalam bidang ekonomi, kewangan serta dasar dan perancangan strategik, saya berharap beliau dapat terus memperkukuhkan penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan demi memastikan agenda pembangunan Sabah dilaksanakan dengan berkesan untuk manfaat rakyat.



Nabawan bakal mempunyai kemudahan keselamatan yang lebih baik! 🚓👮‍♀️Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Poli...
20/10/2026

Nabawan bakal mempunyai kemudahan keselamatan yang lebih baik! 🚓👮‍♀️

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Perumahan Polis Nabawan hari ini menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan keselamatan, khususnya di kawasan sempadan Sabah.

Majlis ini turut dihadiri YDH CP Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Khalid bin Haji Ismail selaku Ketua Polis Negara, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (ADUN N.46 Nabawan), YB Datuk Zainudin Aman (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah), YDH CP Datuk Jauteh Dikun (Pesuruhjaya Polis Sabah) serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Kerajaan Negeri dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Dengan siling peruntukan RM150 juta, projek ini dijangka bermula pada Januari 2027 bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, menangani jenayah rentas sempadan serta menyediakan kemudahan lebih baik untuk anggota PDRM.

Kerajaan Negeri akan terus menyokong pembangunan infrastruktur keselamatan demi kesejahteraan rakyat dan kebajikan anggota yang berkhidmat menjaga keamanan Sabah.



Keluarga GRS bersatu demi Sabah, berjuang demi rakyat!Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2026 di Kudat hari ini menj...
18/10/2026

Keluarga GRS bersatu demi Sabah, berjuang demi rakyat!

Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2026 di Kudat hari ini menjadi ruang untuk memperkukuhkan semangat kekeluargaan, kesetiaan dan kerjasama antara semua parti komponen sebagai sebuah keluarga besar GRS. Perpaduan dan kestabilan politik mesti terus dipelihara supaya kita dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan serta penyelesaian masalah rakyat.

Perjuangan GRS akan terus memberi penekanan kepada tuntutan hak Sabah melalui rundingan berasaskan fakta dan undang-undang di samping memperluaskan usaha dalam pendidikan, kebajikan, bantuan perumahan dan pembangunan modal insan. Saya juga akan memastikan pengorbanan semua ahli serta jentera akar umbi terus dihargai dan diingati manakala barisan kepimpinan pelapis akan dibentuk melalui gabungan pengalaman pemimpin senior dan idea baharu generasi muda.

Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, semua parti komponen perlu mengutamakan toleransi, disiplin, kesetiaan dan persefahaman dalam soal pembahagian kerusi serta pemilihan calon. Jawatan bukan matlamat peribadi, sebaliknya amanah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita mesti memastikan kestabilan politik diterjemahkan kepada pembangunan, peluang pekerjaan, ekonomi yang kukuh dan kesejahteraan rakyat.

Sabah First, Sabah United, Sabah Forward, Sabah Prosper — empat prinsip ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan hasil yang nyata. Kepentingan Sabah mesti sentiasa mengatasi kepentingan GRS, demi masa depan negeri dan kesejahteraan rakyat.





Kounsapatan dan terima kasih orang Kudat! ✨Program Sentuhan Kasih Rakyat, Karnival Jom Malaysia, Jualan Rahmah MADANI da...
18/10/2026

Kounsapatan dan terima kasih orang Kudat! ✨

Program Sentuhan Kasih Rakyat, Karnival Jom Malaysia, Jualan Rahmah MADANI dan Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) Edisi DUN Tanjong Kapor di Dataran Tomborungus menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, membantu meringankan kos sara hidup serta memperluaskan peluang pemasaran produk tempatan.

Kudat juga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai hab ekonomi biru serantau menerusi cadangan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (BEIP) di bawah SEDCO — Sabah Economic Development Corporation. Dengan kekayaan sumber marin dan kedudukan strategiknya, pembangunan ini berpotensi memperkukuh industri makanan laut, logistik perdagangan dan ekonomi berasaskan laut.

Kita mahu potensi ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan peningkatan pendapatan kepada masyarakat setempat, sambil memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber marin terus dipelihara.



Pembinaan 20 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) secara berkelompok di Kampung Perpaduan Ria 2, Kudat kini sedang dil...
17/10/2026

Pembinaan 20 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) secara berkelompok di Kampung Perpaduan Ria 2, Kudat kini sedang dilaksanakan dan insya-Allah, dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri meningkatkan kuota Rumah Mesra SMJ daripada 40 kepada 50 unit bagi setiap kawasan DUN termasuk tambahan 10 unit khusus untuk golongan muda berumur 40 tahun ke bawah yang telah berkahwin tetapi belum memiliki rumah sendiri.

Kita mahu lebih ramai rakyat yang layak berpeluang menikmati kediaman yang selamat dan selesa. Inilah antara usaha berterusan untuk memastikan pembangunan Sabah turut membawa manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.



Tamu Besar Kota Belud, warisan budaya yang menyatukan kita!Menjunjung kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sab...
17/10/2026

Tamu Besar Kota Belud, warisan budaya yang menyatukan kita!

Menjunjung kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin atas kesudian menghadiri Majlis Perasmian Tamu Besar Kota Belud 2026 hari ini.

Tamu ini bukan sekadar tempat jual beli tetapi lambang kekayaan budaya, perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum termasuklah Bajau-Samah, Kadazandusun, Murut, Iranun dan Cina.

Menjelang Tahun Melawat Sabah 2027, kita mahu keunikan setiap daerah terus diketengahkan sebagai tarikan pelancongan tersendiri. Kota Belud mempunyai potensi besar melalui tradisi budaya, makanan tempatan, kraftangan serta keindahan alam semula jadinya. Potensi ini perlu diperkasakan supaya manfaat pelancongan turut dinikmati peniaga kecil, pengusaha kraftangan, para petani dan penternak serta seluruh masyarakat setempat.

Marilah kita terus memelihara warisan, memperkukuh perpaduan dan mengangkat keunikan Kota Belud sebagai kebanggaan Sabah!



16/10/2026

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-273

13-15 November 2026 | Kuala Lumpur

Gambar kenangan rakan-rakan Ketua Menteri dan Menteri Besar bersama YAB Perdana Menteri di Istana Negara.Alhamdulillah s...
15/10/2026

Gambar kenangan rakan-rakan Ketua Menteri dan Menteri Besar bersama YAB Perdana Menteri di Istana Negara.

Alhamdulillah semua agenda yang ditetapkan dan segala urusan mesyuarat berjalan dengan lancar dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Mesyuarat Menteri Besar & Ketua Menteri bagi sesi kali ini.

Mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman ke Mesyuarat Maj...
15/10/2026

Mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-273 di Istana Negara.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertus Negeri serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Malaysia.

Memandangkan Sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung, saya sempat mengadakan pertemuan bersama beberapa Ahli Parlimen Sab...
14/10/2026

Memandangkan Sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung, saya sempat mengadakan pertemuan bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri termasuk perkara yang memerlukan perhatian serta kerjasama di peringkat Persekutuan.

Penyelarasan yang erat antara Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Sabah amat penting bagi memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat terus diberi perhatian. Suara rakyat Sabah akan terus diperjuanfak



Address

Media And Communications Office (Pejabat Media Dan Komunikasi) Jabatan Ketua Menteri, 31st Floor, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Jalan Sulaman, Teluk Likas Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hajiji Haji Noor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share