JKDM SABAH

Call Directions Website

JKDM SABAH LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SABAH

SALAM TAKZIAHSaf kepimpinan dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) Sabah menzahirkan ucapan Salam Takzia...
26/09/2026

SALAM TAKZIAH

Saf kepimpinan dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) Sabah menzahirkan ucapan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Encik David Didi bin Dawa @ Razwan Dawa Abdullah dari JKDM Sandakan atas pemergiannya pada 26 September 2026.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH





©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

24/09/2026

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok serta minuman keras yang disyaki tidak berkastam dari Julai hingga Ogos lepas, dengan anggaran nilai termasuk duti dan cukai berjumlah RM25.77 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa berkata kejayaan itu hasil tiga operasi yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan penjualan rokok serta minuman keras tidak berkastam.






Jabatan Kastam Diraja Malaysia

SEBUT HARGA KENDERAAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, SABAH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah kini membuka Seb...
22/09/2026

SEBUT HARGA KENDERAAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, SABAH

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah kini membuka Sebutharga Kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah Bil. 3/2026 kepada orang awam yang berminat.

πŸ“… Tarikh Lihat Kenderaan:

1 & 2 Oktober 2026

⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
  2.30 petang – 4.00 petang

πŸ“Œ Tarikh Bermula: 22 September 2026
πŸ“Œ Tawaran Ditutup: 6 Oktober 2026, jam 12.00 tengah hari

🚘 Antara kenderaan yang ditawarkan:

β€’ Nissan X-Trail – WUT 167
β€’ Isuzu – WKK 378
β€’ Toyota Estima – KDL 1636

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Boleh hubungi di no 088-348391 / 017-8176925

atau boleh terus berkunjung ke Pejabat Menara Kastam Sabah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat kenderaan yang ditawarkan pada tarikh yang telah ditetapkan.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π‰πŠπƒπŒ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ πŠπ€π’π“π€πŒ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔17 September 2026 | Dewan Sri Subr...
18/09/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π‰πŠπƒπŒ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ πŠπ€π’π“π€πŒ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

17 September 2026 | Dewan Sri Subro, Menara Kastam Sabah.

Mesyuarat Pengurusan JKDM Sabah Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Daisun Saibeh @ Edward, M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah.

Mesyuarat turut disusuli dengan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kastam Tawau antara Tuan Ali Hasan bin Buglayan dan Dr. Nicholas bin Marcus.

Majlis ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan serta tanggungjawab dalam memastikan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan JKDM di Tawau terus berjalan dengan lancar dan berkesan.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kepentingan jabatan serta masyarakat.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰) π‰πŠπƒπŒ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”17 September 2026 | Dewan Sri Subro, Menara Kastam SabahMesy...
18/09/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰) π‰πŠπƒπŒ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

17 September 2026 | Dewan Sri Subro, Menara Kastam Sabah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKDM Sabah Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh MTT Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Tuan Daisun Saibeh @ Edward.

Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan antara pihak pengurusan dan warga jabatan dalam membincangkan perkara berkaitan kebajikan, perkhidmatan serta kepentingan warga JKDM Sabah.

Semoga hasil perbincangan yang dilaksanakan dapat memperkukuh kerjasama dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan JKDM Sabah.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎHari Malaysia menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam satu kelu...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam satu keluarga besar yang hidup dalam kepelbagaian, saling menghormati dan bersama-sama membina masa depan negara.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai keamanan serta keharmonian yang kita nikmati. Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur dan sejahtera.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Salam Hari Malaysia daripada YBrs. Tuan Daisun Saibeh @ Edward, M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah serta seluruh warga JKDM Sabah.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ 𝐌.𝐓.𝐓. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ€π’π“π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇15 Sept 2026 - M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Tuan Da...
15/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ 𝐌.𝐓.𝐓. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ€π’π“π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

15 Sept 2026 - M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Tuan Daisun @ Edward, bersama barisan Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah telah meneruskan lawatan kerja rasmi ke Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Pejabat Marin Kota Kinabalu.

Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat pelaksanaan operasi serta tugasan warga kerja JKDM Sabah di lapangan, di samping mendapatkan gambaran semasa berkaitan pengurusan, keperluan operasi dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab jabatan.

Dalam lawatan tersebut, pihak pengurusan turut berinteraksi bersama pegawai dan anggota yang bertugas serta menekankan kepentingan kecekapan, integriti, disiplin dan pematuhan perundangan dalam memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan berkesan.

Lawatan ini turut menjadi medium untuk memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkasakan operasi serta penyampaian perkhidmatan JKDM Sabah.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN JKDM SABAH GRED WK13 DAN WK14KOTA KINABALU, 14 September 2026 – Jabatan Kastam Di...
14/09/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN JKDM SABAH GRED WK13 DAN WK14

KOTA KINABALU, 14 September 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan JKDM Sabah Gred WK13 dan WK14 yang berlangsung di Bilik Latihan Aras 6, Menara Kastam Sabah.

Majlis ini menyaksikan dua orang pegawai Gred WK14 dan tiga orang pegawai Gred WK13 menerima pemakaian pangkat sebagai tanda pengiktirafan terhadap tanggungjawab, komitmen dan perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada jabatan.
Bagi Gred WK14 (Timbalan Pengarah Kastam Negeri), pemakaian pangkat melibatkan Puan Alina binti Ambang dan Tuan Buna bin Sawal, manakala bagi Gred WK13 (Penolong Kanan Pengarah Kastam I) melibatkan Dr. Nicholas bin Marcus, Tuan Said Hamid bin Said Idrus dan Puan Hajah Suzanah binti Haji Muin.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh integriti serta melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan JKDM Sabah dan perkhidmatan awam.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima kenaikan pangkat.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ 𝐌.𝐓.𝐓. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ€π’π“π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇14 September 2026 - M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Tu...
14/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ 𝐌.𝐓.𝐓. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ€π’π“π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

14 September 2026 - M.T.T. Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Tuan Daisun @ Edward, bersama barisan Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pelabuhan Sepanggar dan Pelabuhan Kota Kinabalu.

Lawatan kerja ini merupakan antara usaha berterusan pihak pengurusan JKDM Sabah dalam meninjau secara dekat pelaksanaan operasi dan pengurusan di lokasi strategik yang menjadi antara pintu masuk utama aktiviti perdagangan di negeri Sabah.

Lawatan ini juga menjadi platform bagi pihak pengurusan untuk berinteraksi secara langsung dengan warga kerja di lapangan, selain mengenal pasti perkara yang boleh ditambah baik dalam memastikan pelaksanaan tugas sentiasa berada pada tahap yang optimum.

JKDM Sabah sentiasa komited untuk memperkukuh kecekapan pengurusan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memastikan peranan dan tanggungjawab Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan negara dan masyarakat.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) 2.0 JKDM SABAH TAHUN 2026Kota Kinabalu, 10...
10/09/2026

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) 2.0 JKDM SABAH TAHUN 2026

Kota Kinabalu, 10 September 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah menganjurkan **Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) 2.0 JKDM Sabah Tahun 2026** sebagai usaha memperkukuh kecekapan warga kerja dalam pengurusan dokumen secara digital, sistematik dan berkesan.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan dalam penggunaan aplikasi DDMS 2.0, khususnya berkaitan pengurusan, penyimpanan, capaian dan penyampaian dokumen secara digital selaras dengan keperluan pendigitalan perkhidmatan awam.

Pelaksanaan bengkel ini turut mencerminkan komitmen JKDM Sabah dalam memperkasakan transformasi digital serta memastikan pengurusan rekod dan dokumen jabatan dilaksanakan secara lebih teratur, cekap, selamat dan berintegriti.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melancarkan urusan kerja serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan JKDM Sabah.






©️ 2026 | Seksyen Perancangan Korporat Dan Latihan | Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

Address

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA ZON SABAH, MENARA KASTAM SABAH, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088348100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKDM SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share