KM Banggi 7502

Directions

KM Banggi 7502 Kapal Maritim Banggi merupakan kapal Kelas Langkawi iaitu salah sebuah kapal APMM yang terbaik.

Melaksanakan penguatkuasaan maritim di zon maritim Malaysia selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat.

๐ŸŽ‰ SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ๐ŸŽ‰3 OKTOBER 2026Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada:โš“ Y...
03/10/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ๐ŸŽ‰

3 OKTOBER 2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada:

โš“ YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah
Ketua Pengarah Maritim Malaysia

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan amanah serta kepimpinan demi kemajuan dan kecemerlangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semoga terus diberikan petunjuk dan keberkatan dalam memimpin warga Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab mengawal, melindung dan menyelamat perairan negara.

๐ŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, YBhg. Datuk!
Semoga segala usaha dan perjuangan sentiasa dipermudahkan serta mendapat keberkatan Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Pegawai Memerintah KM BANGGI
dan Warga KM BANGGI

โš“ MALAYSIA MADANI
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MENGAWAL, MELINDUNG, MENYELAMAT






03/10/2026

โš“ VIDEO BUATAN AI AMANAT DISIPLIN & INTEGRITI WARGA KM BANGGI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Disiplin dan integriti merupakan asas utama dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga APMM.

๐Ÿšซ Jauhi dadah.
โš“ Patuhi disiplin.
๐Ÿค Jangan bersekongkol dengan individu yang tidak bertanggungjawab.
๐Ÿซก Laksanakan tugas dengan penuh integriti.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan salah laku atau penyalahgunaan dadah.

Jaga maruah diri, jaga KM BANGGI dan jaga nama APMM.

โ€œ1 Hati, 1 Tujuan โ€” KITA JAGA KITA.โ€

๐Ÿ“– KULIAH DUHA: PENGHAYATAN AKHLAK DAN IKTIBAR RASULULLAH S.A.W.25 September 2026 | JumaatPegawai Memerintah KM BANGGI, K...
28/09/2026

๐Ÿ“– KULIAH DUHA: PENGHAYATAN AKHLAK DAN IKTIBAR RASULULLAH S.A.W.

25 September 2026 | Jumaat

Pegawai Memerintah KM BANGGI, Komander (M) Hj Mahathir bin Mohammad yang mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama (M) Mohd Khairulanuar bin Abdul Majid @ Razali, Pengarah Maritim Negeri. bersama beberapa anggota kapal telah menghadiri Program Pengukuhan Integriti Siri 4: Kuliah Dhuha โ€“ Kelahiran Rasulullah S.A.W., Penghayatan Akhlak dan Iktibar yang dianjurkan oleh Unit Integriti, Seksyen Pengurusan, Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan di bawah kelolaan Ustaz Hj Mahadzir Bin Hj Jamil, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Maritim Negeri Sabah

Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IPMN Sabah ini telah disampaikan oleh As-Sayyied As-Syeikh Abdush Shabour Al-Kayyaali At-Rifaโ€™ie Al-Husaini.

Pengisian kuliah memberi penekanan terhadap penghayatan akhlak Rasulullah S.A.W. serta penerapan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas seharian.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat terus menyemarakkan semangat warga KM BANGGI untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, disiplin dan tanggungjawab. ๐Ÿคฒ

SALAM TAKZIAHKepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, serta seluruh ahli keluarga atas pemergia...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Yang Amat Bahagia Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.

Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, iaitu Isnin, 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga juga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kecekalan, dan kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaan yang berat ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan warga KM BANGGI

๐—• ๐—˜ ๐—Ÿ ๐—” ๐—ก ๐—š ๐—ฆ ๐—จ ๐—ก ๐—š ๐—ž ๐—” ๐—ช ๐—”

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), bersama-sama seluruh warganya menzahirkan ucapan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Yang Amat Bahagia Tun Dr. Hasmah binti Mohd Ali.

Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, iaitu Isnin, 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Seluruh warga Maritim Malaysia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kecekalan, dan kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaan yang berat ini.

Al-Fatihah.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

26/09/2026

Menurut hantaran di Facebook rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), lawatan berkenaan turut disertai guru serta ibu bapa para pelajar.

Menerusi kunjungan itu, para pelajar diberi kesempatan meninjau ruang dan kemudahan yang terdapat di KM Banggi, selain mendapatkan pendedahan mengenai peranan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta keamanan perairan negara.

Baca penuh di:

https://dakwatrakyat.com/2026/09/24/36-peminat-cilik-pasti-al-khawarizmi-teruja-lawat-km-banggi/

Kredit foto: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโš“ PERHIMPUNAN BULANAN KM BANGGI & PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN ANGGOTA โš“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“… 24 September 2026 | KM BANGGIโ€œKeceme...
24/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโš“ PERHIMPUNAN BULANAN KM BANGGI & PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN ANGGOTA โš“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 24 September 2026 | KM BANGGI

โ€œKecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi hasil daripada disiplin, dedikasi dan kerja berpasukan.โ€

Perhimpunan Bulanan KM BANGGI telah diadakan pada 24 September 2026 sebagai platform untuk menyampaikan amanat, memperkukuh disiplin serta menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh warga kapal dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Perhimpunan pagi diketuai oleh Pegawai Laksana, Leftenan Komander Maritim Musli bin Jaffar, sebelum diteruskan dengan ucapan dan amanat Pegawai Memerintah, Komander Maritim Haji Mahathir bin Mohammad kepada seluruh warga KM BANGGI.

๐Ÿ† PENGHARGAAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG (APC) TAHUN 2025

Tahniah diucapkan kepada:
๐Ÿ”น Bintara Kanan Maritim Rosli bin Lambak
๐Ÿ”น Bintara Kanan Maritim Muhammad Risalah bin Lah
๐Ÿ”น Bintara Muda Maritim Sarvanraj A/L Parthibn

๐ŸŒŸ ANUGERAH CEMERLANG BULANAN
Syabas kepada penerima:

๐Ÿ”น Bintara Muda Maritim Zulyadin bin Kamal
๐Ÿ”น Laskar Kelas I Maritim Muhammad Nuruddin Fahmie bin Ghazali
๐Ÿ”น Laskar Kelas I Tek Maritim Muhammad Faiz Hakimi bin Mohd Yazi
๐Ÿ”น Laskar Kelas I Maritim Muhammad Nazrul Hakimi bin Ismail

๐Ÿค PENGHARGAAN & PERPISAHAN
Penghargaan turut diberikan kepada Bintara Kanan Maritim Suhardi bin Husin yang akan bertukar keluar ke Maritim Negeri Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat bersama keluarga KM BANGGI.

Sijil penghargaan turut disampaikan kepada anggota KM BANGGI sebagai tanda pengiktirafan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan dalam pelaksanaan tugas serta aktiviti kapal.

โœจ Penyampaian anugerah dan penghargaan ini diharap menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga KM BANGGI untuk terus mengekalkan kecemerlangan, profesionalisme, disiplin dan semangat kerja berpasukan.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan ringan di Dewan Makan KM BANGGI, sekali gus mengeratkan silaturahim, ukhuwah dan semangat kekitaan dalam kalangan warga kapal. ๐Ÿ’™โš“

๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PENERIMA!

Teruskan kecemerlangan. Teruskan berbakti.
Setiap usaha dihargai, setiap jasa dikenang.

โš“ SATU PASUKAN โ€ข SATU KELUARGA โ€ข SATU TUJUAN

๐Ÿ’™ KITA JAGA KITA ๐Ÿ’™









LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR CILIK PASTI AL-KHAWARIZMI KE KM BANGGI23 September 2026 | KM BANGGIKapal Maritim (KM) BAN...
24/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR CILIK PASTI AL-KHAWARIZMI KE KM BANGGI

23 September 2026 | KM BANGGI

Kapal Maritim (KM) BANGGI telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar Pelajar Cilik dari PASTI Al-Khawarizmi pada 23 September 2026. Lawatan ini disertai seramai 36 orang pelajar, 5 orang guru dan 26 orang ibu bapa.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Penolong Pegawai Jurutera Marin, Leftenan Maritim Muhd Saleyhin bin Hasim. Program kemudiannya diteruskan dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Persenjataan Elektronik, Leftenan Maritim Syed Muhd Idham bin Syed Abd Wadut sebagai pendedahan awal kepada para pelajar mengenai aspek keselamatan sepanjang berada di atas kapal.

Seterusnya, para pelajar telah dibahagikan kepada dua kump**an bagi mengikuti sesi lawatan sekitar kawasan serta bahagian-bahagian kapal. Sesi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat persekitaran kapal serta memahami secara asas fungsi dan peranan KM BANGGI dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim.

Taklimat berkaitan kapal turut disampaikan oleh Pegawai Tadbir, Leftenan Muda Maritim Amy Zawiah binti Abdulla, bertempat di Combat Information Centre (CIC). Sesi ini turut memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik kepada para pelajar melalui penerangan secara langsung mengenai operasi dan kemudahan yang terdapat di atas kapal.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar di haluan kapal serta acara pertukaran cenderahati antara pihak KM BANGGI dan Puan Nur Aziemah Hamizah Binti Ridhwan, wakil guru PASTI Al-Khawarizmi sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan atas kunjungan yang telah diadakan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar serta menyemai minat dan kesedaran mereka terhadap peranan agensi penguatkuasaan maritim, di samping menjadi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik darjah.

โš ๏ธ PERINGATAN KESELAMATAN KETIKA HUJAN ๐ŸŒง๏ธAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Musim hujan memerlukan kita semua meningkat...
21/09/2026

โš ๏ธ PERINGATAN KESELAMATAN KETIKA HUJAN ๐ŸŒง๏ธ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Musim hujan memerlukan kita semua meningkatkan tahap berhati-hati dan berwaspada, sama ada ketika berada di jalan raya mahupun semasa menjalankan tugas di kapal.

๐Ÿš— KEPADA YANG MEMANDU KENDERAAN:

kelajuan ketika hujan kerana jalan menjadi licin.
-hati kerana jarak penglihatan mungkin terhad.
jarak antara kenderaan sentiasa selamat.
memandu terlalu laju atau melakukan brek secara mengejut.
dengan lubang dan kerosakan jalan yang mungkin terlindung oleh air.
lampu kenderaan dan tingkatkan kewaspadaan.

๐Ÿ๏ธ KEPADA PENUNGGANG MOTOSIKAL:

memakai baju hujan dan kelengkapan keselamatan yang sesuai.
kelajuan dan elakkan laluan yang berisiko.
mengambil risiko ketika keadaan hujan terlalu lebat.

โš“ KEPADA WARGA YANG DUTY DI KAPAL: Sekiranya tiada keperluan berkaitan tugas, elakkan keluar dari kapal ketika hujan. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri. Jangan sampai akibat bermain hujan, kita p**a demam dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

๐Ÿ’™ JAGA DIRI โ€ข JAGA KELUARGA โ€ข JAGA RAKAN SEKERJA

โ€œUtamakan Keselamatan, Sampai Dengan Selamat.โ€

KITA JAGA KITA.

Address

Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KM Banggi 7502 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share