Penjara Wanita KK

Directions Website

Penjara Wanita KK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Wanita KK, Public & Government Service, Jalan Penjara, Kota Kinabalu.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM RUANG EKSPRESI KREATIF DAN APRESIASI BAHASA (REKA) ZON SABAH DAN W.P. LABUAN BAGI TAHUN 2026KOT...
01/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM RUANG EKSPRESI KREATIF DAN APRESIASI BAHASA (REKA) ZON SABAH DAN W.P. LABUAN BAGI TAHUN 2026

KOTA KINABALU, 30 September 2026 – Majlis Penutupan Program Ruang Ekspresi Kreatif dan Apresiasi Bahasa (REKA) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 telah berlangsung pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran dan Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah (KPKPS).

Program yang berlangsung selama dua hari, bermula 29 hingga 30 September 2026, merupakan inisiatif Pemulihan Jabatan Penjara Malaysia yang memberi ruang kepada para prospek untuk menzahirkan bakat, kreativiti dan potensi diri menerusi penghayatan seni dan bahasa. Penganjuran program ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dikelolakan oleh Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Raime bin Unggi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Turut hadir ialah YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia; YDh. TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan; YBrs. Puan Jennitah binti Nordin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah; serta YDh. PKP Noor Sazlawati binti Zakaria, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Turut hadir ketua-ketua institusi penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan, pegawai-pegawai penjara serta para prospek yang terlibat.

REKA Zon Sabah dan W.P. Labuan Tahun 2026 menghimpunkan penyertaan daripada tujuh institusi, iaitu Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Lahad Datu, Penjara Tawau, Sekolah Henry Gurney Keningau, Penjara Sandakan dan Pusat Koreksional Labuan, dengan jumlah keseluruhan 91 orang prospek. Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada KEMAS Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAVFA), Persatuan Pemuisi Negeri Sabah D'Bayu serta pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,

Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Teater Muzikal, Lagu Puisi Berkumpulan, Deklamasi Sajak solo dan Syair solo.

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang bagi penganjuran REKA Zon Sabah & W.P. Labuan tahun 2026 :

A. Teater Muzikal
🥇Penjara Wanita KK
🥈Penjara Lahad Datu
🥉Penjara Pusat KK

B. Lagu Puisi Berkumpulan
🥇Penjara Lahad Datu
🥈Penjara Tawau
🥉Penjara Sandakan

C. Deklamasi Sajak solo
🥇Penjara Wanita KK
🥈Penjara Tawau
🥉Penjara Sandakan

D. Syair solo
🥇Pusat Koreksional Labuan
🥈Penjara Pusat KK
🥉Penjara Sandakan

Pihak penganjur turut menyediakan Anugerah Khas bagi kategori :

A. Anugerah Skrip Teater Terbaik :
"JIDAR KALBU" - Penjara Wanita KK

B. Anugerah Sinografi Terbaik :
"JIDAR KALBU"- Penjara Wanita KK

C. Anugerah Pelakon Terbaik :
Watak Lucy / Jackie - Pusat Koreksional Labuan

D. Juara Keseluruhan Program REKA Zon Sabah dan W.P.Labuan Bagi Tahun 2026 :
Penjara Wanita Kota Kinabalu

Penganjuran REKA turut memperlihatkan kepentingan kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkaya pendekatan pemulihan melalui medium seni dan bahasa. Sokongan daripada agensi serta institusi pendidikan yang terlibat turut menyumbang kepada pelaksanaan program yang lebih menyeluruh serta memberikan pengalaman positif kepada para prospek.

Secara keseluruhannya, Program REKA Zon Sabah dan W.P. Labuan Tahun 2026 telah berlangsung dan mencapai objektif penganjuran selaras dengan moto "Penjara Selamat Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan".

Sekian & terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
Unit Pemulihan PWKK

PROGRAM  SUKAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026Pada 14 Ogos 2026, Penjara Wanita Kota Kinabalu,telah diberi tanggungjawab s...
17/08/2026

PROGRAM SUKAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

Pada 14 Ogos 2026, Penjara Wanita Kota Kinabalu,telah diberi tanggungjawab sebagai pengelola aktiviti sukan sempena Bulan Kebangsaan 2026. Pelbagai acara sukan dan aktiviti santai telah dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Program ini melibatkan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah ,Penjara Pusat Kota Kinabalu,Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran ,PERSIAP dan Pelajar Kadet Koreksional Sabah.Seramai 75 orang kakitangan dan Pelajar telah menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah senamrobik yang dipimpin oleh Kumpulan Swarnatari Penjara Wanita Kota Kinabalu. Program ini melibatkan beberapa Acara Sukan Rakyat antaranya Gusti Lengan kategori lelaki dan wanita, bowling kelapa, Melastik kategori lelaki dan wanita dan Balon sarung. Kesemua aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan dan berlangsung dalam suasana meriah, ceria serta penuh semangat kesukanan.

TPP Rosliza binti Ishak Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran (PRP) telah merangkul Juara keseluruhan bagi Acara Sukan Rakyat.

Program ini turut memberi peluang kepada warga kerja untuk berinteraksi dalam suasana santai, meningkatkan kerjasama berpasukan dan memupuk semangat kekitaan selaras dengan penghayatan Bulan Kebangsaan 2026.

PROGRAM MOBILISASI RAWATAN PEMULIHAN TANPA SEMPADAN (MRT) BERSAMA AADK KOTA KINABALUPENJARA WANITA KOTA KINABALU - 23 Ju...
24/07/2026

PROGRAM MOBILISASI RAWATAN PEMULIHAN TANPA SEMPADAN (MRT) BERSAMA AADK KOTA KINABALU

PENJARA WANITA KOTA KINABALU - 23 Julai 2026 | Khamis

Unit Pemulihan Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Mobilasi Rawatan Tanpa Sempadan (MRT) kepada 60 orang prospek di institusi ini.

Objektif program ini adalah untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara bersepadu kepada prospek yang terlibat dengan masalah dadah di samping memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Jabatan Penjara Malaysia dan AADK ke arah memperkasakan program pemulihan penghuni.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek pemulihan secara holistik melalui pendekatan kesihatan fizikal, mental dan emosi bagi membantu penghuni meningkatkan kualiti hidup sepanjang menjalani hukuman, serta sebagai persediaan untuk proses reintegrasi ke dalam masyarakat.

Pelaksanaan program ini merupakan salah satu usaha membantu dan menyokong prospek meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pengesanan awal masalah kesihatan serta akses kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan khususnya berkaitan penyalah gunaan dadah secara lebih efisien.

Secara keseluruhannya, Program Mobilisasi Rawatan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT) diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan prospek yang terlibat menerima perkhidmatan kesihatan dan pemulihan yang berkualiti, seterusnya menyokong hasrat Jabatan Penjara Malaysia dalam melahirkan individu yang lebih sihat, produktif dan bersedia untuk kembali berfungsi dalam masyarakat selaras dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia, 'Penjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan'.

Sekian laporan disediakan oleh :
UNIT PEMULIHAN PWKK

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Penjara Sandakan
Penjara Tawau Official
Penjara Lahad Datu
Sekolah Henry Gurney Keningau
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Pusat Koreksional Labuan

PENYERTAAN 9 ORANG PROSPEK PENJARA WANITA KOTA KINABALU DALAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT PROSPEK PENJARA ZON SABA...
20/07/2026

PENYERTAAN 9 ORANG PROSPEK PENJARA WANITA KOTA KINABALU DALAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT PROSPEK PENJARA ZON SABAH & WP LABUAN BAGI TAHUN 2026

(13 - 16 Julai 2026) - Festival Kesenian Islam Peringkat Prospek Zon Sabah dan WP Labuan bagi tahun 2026 telah diadakan di Penjara Tawau bagi menggalakkan penghayatan nilai-nilai Islam, membina sahsiah diri serta mencungkil bakat prospek melalui pelbagai pertandingan berunsurkan kerohanian dan kesenian Islam.

Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menghantar seramai sembilan (9) orang prospek di dalam festival tersebut. Penyertaan ini bertujuan memberi peluang kepada prospek untuk meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama, mengembangkan bakat serta menghayati nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

Sepanjang festival diadakan, para peserta telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan mengikut kategori iaitu Tilawah Al Quran, Hafazan, Marhaban dan Daie. Semua peserta memberikan komitmen yang tinggi, menunjukkan disiplin yang baik serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang program berlangsung.

Majlis penutupan telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, TKP Nor Haizan bin Md Isa, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ustaz Dr. Mohd Zamir bin Bahall, Timbalan Pengarah (Seksyen Agama), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia serta TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhannya, penyertaan sembilan (9) orang prospek Penjara Wanita Kota Kinabalu dalam festival pada tahun ini telah membawa institusi PWKK menjadi Naib Johan Keseluruhan dengan keputusan pertandingan iaitu Tilawah Al Quran (Naib Johan), Hafazan Tahap 1 (Naib Johan), Hafazan Tahap 2 (Naib Johan), Hafazan Tahap 3 (Ketiga), Daie (Naib Johan) serta Marhaban (Johan).

Adalah diharapkan agar penyertaan dalam program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menyokong proses pemulihan dan pembangunan diri prospek secara holistik dan bertepatan dengan aspirasi jabatan "Penjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan".

Sekian dan terima kasih.

TAKLIMAT MYPERFORMANCE KEPADA KAKITANGAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU03 Julai 2026 (Jumaat) – Unit Latihan Penjara Wanit...
08/07/2026

TAKLIMAT MYPERFORMANCE KEPADA KAKITANGAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU

03 Julai 2026 (Jumaat) – Unit Latihan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menganjurkan sesi Taklimat MyPerformance bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Borneo, Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Pentadbiran, Puan Ruhailly binti Asmari. Program ini dilaksanakan secara hibrid, iaitu bersemuka dan atas talian, dengan penyertaan seramai 72 orang anggota dan kakitangan awam, melibatkan 16 orang secara bersemuka dan 56 orang secara dalam talian.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman warga institusi mengenai pelaksanaan Sistem MyPerformance sebagai kaedah pengurusan prestasi penjawat awam. Di samping itu, program ini memastikan setiap kakitangan memahami proses penetapan sasaran kerja, pemantauan prestasi, penilaian prestasi serta peranan pegawai penilai dalam melaksanakan penilaian secara lebih sistematik, telus dan berkesan.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Rosliza binti Ishak. Antara pengisian utama taklimat ialah pengenalan kepada Sistem MyPerformance, tatacara penetapan sasaran kerja, kaedah pemantauan dan penilaian prestasi, di samping sesi soal jawab bagi memberi penjelasan lanjut kepada para peserta. Sepanjang program berlangsung, peserta memberikan kerjasama yang amat baik serta menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap topik yang dibentangkan.

Secara keseluruhannya, taklimat ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Diharapkan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian bagi meningkatkan prestasi kerja, produktiviti serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di Penjara Wanita Kota Kinabalu.

AKTIVITI KECERGASAN "BRISKWALK" BERSAMA KAKITANGAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU03 Julai 2026 ( Jumaat ) - Unit Latihan P...
08/07/2026

AKTIVITI KECERGASAN "BRISKWALK" BERSAMA KAKITANGAN PENJARA WANITA KOTA KINABALU

03 Julai 2026 ( Jumaat ) - Unit Latihan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan aktiviti "Briskwalk" yang bermula dari Terminal Airport 2 dan seterusnya berakhir di Pantai Tanjung Aru 1 sejauh 3 KM. Program turut dihadiri oleh TPP Rosliza binti Ishak, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu bersama 17 Orang anggota dan kakitangan Awam. Aktiviti ini dianjurkan sebagai satu inisiatif bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Program ini memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti fizikal secara berkala di samping mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kesejahteraan fizikal serta mental.

Program dimulakan dengan sesi senaman regangan sebagai pemanasan badan sebelum para peserta menjalani aktiviti "briskwalk" mengikut laluan yang telah ditetapkan. Sepanjang program berlangsung, semua peserta menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat yang tinggi. Seterusnya aktiviti diakhiri dengan sesi penyejukan badan, penyampaian penghargaan dan sesi bergambar.

Secara keseluruhannya, Program "BriskWalk" ini telah memberi impak yang positif kepada semua peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi melahirkan warga kerja yang lebih sihat, cergas, produktif dan berdaya saing.

PELAKSANAAN ACARA LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA SERENTAK 25,000 PENGHUNI PENJARA SEMPENA PROGRAM KESOPANAN DAN KESUSILAAN : A...
25/06/2026

PELAKSANAAN ACARA LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA SERENTAK 25,000 PENGHUNI PENJARA SEMPENA PROGRAM KESOPANAN DAN KESUSILAAN : ASAS PEMULIHAN ASAS PERPADUAN JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2026 BAGI PENGHUNI PENJARA WANITA KOTA KINABALU

24 Jun 2026 (Rabu) - Bersempena Program Karnival Sukan Madani Rakyat Tahun 2026 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu, turut dilaksanakan Acara Lafaz Ikrar Rukun Negara Serentak Oleh 25,000 Penghuni Penjara Sempena Program Kesopanan dan Kesusilaan : Asas Pemulihan Asas Perpaduan Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Penjara Kluang.

Seramai 250 penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu terlibat secara langsung menjayakan program ini.

PROGRAM KARNIVAL SUKAN MADANI RAKYAT 2026 PERINGKAT PENGHUNI PENJARA WANITA KOTA KINABALUPada 24 Jun 2026 | Rabu, telah ...
25/06/2026

PROGRAM KARNIVAL SUKAN MADANI RAKYAT 2026 PERINGKAT PENGHUNI PENJARA WANITA KOTA KINABALU

Pada 24 Jun 2026 | Rabu, telah dilaksanakan Program Karnival Sukan Madani Rakyat 2026 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Noor Sazlawati binti Zakaria. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Rosliza binti Ishak dan TPP Dida Ayu binti Hamid, serta pegawai dan kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Acara pembukaan dimulakan dengan sesi senamrobik yang melibatkan prospek-prospek bersama kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu. Aktiviti tersebut turut disertai oleh Pengarah serta pegawai dan kakitangan sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan program.

Acara turut dimeriahkan dengan pertandingan Sukan Rakyat diantara prospek.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penghuni dan kakitangan. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai medium bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan persekitaran yang positif dan kondusif selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan cogan kata 'Penjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan'.

Secara keseluruhannya, Program Karnival Sukan Madani Rakyat 2026 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta yang terlibat.

PROFILING LINDUNGI KERJAYA MY FUTURE JOBS PENJARA WANITA KOTA KINABALU - 19 Jun 2026 | JumaatSeramai 22 Prospek Penjara ...
25/06/2026

PROFILING LINDUNGI KERJAYA MY FUTURE JOBS PENJARA WANITA KOTA KINABALU - 19 Jun 2026 | Jumaat

Seramai 22 Prospek Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menjalani Program Profiling Lindungi Kerjaya My Future Jobs.

Objektif program adalah untuk menyediakan dokumentasi prospek bagi keperluan temuduga bersama majikan yang bakal diadakan pada 20 Ogos 2026 yang berpusat di PRP Tuaran. Puan Elsa binti Assah dan Puan Wan Sri Alliffah binti Wan Osman wakil dari pihak PERKESO Sabah telah hadir bagi melaksanakan program ini.

PROGRAM PEMERKASAAN SENI BATIK DAN PROGRAM KEPENGGUNAAN DI PENJARA WANITA KOTA KINABALUKOTA KINABALU, 13 JUN 2026 - Penj...
14/06/2026

PROGRAM PEMERKASAAN SENI BATIK DAN PROGRAM KEPENGGUNAAN DI PENJARA WANITA KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 13 JUN 2026 - Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menerima lawatan daripada delegasi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Lawatan ini dihadiri oleh YBHG. Datin Dr. Rafidah @ Malissa Binti Salleh, Isteri kepada YB Menteri KPDN merangkap (penaung PUSPANITA KPDN), YBHG. Datin Seri Hamisah Binti Hussin, isteri kepada YB Timbalan Menteri dalam Negeri (Timbalan penaung PUSPANITA KDN). YBHG. Datin Che Norshina Binti Mohd Hashim, Isteri kepada KSU KDN ( Pengerusi PUSPANITA KDN). YBHG. Datin Sri Hajah Rosnani Binti Mohamed merangkap Pengerusi PUSPANITA Jabatan Penjara Malaysia / YDP PERSIAP Malaysia. YBHG. Datin Seri Zuraida Binti Dahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN dan YBHG. Datin Raja Noralis Binti Raja Honram, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA KPDN serta Pengarah Penjara Negeri Sabah& W.P Labuan TKP Tey Hock Soon.

Lawatan ini bertujuan meninjau penyediaan dan pembuatan produk makanan seperti Kek dan makanan sejuk beku. Delegasi berkesempatan melihat demonstrasi pembuatan Karipap Pusing dan Kek Butter yang dihasilkan oleh Prospek di Bengkel Pastri. Dalam sesi akhir lawatan, Pihak Delegasi dapat merasai sendiri produk yang dihasilkan oleh para prospek Jabatan Penjara Malaysia yang mana mendapat permintaan dan sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Harta Intelek Malaysia berupa barang keperluan untuk kegunaan bayi prospek dalam tahanan Penjara Wanita KK.

Address

Jalan Penjara
Kota Kinabalu
88811

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Saturday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Wanita KK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share