02/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
1 Oktober 2026 | Pejabat SEDIA, Aeropod Commercial Square
Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah menerima kunjungan rasmi Delegasi Luar Negara bagi Program Pelawat โA Familiarisation of Malaysiaโs Policy and Developmentโ di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) Tahun 2026.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, Ketua Eksekutif SEDIA, bersama pihak pengurusan dan warga kerja SEDIA. Pihak SEDIA amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan delegasi luar negera ke pejabat SEDIA.
Delegasi diketuai oleh YBrs. Encik Devrin Jeck, Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (ICADD) Kementerian Luar Negeri; Encik Muhammad Azmi bin Abdullah Sukiang, Ketua Penolong Setiausaha ICADD; Cik Nur Syaheera Adila Zulkifli, Penolong Setiausaha ICADD serta sekretariat MTCP.
Seramai 11 pegawai dari lapan negara iaitu Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kyrgystan, Oman, Tajikistan, Turkiye dan Turkmenistan turut terlibat dalam kunjungan tersebut. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi antarabangsa mengenai dasar, tadbir urus serta pengalaman pembangunan Malaysia, khususnya inisiatif strategik Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di bawah SEDIA.
Dalam pertemuan tersebut, delegasi telah diberikan taklimat oleh Puan Ynez Teo, Ketua Pegawai Pelaburan SEDIA tentang peranan dan fungsi SEDIA dalam mengerak dan melaksanakan inisiatif SDC, serta memasar dan mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini. Usaha-usaha ini telah diterjemahkan melalui kerjasama strategik bersama agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memudah cara pelaburan.
Pihak SEDIA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekretariat MTCP, Kementerian Luar Negeri Malaysia kerana telah memilih SEDIA sebagai lokasi kunjungan tersebut.