Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Parlimen Putatan

Directions

Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Parlimen Putatan Akaun Rasmi Facebook bagi Pergerakan Pemuda Gagasan Parlimen Putatan

01/09/2026

Ketua Pergerakan Pemuda PGRS P.173 Putatan,Tuan Burhanuddin bin DSP Yahya Hussin bersama-sama mengiringi Datuk Azrul bin Ibrahim,Ketua Pergerakan Pemuda PGRS Pusat, merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah,serta rakan-rakan Ketua Pemuda Bahagian dalam menziarahi dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Lok Buta, Numbak.

Kunjungan ini sebagai tanda kebersamaan, keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang terjejas akibat musibah kebakaran.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaPuan Daliah binti Mohd Zainatas pelantikan sebagaiKetua Wanita PGRS P.173 Putata...
31/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

Puan Daliah binti Mohd Zain
atas pelantikan sebagai
Ketua Wanita PGRS P.173 Putatan

dan

Cik Nur Aqilah binti Safar
atas pelantikan sebagai
Ketua Beliawanis PGRS P.173 Putatan

Semoga terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam menjalankan amanah, serta bersama-sama membawa suara dan memperkasakan wanita dan beliawanis demi kemajuan P.173 Putatan.

Daripada:
Burhanuddin bin DSP Yahya Hussin
Ketua Pergerakan Pemuda PGRS P.173 Putatan

30/08/2026
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini kita bukan sekadar mengenang sebuah perjalanan, tetapi menghayati sebuah perjuangan yang dibina dengan pengorbanan, air mata dan keberanian.

Merdeka bukan hanya tentang kibaran Jalur Gemilang, tetapi tentang hati yang terus memilih untuk bersatu. Tentang kita yang berbeza latar, budaya dan bahasa, namun tetap berdiri di bawah satu tanah air yang sama.

Di bumi Sabah yang tercinta, semangat itu terus mekar. Kerana tanah air bukan sekadar tempat kita berpijak, tetapi tempat lahirnya impian, kenangan dan masa depan yang ingin kita wariskan kepada generasi seterusnya. โค๏ธ

Marilah kita terus menghargai nikmat kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menghormati kepelbagaian dan bersama-sama membina Malaysia serta Sabah yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Rumah Kita, Kita Jaga!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA
๐Ÿ’™ SABAH TANAH AIR KU

Ikhlas daripada :
YB Tuan Shah Alfie Yahya
Ketua Bahagian PGRS P173 Putatan

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, demi Sabah dan Malaysia yang aman, maju dan sejahtera.

Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sabah

Burhanuddin bin DSP Yahya Hussin
Ketua Pergerakan Pemuda PGRS P.173 Putatan

๐ŸŽ‰๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐๐ŸŽ‰Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Shah Alfie bin Yahya atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Pa...
30/08/2026

๐ŸŽ‰๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐๐ŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Shah Alfie bin Yahya atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) P.173 Putatan.

Semoga pelantikan ini menjadi amanah untuk terus memperkukuh gerak kerja parti, mempereratkan perpaduan serta memperjuangkan aspirasi dan kepentingan rakyat, khususnya di kawasan P.173 Putatan.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan dalam memimpin serta berkhidmat demi rakyat. ๐Ÿค๐Ÿ’ช

Tahniah YB! Teruskan berkhidmat, teruskan melangkah bersama rakyat.





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Burhanuddin bin DSP Yahya Hussin atas pelantikan sebagai Ketua Pergerakan ...
29/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Burhanuddin bin DSP Yahya Hussin atas pelantikan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda PGRS Parlimen Putatan.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, beliau dapat terus memimpin serta memperkasakan pergerakan Pemuda PGRS dengan penuh komitmen, semangat dan integriti demi kepentingan anak muda serta kemajuan masyarakat di Parlimen Putatan.

Selamat menjalankan amanah dan tahniah atas pelantikan.

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™

Kita melangkah ke tahun baharu Hijrah 1448H dengan penuh kesyukuran dan harapan. Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, dan meningkatkan amal ibadah.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi juga perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, berakhlak mulia dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat.

โ€œHijrah Membawa Rahmat, Ukhuwah Memperkukuh Ummah.โ€

Ikhlas daripada,
PGRS Bahagian N.24 Tanjung Keramat

Address

Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Parlimen Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share