Sabah Fisheries Department

Directions Website

Sabah Fisheries Department Official page for Sabah Fisheries Department

KOTA KINABALU, 15 September 2026 – Sebanyak 2197 ekor benih ketam bakau (Scylla tranquebarica) telah dilepaskan di KK We...
16/09/2026

KOTA KINABALU, 15 September 2026 – Sebanyak 2197 ekor benih ketam bakau (Scylla tranquebarica) telah dilepaskan di KK Wetland (Ramsar Site), menerusi Program Pelepasan Benih Ketam Bakau hasil kolaborasi di antara tiga entiti – Jabatan Perikanan Sabah, Institut Marin Borneo (Universiti Malaysia Sabah) dan Sabah Wetland Conservation Society.

Dirasmikan oleh Yang Berusaha- En. Irman Isnain (Tmbalan Pengarah Perikanan Sabah (Pembangungan), Yang Berusaha- Prof. Madya Dr. Juanita Joseph (Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Institut Marin Borneo dan Yang Berusaha- Puan Azalene Amelia Kamal Quadra (Setiausaha Kehormat Sabah Wetlands Conservation Society) di Rhizophora Room, KK Wetland-Ramsar Site, program ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan populasi ketam bakau di Sabah, satu pendekatan bersepadu telah diwujudkan: Jabatan Perikanan Sabah sebagai peneraju Pengurusan Perikanan Lestari, pemuliharaan serta operasi hatceri, Universiti Malaysia Sabah menyumbangkan kepakaran saintifik dan penyelidikan serta Sabah Wetland Conservation Society (SWCS) sebagai rakan strategik pusat pemuliharaan.
Langkah pelepasan benih ini merupakan strategi pemulihan stok (stock enhancement) yang amat vital bagi mengimbangi penurunan populasi, meningkatkan kadar kelangsungan hidup, dan memulihkan kesihatan genetik spesies ini di habitat semulajadi. Sejarah lipatan program ini bermula pada 5 Julai 2022 di Tasik Sitompok, Kuala Penyu, dan diteruskan pada tahun 2025 menerusi tiga fasa pelepasan berkala iaitu pada 12 November, 19 November, dan 12 Disember di Tasik Sitompok serta Kota Kinabalu Wetlands (Tapak Ramsar).
Atas keberkesanan dan impak positif yang jelas, pada tahun 2026 ini, pihak UMS, Jabatan Perikanan Sabah, dan Sabah Wetland Conservation Society sekali lagi menjayakan Projek Pembenihan dan Pelepasan Benih Ketam Bakau di Kota Kinabalu Wetlands untuk penganjuran kali ketiga demi menjana semula stok ketam bakau negeri.
Bermula Julai tahun 2026 ini, pihak Pusat Pembenihan Ikan Marin Sabah dan Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS berkerjasama dalam projek pembenihan ketam bakau di Hatceri Krustasia, Tanjung Badak, Tuaran (Mohd Fadzlini bin Ghani, Junit bin Aris dan Mohd Ferdaus bin Paidi) dan telah berjaya menghasilkan sebanyak 2197 ekor benih ketam bakau serta berjaya dilepaskan di Kota Kinabalu Wetland-Ramsar Site. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perikanan Sabah, Institut Marin Borneo (UMS) dan Sabah Wetland Conservation Society.

SIPITANG, 9 SEPTEMBER 2026 | Program Kesedaran Konservasi Ekosistem Marin/ Akuatik bagi pelajar-pelajar Sekolah dijalank...
16/09/2026

SIPITANG, 9 SEPTEMBER 2026 | Program Kesedaran Konservasi Ekosistem Marin/ Akuatik bagi pelajar-pelajar Sekolah dijalankan di S.K. Padang Berampah, Sipitang pada 09 September 2026 dan melibatkan seramai 180 pelajar daripada Darjah 4, 5 dan 6 serta 40 orang guru. Program kesedaran ini dijalankan dengan aktiviti seperti ceramah, tayangan video, kuiz, edaran bahan hebahan/ rujukan serta sesi demonstrasi pengenalan ikan bom. Pembentangan yang disampaikan adalah berkenaan pengenalan kepada bom ikan, spesis akuatik terancam, pengurusan system Tagal di Sabah dan Pengenalan kepada Belangkas.
Objektif program ini adalah:
1) Untuk membentuk generasi yang berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar marin/ akuatik dan sumber perikanannya.
2) Memberi pendedahan berkenaan konservasi marin/ akuatik dan pengurusan sumber perikanan di Wilayah Sabah kepada pelajar-pelajar.
3) Menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap tanggungjawab dan rasa hormat terhadap alam sekitar, khususnya ekosistem marin dan akuatik.

MAHA 2026 - DAY 9
06/09/2026

MAHA 2026 - DAY 9

MAHA 2026 - DAY 8
05/09/2026

MAHA 2026 - DAY 8

MAHA 2026 - DAY 7
05/09/2026

MAHA 2026 - DAY 7

MAHA 2026 - DAY 6
03/09/2026

MAHA 2026 - DAY 6

MAHA 2026 - DAY 5
03/09/2026

MAHA 2026 - DAY 5

MAHA 2026 - DAY 4
03/09/2026

MAHA 2026 - DAY 4

MAHA 2026 - DAY 3
03/09/2026

MAHA 2026 - DAY 3

MAHA 2026 - DAY 2
03/09/2026

MAHA 2026 - DAY 2

Address

Department Of Fisheries, Head Quarters Office, Level 4, Block B Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Kota Kinabalu
88624

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Fisheries Department posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share