19/10/2026
𝟏𝟗.𝟏𝟎.𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 – 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐂𝐓𝐈𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Program Terengganu Smart City Activation Day 2026 bertemakan "The Shift: Beyond Technology, Towards Better Lives" telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Terengganu, Terengganu.
Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini menghimpunkan pelbagai pemain industri dan agensi bagi membincangkan hala tuju pembangunan bandar pintar ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat.
Turut hadir mewakili Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ialah YBrs. Puan Hajah Rosnih Binti Othman dan Encik Izamri Bin Rosman. Penyertaan delegasi SMJ dalam program ini telah memberikan pendedahan, perkongsian pengetahuan serta input strategik yang amat berharga berkaitan pelaksanaan ekosistem bandar pintar, tadbir urus digital dan inovasi perkhidmatan awam. Perkongsian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam memperkasa agenda transformasi digital serta pembangunan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀