Pancaragam PDRM SABAH

Call Directions

Pancaragam PDRM SABAH Official page for Royal Malaysian Police Band (Sabah Contingent)

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔Dengan penuh rasa bangga dan patriotik, Panca...
31/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dengan penuh rasa bangga dan patriotik, Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Sabah 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat keamanan dan kemakmuran serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

“𝑱𝒊𝒘𝒂 𝑴𝒆𝒓𝒅𝒆𝒌𝒂, 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉 𝑺𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂, 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑮𝒆𝒎𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈.”

🎶 𝐷𝑎𝑟𝑖 𝑖𝑟𝑎𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑖, 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎.

🇲🇾 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧!
🌺 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡!

Ikhlas daripada,
PANCARAGAM PDRM KONTINJEN SABAH

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾"𝐽𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖, 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑏𝑒𝑛𝑡𝑒𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑎𝑚𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎."Pada Ha...
31/07/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

"𝐽𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖, 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑏𝑒𝑛𝑡𝑒𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑎𝑚𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎."

Pada Hari Pahlawan ini, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan para pahlawan negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran Malaysia. Semoga semangat patriotisme, keberanian dan pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Polis Diraja Malaysia, untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan amanah.

Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah gugur dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang masih meneruskan perjuangan demi negara.

"Berkhidmat Untuk Negara."

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎,
𝐏𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YDH DCP Datuk Mohd Azhar Bin Hamin.
30/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YDH DCP Datuk Mohd Azhar Bin Hamin.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH DCP Datuk Mohd Azhar bin Hamin atas pelantikan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah dan YBHG Datin Wan Hurani binti Osman atas pelantikan sebagai Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah

Semoga YDH Datuk dan YBHG Datin terus melakar kecemerlangan, menjunjung tinggi integriti dan diberi kekuatan, keberkatan dan kebijaksanaan dalam memimpin

Ikhlas daripada,

Warga Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah

𝐏𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍...
16/05/2026

𝐏𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐓𝐘𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 - 𝟕𝟓

TAWAU, 16 Mei 2026 – Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah hari ini telah melaksanakan tugasan rasmi sempena Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang berlangsung di Borneo Royale Hotel, Tawau.

Seramai 31 orang anggota Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah yang diketuai oleh Inspektor Willbonoh Zain telah terlibat secara langsung dalam menjayakan tugasan tersebut.

Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah telah memainkan peranan penting dalam menyempurnakan atur cara rasmi majlis dengan mempersembahkan lagu kebangsaan “Negaraku” serta lagu negeri "Sabah Tanah Airku" semasa keberangkatan tiba dan berangkat balik Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kehadiran serta komitmen tinggi pasukan pancaragam PDRM bukan sahaja berjaya menyerikan suasana majlis, malah turut mencerminkan tahap disiplin, profesionalisme dan kesiapsiagaan warga Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Jasamu Dikenang Sjn Aslina Binti Olga – Salam Takziah kepada Seluruh Keluarga Allahyarhamah daripada Pancaragam PDRM Sab...
25/04/2026

Jasamu Dikenang Sjn Aslina Binti Olga – Salam Takziah kepada Seluruh Keluarga Allahyarhamah daripada Pancaragam PDRM Sabah
Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Pancaragam PDRM Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas pemergian insan tersayang.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta diampunkan segala dosa-dosanya.
Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
Al-Fatihah.

JUARA PERTANDINGAN LAGU RASMI EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM)Syabas & Tahniah diucapkan kepada P/SM Mohd Hafizzu...
11/04/2026

JUARA PERTANDINGAN LAGU RASMI EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM)

Syabas & Tahniah diucapkan kepada P/SM Mohd Hafizzuddin bin Mohd Noor, Band Sarjan Mejar Pancaragam Pusat PDRM kerana telah berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Lagu Rasmi Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Ikhlas Daripada,
Warga Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH SAC Datuk Ahsmom Bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah diatas pengu...
30/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH SAC Datuk Ahsmom Bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk” Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa Bin Haji Aman,Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen serta khidmat bakti cemerlang beliau dalam Polis Diraja Malaysia. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan serta diberkati dalam setiap amanah yang dipikul.

Ikhlas daripada,
Pengarah Muzik & Seluruh Anggota
Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah


SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-75TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HAJI MUSA BIN HAJI AMANYANG DI-PERTU...
30/03/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-75
TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HAJI MUSA BIN HAJI AMAN
YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 30 MAC 2026 – Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Insp. Willbonoh Zain selaku Pengarah Muzik, telah melaksanakan tugas rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman yang disambut dengan penuh istiadat dan gilang-gemilang.

Dalam majlis tersebut, Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah telah berkolaborasi bersama Pancaragam Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan mempersembahkan lagu-lagu berentak march bagi mengiringi perarakan perbarisan yang disertai oleh pelbagai agensi serta jabatan kerajaan.

Kolaborasi ini menonjolkan kesepaduan, disiplin yang tinggi serta keunggulan koordinasi muzik sepanjang majlis berlangsung, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme yang amat membanggakan dalam kalangan pasukan beruniform negara.

Persembahan yang bertenaga, tersusun rapi dan penuh semangat ini bukan sahaja berjaya menaikkan suasana majlis, malah turut menyerlahkan imej profesionalisme serta kewibawaan pasukan keselamatan negara di mata masyarakat.

Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam melaksanakan tugas rasmi dengan penuh dedikasi, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan serta menzahirkan penghormatan tertinggi kepada kepimpinan Negeri Sabah.



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟗Pengarah Muzik Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah, Insp. Wilbonoh Zain dan warga Pancara...
24/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟗

Pengarah Muzik Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah, Insp. Wilbonoh Zain dan warga Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada seluruh Warga PDRM.

Di sebalik setiap keamanan yang dikecapi, terselit pengorbanan yang tidak ternilai. keringat, masa, dan jiwa yang dipertaruhkan demi memastikan negara terus aman dan rakyat hidup sejahtera.

Kami, warga pancaragam, berdiri megah sebagai sebahagian daripada keluarga besar PDRM — meniup semangat, menyemarakkan patriotisme, dan mengiringi setiap detik bersejarah pasukan keramat ini.

Semoga PDRM terus unggul sebagai pasukan yang berintegriti, profesional dan dipercayai, serta kekal menjadi benteng utama dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Terus Berkhidmat Dengan Penuh Dedikasi,
Bertekad Memelihara Keamanan Negara.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Ikhlas daripada,
Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah





Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kota Kinabalu
88200

Telephone

+6088454309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pancaragam PDRM SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share