05/09/2026
⚠️ 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀-𝐒𝐔𝐊𝐀 𝐂𝐀𝐊𝐀𝐏 “𝐘𝐀”! 𝐓𝐀𝐇𝐔-𝐓𝐀𝐇𝐔, 𝐃𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐀𝐍!
“Saya cuma jawab "𝗬𝗔" semasa menerima panggilan… Saya tak sedar pun jawapan itu akan dianggap sebagai persetujuan untuk mendaftar satu pakej langganan. Saya tak pernah tandatangan apa-apa perjanjian pun! Tahu-tahu, dah kena bayar setiap bulan!”
Situasi seperti ini antara yang dibawa kepada perhatian MTPN, apabila pengguna mendapati mereka telah dikenakan bayaran bulanan selepas menerima panggilan daripada pihak khidmat pelanggan, sedangkan mereka mendakwa memberikan jawapan "𝗬𝗔" tanpa menyedari bahawa ia akan dianggap sebagai persetujuan untuk membuat pendaftaran.
Persoalannya, adakah jawapan "𝗬𝗔" atau “𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨” melalui panggilan telefon boleh dianggap sebagai persetujuan untuk mendaftar sesuatu pakej atau perkhidmatan yang melibatkan bayaran bulanan, sedangkan pengguna mendakwa tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian atau dokumen pendaftaran?
⚠️ 𝗝𝗔𝗗𝗜, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗔𝗟𝗘𝗥𝗧!
Jangan terlalu cepat memberikan persetujuan melalui telefon, khususnya apabila melibatkan pakej, langganan atau perkhidmatan yang mempunyai komitmen bayaran bulanan.
Sebelum berkata "𝗬𝗔", pengguna disarankan untuk:
🔹 Tanya apa sebenarnya yang ditawarkan.
🔹 Semak harga, caj dan tempoh langganan.
🔹 Fahami sama ada terdapat kontrak atau pembaharuan automatik (auto-renewal).
🔹 Minta terma dan syarat serta pengesahan pendaftaran untuk rujukan.
🔹 Jika masih tidak jelas, jangan terus bersetuju.
📌 𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡?
Jika mendapati diri telah didaftarkan tanpa disedari, pengguna boleh meminta penjelasan serta bukti atau rekod persetujuan daripada pihak penyedia perkhidmatan.
Simpan juga segala mesej, e-mel, bil dan rekod komunikasi sebagai rujukan sekiranya berlaku pertikaian.
📢 MTPN menyeru pengguna supaya lebih berhati-hati dan tidak memberikan persetujuan secara spontan tanpa memahami sepenuhnya apa yang ditawarkan.
💡 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧
𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 → 𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔 → 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 → 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 → 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨
Jangan sampai satu perkataan "𝗬𝗔" membawa kepada langganan atau bayaran bulanan yang tidak pernah anda sedari.
𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨.
Suara Kita, Hak Kita.