24/08/2026
Mural 'PAPAR SEJAHTERA' bukti Semangat Kenegaraan & Perpaduan Pasukan BKVS 🇲🇾🎨
Pasukan Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka (BKVS) telah melaksanakan kerja-kerja mural di Pejabat Daerah Papar sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 (KMJG) serta sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026.
Program mural hasil kerjasama Nippon Paint Sabah ini berlangsung dari 19 hingga 24 Ogos 2026, dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sepanjang pelaksanaannya. Namun begitu, berbekalkan semangat kerja berpasukan, komitmen dan rasa tanggungjawab, pasukan BKVS tetap teguh melaksanakan amanah sehingga tugasan berjaya disiapkan.
Pelaksanaan mural ini bukan sekadar menghasilkan karya visual, malah mencerminkan semangat kenegaraan, perpaduan dan kesungguhan warga BKVS dalam menjayakan agenda sambutan kemerdekaan.
Konsep dan rekaan mural ini merupakan hasil cetusan idea Ketua Penolong Pengarah (KPP) BKVS, Encik Razif Chek Hashim, dengan bantuan Penolong Pengarah, Encik Adleen Haiqal, serta diterjemahkan bersama oleh seluruh pasukan BKVS.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan BKVS atas komitmen, ketabahan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pelaksanaan mural ini. 🇲🇾👏
Dari idea, kepada karya — demi Malaysia tercinta.