15/10/2026
🚆 MAKLUMAN PERKHIDMATAN TREN TAMBAHAN SEMPENA HPPNS 2026 🎉
Sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2026, Jabatan Keretapi Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan tren tambahan pada 23 hingga 25 Oktober 2026 (Jumaat hingga Ahad) bagi kemudahan para penumpang.
📅 Tarikh: 23 – 25 Oktober 2026
🚉 Laluan: Tanjung Aru – Tenom – Tanjung Aru
📌 Perhatian kepada penumpang: ✅ Tren akan berhenti di stesen utama sahaja seperti yang dinyatakan dalam jadual. ✅ Pembelian tiket hanya boleh dibuat di kaunter tiket Stesen Tanjung Aru, Papar, Beaufort dan Tenom pada hari perjalanan. ✅ Penjualan tiket bermula pada jam 5.30 pagi di Stesen Tanjung Aru. ✅ Bagi stesen lain, penjualan tiket di kaunter dibuka 30 minit sebelum tren berlepas. ✅ Tiket dijual berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.
Sila rancang perjalanan anda lebih awal dan semak jadual perjalanan sebelum bertolak. Jadual tertakluk kepada perubahan semasa.
🌐 Laman web: railway.sabah.gov.my
📞 Pertanyaan: 088-279 300
Tenom TanjungAru PengangkutanAwam