INTAN Kampus Wilayah Sabah

Call Directions Contact the organization

INTAN Kampus Wilayah Sabah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001. Terletak di Jalan Sulaman Tuaran. 30 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kampus INTAN Sabah adalah Institusi Latihan untuk Kakitangan Kerajaan di Sabah. page INTAN Kampus Wilayah Sabah ini bukan saluran rasmi. Segala perhubungan rasmi, mohon hubungi :-
INTAN Kampus Sabah
Jalan Sulaman-Tuaran
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-483500
Faks: 088-473651
E-Mail : [email protected]

Warga INTAN Kampus Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Aidilfitri ini...
21/03/2026

Warga INTAN Kampus Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Aidilfitri ini memberikan makna kemenangan, kegembiraan, keharmonian dan kesyukuran atas nikmat-Nya yang tak terhingga.

Ambil peluang di Aidilfitri ini untuk mengunjungi keluarga dan sahabat handai walau di mana jua berada.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜INTAN Kampus Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026, Maaf Z...
19/03/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜

INTAN Kampus Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan dan memperkukuh semangat silaturahim sesama insan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara

Jawatankuasa Surau Umar Al-Khattab INSABAH, menganjurkan Program Wacana Ilmu Bertajuk : memburu Lailatul Qadar yang tela...
17/03/2026

Jawatankuasa Surau Umar Al-Khattab INSABAH, menganjurkan Program Wacana Ilmu Bertajuk : memburu Lailatul Qadar yang telah berlangsung di Bilik Media,INSABAH.

Wacana Ilmu disampaikan oleh Ustazah Syifa Sarif, Pengurus Akademi Qoroa yang juga merupakan aktivis muda penggerak kefahaman Al-Quran. Ustazah dalam sesi perkongsiannya menyatakan memburu Lailatul Qadar bukan sekadar untuk diisi dengan amalan yang bukan sedikit tetapi menuntut semangat itqan dalam apa jua amalan berbentuk ibadah mahu pun dalam pekerjaan yang impaknya melahirkan jiwa yang bersih, cekap dan amanah.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 Kunjungan hormat ini diketuai oleh Cik Kartin...
16/03/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Cik Kartini binti Sukarno (Pegawai Tadbir Latihan) bersama Encik Hattapi bin Supu (Pegawai Teknologi Maklumat) dan Puan Rohana binti Karim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).

📌YBrs. Encik Terry Henry, Pengarah Kementerian Digital Wilayah Sabah menyambut mesra kedatangan delegasi INSABAH. Hadir bersama ialah pegawai daripada Seksyen Inisiatif Sektor Awam dan Pentadbiran (SAP).

📌 Objektif sesi ini adalah bagi membincangkan potensi kerjasama strategik bagi penganjuran Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2026 yang dirancang secara kerjasama kolaboratif pada September 2026 dalam usaha meningkatkan kompetensi digital serta memperkukuh perkongsian ilmu dalam kalangan penjawat awam di negeri Sabah.

📌Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan. Semoga kerjasama ini memberikan impak positif kepada peningkatan kualiti perkhidmatan awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara
Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sabah













16/03/2026

𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐏𝐏𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kekal bersama kami bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Larian MAPPA Wilayah Sabah bagi tahun 2026.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara
Universiti Malaysia Sabah
Pusat Sukan Ums


𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄-𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐏𝐏𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐔𝐌𝐒)Puan Sandra ...
16/03/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄-𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐏𝐏𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐔𝐌𝐒)

Puan Sandra Emily Wong, Timbalan Pendaftar Wilayah merangkap Timbalan Pengarah Program Larian MAPPA Wilayah Sabah Tahun 2026 mengetuai Jawatankuasa ke Mesyuarat ke-2 bagi persediaan Larian MAPPA 2026. Hadir bersama bagi Jawatankuasa INSABAH ialah Encik Adrian Allan Richard dan Puan Rafeah binti Ramlan (Pasukan Larian), Cik Kartini binti Sukarno dan Puan Vivian Joseph Abi (Pasukan Majlis), Puan Basriah binti Japar, Encik Muhammad Nazri bin Makil bersama Pasukan Media MAPPA (Pasukan Komunikasi Strategik) bersama Cik Kamarul Aini binti Md Kambar (Setiausaha).

Manakala, Pasukan UMS diketuai oleh Encik Ahmadi bin Nurdin (Pengarah Pusat Sukan), hadir bersama Encik Mohd Ezni Hezri (Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat), Encik Musa Usop (Jabatan Digital), Encik Adi Yudof (Bahagian Keselamatan), Puan Hasmawateh Aminuddin (Hospital Universiti Malaysia Sabah), Encik Faizal bin Marjus serta Encik Mohammad Irfan Haleq bin Sukartan (Pusat Sukan).

Mesyuarat ke-2 ini memfokuskan kepada penyaluran informasi bagi keperluan-keperluan INSABAH kepada jabatan-jabatan berkaitan di UMS yang akan memberikan kerjasama kolaboratif dalam menjayakan Larian MAPPA bagi tahun ini. Seusai mesyuarat, jawatankuasa INSABAH turut membuat lawatan tapak serta meninjau laluan bagi Larian MAPPA untuk mendapatkan gambaran sebenar bagi tujuan hebahan dan promosi.

Sokongan dan kerjasama padu yang diberikan oleh UMS memberikan ruang pandang positif kepada kejayaan penganjuran larian ini. Terima Kasih UMS!!

Jangan lupa, kekal bersama kami bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Larian Mappa Wilayah Sabah bagi tahun 2026.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara
Universiti Malaysia Sabah


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐏𝐋𝐓𝐏) 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, ...
13/03/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐏𝐋𝐓𝐏) 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah INTAN mengetuai rombongan PLTP serta hadir bersama ialah Encik Sulaiman Yaakob bin Ayub (Pendaftar INTAN), YBrs. Dr. Muharrir bin Kamarudin (Pengarah Wilayah INSABAH), Puan Sandra Emily Wong (TPW INSABAH), Puan Rohaniza binti Ishak, Encik IR. Ilias Abdullah, Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sabah, Pasukan Projek Khas II (PPK2), Jabatan Kerja Raya Sabah serta pihak kontraktor.
YBhg. Datul Dr. PI dan rombongan membuat pemantauan bagi projek-projek pembangunan yang masih dilaksanakan di INSABAH. Seterusnya rombongan mendengar taklimat projek yang melibatkan:
a) Projek Pembinaan Leadership Park (I-LEAD) Park;
b) Menaik Taraf Pagar Keselamatan;
c) Menaik Taraf Fasiliti Luaran dan Infrastruktur Serta Kerja-kerja Berkaitan - Kerja-kerja Pemasangan Bumbung Bertiang Gelanggang Bola Tampar, Takraw dan Futsal;
d) Menaik Taraf Fasiliti Luaran dan Infrastruktur Serta Kerja-kerja Berkaitan – Sistem Perpaipan dan Bekalan Air dan Lain-lain Kerja Berkaitan
e) Projek Baharu (RP1 RMK 13) – Menaik Taraf Auditorium, Dewan Seminar, Bilik Mesyuarat, Bilik Media, Astaka, Blok Pentadbiran, Surau dan Dewan Serbaguna.

Diharapkan agar PLTP yang telah dilaksanakan pada hari ini dapat dapat memberikan gambaran jelas komitmen kerajaan agar pihak kontraktor dapat memastikan semua projek-projek pembangunan disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa kompromi kepada kualiti pembangunan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara








𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇11 Mac- INTAN Kampus Sabah telah mengadakan kunju...
11/03/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

11 Mac- INTAN Kampus Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran Program Bual Bicara Bersama Menteri Kesihatan Malaysia. INSABAH diwakili oleh Puan Vivian Joseph Abi, Perunding Latihan Kanan bersama Hajah Normah Fazal Rahman. YBrs. Dr. William Gontulis, Pengarah JKNS menyambut mesra kedatangan INSABAH.

Sesi pertemuan ini bertujuan untuk memperincikan perancangan pelaksanaan program, termasuk aspek penyelarasan logistik, kandungan program serta penglibatan pegawai kesihatan negeri dalam menjayakan program tersebut.

Perbincangan turut menyentuh peluang kolaborasi antara INSABAH dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memperkukuh perkongsian ilmu, meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta memperluas penglibatan penjawat awam dalam dialog dasar kesihatan negara.

INSABAHmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah atas kesediaan untuk bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga kolaborasi ini dapat memberi manfaat kepada penjawat awam dan masyarakat secara keseluruhannya.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah











𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐌𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Buat julung kal...
09/03/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊
𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐌𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Buat julung kalinya, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KERIS) bersama Ahli Jawatankuasa Surau Umar Al-Khattab, Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sabah (INSABAH) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan pada 9 Mac 2026 (Isnin).

Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan semangat gotong-royong antara warga INSABAH dan anggota APMM Sabah dalam menyediakan segala kelengkapan, bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses memasak sehingga pembungkusan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada agensi-agensi jemputan.

Hasil kerjasama padu kedua-dua agensi ini, jumlah penghasilan bubur lambuk melangkaui sasaran asal, apabila lebih 2,500 pek bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan. Kejayaan ini sekali gus menzahirkan semangat kebersamaan serta hasrat murni program untuk berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis agihan bubur lambuk telah disempurnakan oleh Encik Josliw bin Matjumping, Presiden Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi INSABAH merangkap wakil kepada Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah, Dr. Muharrir bin Kamarudin, bersama Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara agensi yang turut hadir menerima agihan bubur lambuk ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, SMK Pekan Telipok dan SK Lapasan, selain turut diagihkan kepada masjid dan surau berdekatan.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT, di samping terus menyemai nilai kebersamaan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Menghargai sumbangan dan dedikasi serta bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac, Puspanita...
09/03/2026

Menghargai sumbangan dan dedikasi serta bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac, Puspanita INSABAH mengagihkan bingkisan set coklat buat kakitangan wanita di INSABAH. Sesuungguhnya wanita merupakan madrasah kehidupan, darinya lahir generasi yang membina tamadun.

“𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵.”

Ahlan Wa Sahlan Ya RamadanINTAN Kampus Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M buat seluruh u...
18/02/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

INTAN Kampus Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M buat seluruh umat Islam.Semoga ramadan pada tahun ini merupakan ramadan terbaik buat semua.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026.Semoga perayaan disambut dalam suasana harmoni, mesra serta saling hormat-mengh...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026.
Semoga perayaan disambut dalam suasana harmoni, mesra serta saling hormat-menghormati.

Address

Jalan Sulaman-Tuaran, Beg Berkunci No. 2080
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088483500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INTAN Kampus Wilayah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to INTAN Kampus Wilayah Sabah:

Shortcuts

Share

INTAN Kampus Sabah (INSABAH)

INTAN Kampus Sabah menawarkan pelbagai jenis kursus kearah meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam seperti kursus berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, kepimpinan, pengurusan kualiti dan teknologi maklumat. Disamping itu, INTAN Kampus Sabah juga memberikan perkhidmatan konsultasi, khidmat nasihat, penyelidikan serta penganjuran program seminar dan bicara eksekutif.

Kursus-kursus yang ditawarkan di INTAN Kampus Sabah adalah untuk jangka masa pendek iaitu selama tiga hingga lima hari sahaja. Sasaran utama peserta adalah terdiri daripada penjawat awam perkhimatan negeri dan persekutuan terutamanya yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara kursus yang ditawarkan di INTAN Sabah adalah seperti berikut:


  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam