30/09/2026
BENGKEL PELAPORAN DIGITAL e-LAPA
INISIATIF HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (HTSMJ) โ ZON KOTA MARUDU
29 September 2026 | Dewan AQ, Kota Marudu
Kota Marudu โ Bengkel Pelaporan Digital e-LAPA bagi Zon Kota Marudu telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh sistem pengurusan dan pelaporan program di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ). Pelaksanaan bengkel ini memberi tumpuan kepada pemantapan kaedah pelaporan secara digital agar pengurusan maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, pantas dan sistematik.
Program dimulakan dengan sesi sarapan pagi sebelum para peserta hadir untuk pendaftaran. Acara kemudiannya diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, penghayatan Lagu Sabah Maju Jaya serta Lagu Integriti, diikuti bacaan doa, ucapan alu-aluan dan taklimat berkaitan pelaksanaan bengkel.
Sesi utama kemudiannya memberi fokus kepada penggunaan sistem e-LAPA, khususnya dalam aspek penyediaan dan pengemaskinian laporan secara digital. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan kepada kaedah pengurusan data serta penyampaian maklumat program yang lebih teratur bagi memudahkan proses pemantauan dan tindakan susulan.
Bengkel ini melibatkan penyertaan UPPM Kawasan dari beberapa kawasan sekitar Zon Kota Marudu. Sesi pagi disertai oleh UPPM N.1 Banggi, UPPM N.3 Pitas, UPPM N.4 Tanjong Kapor, UPPM N.5 Matunggong, UPPM N.36 Kundasang, UPPM N.37 Karanaan dan UPPM N.38 Paginatan.
Sementara itu, sesi petang melibatkan UPPM N.2 Bengkoka, UPPM N.6 Bandau, UPPM N.7 Tandek, UPPM N.8 Pintasan, UPPM N.9 Tempasuk, UPPM N.10 Usukan dan UPPM N.11 Kadamaian.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan penguasaan peserta terhadap kaedah pelaporan digital, di samping membantu menyeragamkan pengurusan maklumat berkaitan pelaksanaan program di peringkat kawasan. Pendekatan ini juga dapat menyokong proses pemantauan yang lebih teratur serta memudahkan penyampaian maklumat kepada pihak berkaitan.
Pelaksanaan Bengkel Pelaporan Digital e-LAPA ini mencerminkan usaha berterusan UPPM dalam memperkukuh pendigitalan pengurusan, meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat serta menyokong amalan tadbir urus yang lebih sistematik dan berkesan, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ).
#๐๐๐๐๐ก๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐๐ฒ๐