24/09/2026
KOTA KINABALU | 24 September 2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Majlis ini diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia melalui Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja.
Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman) mewakili Pengarah Pertanian Sabah hadir merasmikan majlis ini. Tahniah kepada YBrs. Encik Baharuddin Bin Basri, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penilaian Teknikal Mewakili Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja, Jabatan Pertanian Malaysia.
Jabatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak dan Baja (BKRPB), atas jemputan untuk merasmikan Program pada hari ini.
Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai-pegawai Kanan Jabatan.
Makluman Tambahan:
Jabatan Pertanian Malaysia melalui BKRPB, berperanan untuk mengawal selia pendaftaran, pengimportan, pengilangan, penjualan, penyimpanan dan penggunaan racun makhluk perosak melalui sistem pendaftaran, pelesenan dan penguatkuasaan. Peranan ini termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 22 Julai 1974 semasa pembentangan Rang Undang-Undang Racun Makhluk Perosak 1974.
Manakala, Jabatan Pertanian Sabah merupakan pelaksana perkhidmatan pengembangan pertanian serta penyelaras program yang melibatkan petani di peringkat ladang di Negeri Sabah. Peranan ini termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mana hal ehwal pertanian merupakan perkara di bawah Senarai Negeri.