Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah. (JPN SABAH)

Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara,Sabah
(JPN SABAH)

Maklumat lanjut di http://www.jpn.gov.my

22/10/2026

POCKET TALK LIVE JPN SABAH | Anda Tanya, JPN Jawab!

Orang ramai dijemput untuk menyertai Pocket Talk LIVE JPN Sabah yang akan bersiaran secara langsung bagi memberi ruang kepada masyarakat mengemukakan pertanyaan berkaitan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama panel daripada Bahagian Kad Pengenalan (BKP), Bahagian Kelahiran,Kematian & Anak Angkat (BKA), Bahagian Perkahwinan & Perceraian (BKC) & Bahagian Penguatkuasaan (BSK).

🗓 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📱 Platform: TikTok Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih terus daripada pegawai JPN Sabah.

Selamat Menyambut Hari Pendaftaran Negara!




PAMERAN JPN NEGERI SABAH MERIAHKAN TAMU BESAR KOTA BELUDKOTA BELUD, 16–18 Oktober 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN...
21/10/2026

PAMERAN JPN NEGERI SABAH MERIAHKAN TAMU BESAR KOTA BELUD

KOTA BELUD, 16–18 Oktober 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah telah menyertai pameran sempena Tamu Besar Kota Belud atas jemputan pihak penganjur, sebagai salah satu usaha mendekati masyarakat setempat serta memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh JPN.

Sepanjang pameran berlangsung, reruai JPN Negeri Sabah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang menarik dan informatif. Pendekatan ini bukan sahaja mewujudkan suasana pameran yang lebih meriah, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali perkhidmatan JPN dengan lebih dekat dalam suasana santai dan mesra.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen JPN Negeri Sabah untuk terus memperluas jangkauan komunikasi, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perkhidmatan jabatan serta memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui pendekatan yang lebih interaktif dan inklusif.

Selaras dengan aspirasi Rakyat di Hati JPN, JPN Negeri Sabah akan terus komited dalam memperkasakan penyampaian maklumat dan perkhidmatan demi memenuhi keperluan masyarakat.

20/10/2026

PROGRAM “ANAKKU, PERMATA NEGARA” SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA (HPN) KE-78

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2026 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah telah mengadakan sesi penyerahan Sijil Kelahiran dan MyKid kepada lima (5) orang ibu bapa yang telah mendaftarkan kelahiran anak masing-masing. Penyerahan dokumen tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Negeri Sabah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif JPN Sabah dalam menghargai masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran kelahiran bagi memastikan setiap kanak-kanak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen JPN dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan, cekap dan berkesan, selaras dengan usaha memastikan setiap kelahiran didaftarkan demi kepentingan anak, keluarga dan negara.



20/10/2026

JPN SABAH DEKATI RAKYAT, PERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEMPENA HPN KE-78

Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) Ke-78, Pengarah JPN Negeri Sabah telah mengadakan lawatan ke JPN Cawangan UTC Kota Kinabalu serta menyempurnakan penyerahan dokumen rasmi merangkumi MyKad kanak-kanak berumur 12 tahun, MyKad gantian, sijil kelahiran dan MyKid kepada penerima.

JPN Negeri Sabah akan terus komited dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan demi memenuhi keperluan masyarakat.

JPN SABAH DEKATI RAKYAT, PERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEMPENA HPN KE-78KOTA KINABALU, 19 OKTOBER 2026 – Sempena samb...
20/10/2026

JPN SABAH DEKATI RAKYAT, PERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEMPENA HPN KE-78

KOTA KINABALU, 19 OKTOBER 2026 – Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) Ke-78, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah telah mengadakan lawatan rasmi ke JPN Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan kepada masyarakat terus diperkasakan.

Lawatan ini turut menyaksikan sesi penyerahan dokumen rasmi JPN yang merangkumi MyKad bagi kanak-kanak berumur 12 tahun, MyKad gantian, sijil kelahiran dan MyKid kepada penerima.

Setiap dokumen yang diserahkan membawa makna penting dalam kehidupan masyarakat, menjadi bukti pengenalan diri serta asas kepada urusan rasmi dan akses kepada pelbagai perkhidmatan.

Selaras dengan semangat Hari Pendaftaran Negara Ke-78, JPN Negeri Sabah akan terus komited dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan demi memenuhi keperluan masyarakat.



SEKALUNG TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad atas pelantikan sebagai Setiausa...
20/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad atas pelantikan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang ke-24, berkuat kuasa pada 16 Oktober 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam memikul tanggungjawab serta memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan dan pentadbiran Persekutuan di negeri Sabah.

Selamat maju jaya dalam melaksanakan amanah yang diberikan.



PROGRAM “ANAKKU, PERMATA NEGARA” SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA (HPN) KE-78KOTA KINABALU, 19 Oktober 2026 - Jabatan Pen...
19/10/2026

PROGRAM “ANAKKU, PERMATA NEGARA” SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA (HPN) KE-78

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2026 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah telah mengadakan sesi penyerahan Sijil Kelahiran dan MyKid kepada lima (5) orang ibu bapa yang telah mendaftarkan kelahiran anak masing-masing. Penyerahan dokumen tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Negeri Sabah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif JPN Sabah dalam menghargai masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran kelahiran bagi memastikan setiap kanak-kanak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen JPN dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan, cekap dan berkesan, selaras dengan usaha memastikan setiap kelahiran didaftarkan demi kepentingan anak, keluarga dan negara.

17/10/2026

📢 JPN NEGERI SABAH TURUN PADANG KE KOTA BELUD!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hai warga Kota Belud dan seluruh penduduk sekitarnya! 🤩 Jom singgah beramai-ramai ke *hari terakhir* Pameran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah yang akan berlangsung di Tapak Tamu Besar, Kota Belud!

📅 Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Tapak Tamu Besar, Kota Belud



17/10/2026

📢 JPN NEGERI SABAH TURUN PADANG KE KOTA BELUD!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hai warga Kota Belud dan seluruh penduduk sekitarnya! 🤩 Jom singgah beramai-ramai ke Pameran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah yang akan berlangsung di Tapak Tamu Besar, Kota Belud!

📅 Tarikh: 16 – 18 Oktober 2026
📍 Lokasi: Tapak Tamu Besar, Kota Belud

Pelbagai informasi dan perkhidmatan JPN boleh anda ketahui di sini. Jangan lepaskan peluang untuk datang berkunjung, mendapatkan maklumat serta pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

PENULARAN SEMULA VIDEO LAMA 2023: JPN TEGAS GESA HENTIKAN PENYEBARAN NARATIF MENGELIRUKANJabatan Pendaftaran Negara (JPN...
16/10/2026

PENULARAN SEMULA VIDEO LAMA 2023: JPN TEGAS GESA HENTIKAN PENYEBARAN NARATIF MENGELIRUKAN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius tindakan menularkan semula klip video Menteri Dalam Negeri (MDN) mengupacarakan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam, sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan secara rasmi sejak 25 Oktober 2023.

JPN ingin menegaskan bahawa video berkenaan BUKAN kejadian baharu, sebaliknya merupakan sebahagian daripada pengisian Majlis Sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.

Mengitar semula rakaman lama tanpa menjelaskan konteks sebenar, apatah lagi sehingga menimbulkan persepsi yang mengelirukan, merupakan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Untuk penjelasan, JPN merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil pasangan bukan Islam berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

Penglibatan MDN dalam pengupacaraan perkahwinan sivil tersebut adalah sebahagian daripada pengisian majlis rasmi JPN pada tahun 2023 dan perlu dilihat dalam konteks pelaksanaan fungsi serta tanggungjawab jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPN turut berkongsi pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) berkaitan aspek hukum syarak yang relevan sebagai rujukan masyarakat agar perkara ini dinilai berdasarkan fakta dan penjelasan pihak berautoriti, bukannya andaian atau tafsiran yang mengelirukan.

JPN menegaskan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebarkan maklumat di luar konteks sehingga mencetuskan polemik yang tidak berasas.

Orang ramai, khususnya pengguna media sosial, digesa supaya lebih bertanggungjawab dalam menyemak kesahihan, tarikh dan konteks sesuatu rakaman sebelum menyebarkannya.

Hentikan tindakan mengitar semula isu lama dengan naratif yang mengelirukan. Hormati fakta, rujuk penjelasan rasmi dan jangan jadikan media sosial medan mencetuskan salah faham dalam masyarakat.

JPN akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya secara profesional, berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa serta kepentingan rakyat.



Address

Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah:

Shortcuts

Share