26/08/2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ก๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐
๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป, ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ผ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐
1. PN Sabah mengambil serius perkembangan geopolitik di rantau Asia Tenggara, khususnya peningkatan kerjasama dan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat โ Filipina di kawasan selatan Filipina yang berhampiran dengan Sabah, termasuk perkembangan di Pulau Balabac.
2. Walaupun Malaysia tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah dan kedudukan Sabah dalam Malaysia adalah muktamad, usaha pihak tertentu di Filipina membangkitkan semula tuntutan tersebut pada tahun 2026 wajar dipandang serius, bahkan perkembangan tuntutan maritim Filipina pada tahun 2026 telah mendorong Malaysia mengemukakan bantahan rasmi.
3. Dalam keadaan ini, PN Sabah berpandangan bahawa kepentingan Malaysia khususnya keselamatan, kedaulatan serta kesejahteraan rakyat Sabah mesti terus menjadi keutamaan. Sehubungan itu, PN Sabah mencadangkan empat pendekatan utama.
(๐ฎ) ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต
- Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan usaha memperkukuh keupayaan pertahanan dan keselamatan Sabah, khususnya di kawasan pantai timur dan utara Sabah yang berhadapan dengan laluan strategik ke selatan Filipina.
- Keutamaan hendaklah diberikan kepada perkara-perkara berikut :
i- Peningkatan keselamatan maritim serta kesiapsiagaan agensi keselamatan yang dikoordinasi oleh Majlis Keselamatan Negara yang turut melibatkan agensi-agensi keselamatan seperti ESSCOM, ATM, PDRM, APMM dan lain-lain.
ii- Pembangunan infrastruktur keselamatan di kawasan strategik Sabah; dan
iii- Memastikan keselamatan penduduk di kawasan sempadan sentiasa terjamin.
- PN Sabah berpandangan bahawa pengukuhan pertahanan bukan bertujuan mencetuskan perlumbaan senjata, tetapi sebagai langkah pencegahan dan memastikan Malaysia mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk mempertahankan wilayahnya.
(๐ฏ) ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ผ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ธ
- PN Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan supaya meneruskan pendekatan diplomasi yang tegas, matang dan berhemah dengan Filipina.
- Hal ini termasuklah menegaskan pendirian bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia disamping menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran diplomatik dan undang-undang antarabangsa.
- Dialog keselamatan dengan Filipina dan memperkukuh kerjasama ASEAN juga perlu dilaksanakan.
- Pendirian Kerajaan Persekutuan juga sewajarnya mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, China, Filipina serta negara-negara ASEAN tanpa mengorbankan kepentingan nasional.
- PN Sabah menegaskan bahawa ketegasan mempertahankan kedaulatan tidak bermaksud Malaysia perlu mencari permusuhan dengan mana-mana negara. Sebaliknya, diplomasi yang kuat perlu disokong oleh pertahanan yang kukuh dan pendirian negara yang jelas.
(๐ฐ) ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต
- PN Sabah menyeru kerajaan supaya mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan strategik Sabah, khususnya timur Sabah dan kawasan utara seperti Kudat dan Pulau Banggi.
- Pembangunan infrastruktur, pelabuhan, jaringan komunikasi, ekonomi maritim, perikanan, pelancongan dan industri tempatan perlu diperkasakan supaya kawasan sempadan bukan sahaja selamat, tetapi juga mempunyai ekonomi yang kukuh dan rakyat yang sejahtera.
- PN Sabah berpandangan bahawa penduduk yang sejahtera dan ekonomi yang kukuh merupakan sebahagian daripada benteng keselamatan negara.
(๐ฑ) ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
- PN Sabah menegaskan pendirian bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan kedaulatan negara mesti dipertahankan. Sebarang tuntutan terhadap Sabah hendaklah ditangani melalui saluran diplomatik dan undang-undang yang sah serta berdasarkan kepentingan dan kedaulatan Malaysia.
- PN Sabah juga menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan isu Sabah sebagai bahan politik sempit yang boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat Malaysia dengan rakyat Filipina.
- Pada masa yang sama, rakyat Sabah perlu diberikan penerangan yang tepat mengenai perkembangan geopolitik dan isu tuntutan Sabah supaya tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda, maklumat palsu atau sentimen yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.
4. Tuntasnya, PN Sabah berpandangan bahawa perkembangan di sekitar Pulau Balabac mutakhir ini dan persaingan kuasa besar di rantau ini perlu dilihat sebagai peringatan awal kepada Malaysia untuk memperkukuh keupayaan sendiri, khususnya dalam menjaga keselamatan Sabah.
5. Kita tidak mahu Sabah menjadi medan persaingan kuasa besar. Kita juga tidak mahu tuntutan terhadap Sabah dipandang ringan. Namun, kita tidak mahu bertindak secara melulu sehingga menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara jiran.
6. PN Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah supaya melihat perkembangan ini sebagai satu peluang untuk memperkukuh Sabah sebagai wilayah yang aman, selamat, makmur dan berdaulat dalam Malaysia.
Sekian, terima kasih.
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Pengerusi Perikatan Nasional Sabah
ADUN Karambunai
26 OGOS 2026