Pejabat Canselori UMS

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Canselori UMS Pejabat Canselori

Canselori is the department in Universiti Malaysia Sabah (UMS) that assists the Vice-Chancellor and Deputy Vice-Chancellor in implementing and coordinating the activities in order to achieve the strategic vision and mission of the university.

🌊🧹 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UMS 2026 🧹🌊Pejabat Canselori dengan kerjasama Maxim Malaysia, Pusat Penyelidikan Ekonom...
21/10/2026

🌊🧹 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UMS 2026 🧹🌊

Pejabat Canselori dengan kerjasama Maxim Malaysia, Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim serta Atiqah Enterprise akan menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana UMS bagi memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

đź“… Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 3.45 petang – 6.00 petang
📍 Tempat: Pantai Kemudi Ilmu @ ODEC UMS

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan pantai kekal bersih, indah dan lestari. Setiap usaha kecil membawa perubahan besar kepada alam sekitar! 🌱🌏



20/10/2026
06/10/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Mohammad Puad bin Bebit atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (UMS-GAH).

Semoga segala bakti, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan menjadi kenangan bermakna serta terus memberi manfaat kepada UMS.

06/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Sharip Zainal bin Sagkif Shek atas pelantikan sebagai Pengarah Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (UMS-GAH).

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan UMS.

06/10/2026

PEMAKLUMAN

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ingin memaklumkan bahawa Profesor Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, berkuat kuasa 5 Oktober 2026.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Kementerian Pendidikan Tinggi

SALAM TAKZIAHKepada seluruh keluarga AllahyarhamahTUN DR. SITI HASMAH HAJI. MOHAMAD ALIyang telah kembali ke Rahmatullah...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH
Kepada seluruh keluarga Allahyarhamah

TUN DR. SITI HASMAH HAJI. MOHAMAD ALI
yang telah kembali ke Rahmatullah Pada
28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448 H

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah

Ikhlas Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
PEJABAT CANSELORI

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ahli JPU & Sesi Penyerahan Rasmi Buku Mewah Pejabat CanseloriSeusai Mesy JPU bil. 17/2026 ...
15/09/2026

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ahli JPU & Sesi Penyerahan Rasmi Buku Mewah Pejabat Canselori

Seusai Mesy JPU bil. 17/2026 pada 14 sept. 2026, satu sesi ringkas sambutan hari kelahiran ahli JPU utk bulan ogos dan september anjuran Urusetia JPU telah di adakan untuk tiga ahli JPU iaitu TNC HEPA Prof. Dr. Raman Nordin, Ketua Pustakawan Tuan Haji Zawawi Hj. Tiyunin dan PUU En. Awang Suhaizam Bongsu bertempat di BME aras 5, Blok Selatan Bangunan Canselori.

Disamping itu. Sesi simbolik penyerahan rasmi buku mewah( Coffee Table Book) Pejabat Canselori bertajuk Simfoni, Legasi & Aspirasi oleh Pengarah Pejabat Canselori iaitu En. Hasmi Hashim kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS juga telah dijalankan. Buku mewah ini adalah julung kali diterbitkan dan ianya merakam memori aktiviti Pejabat Canselori di sepanjang tahun 2025 untuk rekod dan tatapan masa akan datang.

Seramai 18 peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Canselori & UMS telah menyertai Pertandingan Memancing Canse...
12/09/2026

Seramai 18 peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Canselori & UMS telah menyertai Pertandingan Memancing Canselori edisi kedua tahun 2026 yang telah diadakan pada 15 September 2026, bertempat di D Muara Fishing, Tuaran.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Pejabat Canselori ni menawarkan beberapa hadiah termasuk hadiah misteri. Pertandingan sengit dalam edisi kedua ini telah dimenangi oleh En. Rostam Marinsan yang berjaya menaikkan ikan putih seberat 400g, Naib johan dirangkul oleh En. Farhan dengan tangkapan ikan kerapu seberat 240g serta tempat ketiga menjadi milik saudara Hazim Wafiey dengan tangkapan ikan kerapu seberat 200 gram.

Menurut penyelaras penganjur En. Cheristopher Janie, pertandingan ini bertujuan utk mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan work life balance di kalangan kakitangan Pejabat Canselori disamping inisiatif membantu Universiti dalam menaikkan darjah kegembiraan.

Manakala Pengerusi penganjur iaitu En. Hasmi Hashim memaklumkan bahawa sambutan menggalakkan untuk pertandingan ini adalah sesuatu yang positif dan berharap ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Address

Pejabat Canselori, Aras 5 & 6, Blok Selatan
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 07:30 - 11:30
14:00 - 17:30

Telephone

+6088320000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Canselori UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Canselori UMS:

Shortcuts

Share