Parti Bersama Malaysia Sabah

Directions Website

Parti Bersama Malaysia Sabah PKR Sabah Official Facebook

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝟮 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟳, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝟲 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan membe...
02/09/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟮 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟳, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝟲 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan membentangkan 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟳 pada 6 Oktober 2027, iaitu tiga hari sebelum YAB Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.

Pembentangan ini adalah sebahagian dari proses pembangunan dasar yang diusahakan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk membantu membawa kembali politik Malaysia supaya lebih berfokus kepada pertembungan idea dan dasar untuk menyelesaikan masalah negara dan masyarakat.

Pembentangan 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟳 akan membolehkan orang ramai meneliti cadangan-cadangan BERSAMA untuk menjajarkan dasar fiskal dan percukaian negara ke arah yang lebih mampan, seterusnya menilai kemampuan pembiayaan dasar dan program-program negara yang terkandung di dalam 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀-𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 yang akan dilancarkan.

𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 adalah kertas dasar yang memperincikan masalah-masalah struktur berhubung ekonomi, politik dan sosial yang memerlukan penyelesaian segera. Melalui setiap 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan membentangkan cadangan-cadangan penyelesaian yang membezakan pendekatan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dari parti-parti lain.

𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀-𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan dibentangkan secara berkala. Siri pertama akan dilancarkan pada 27 September 2026, diikuti dengan pembentangan 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 pada 6 Oktober 2026.

Siri kedua 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan dibentangkan pada 24 Oktober 2026, manakala siri ketiga 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan dibentangkan pada 28 November 2026.

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berharap fokus kepada dasar dan cadangan penyelesaian yang diambil ini, akan memberi tekanan kepada parti-parti politik lain untuk bersaing di atas platform dasar, bukannya berlegar dengan isu sentimen semata-mata.

Pada kesempatan ini, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 juga berbesar hati untuk mengumumkan kumpulan pertama enam (6) orang ahli Panel Dasar BERSAMA.

Panel Dasar BERSAMA dianggotai oleh tokoh-tokoh dari bidang dan pengalaman yang berbeza, yang bertanggungjawab memberi maklum balas dan cadangan balas secara bebas bersabit platform dasar 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.

Panel Dasar BERSAMA bekerja rapat dan memantau secara bebas pembangunan pendirian-pendirian dasar 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 yang diusahakan oleh kumpulan dasar 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.

Setiap siri 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan melalui proses maklum balas dengan Panel Dasar BERSAMA, sebelum siri rundingan dengan pemegang taruh diadakan. Draf akhir 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan dibuka kepada maklum balas orang ramai sebelum dilancarkan.

Kami mengalu-alukan enam (6) orang tokoh-tokoh berikut:

𝗣𝗥𝗢𝗙 𝗠𝗔𝗗𝗬𝗔 𝗗𝗥 𝗜𝗕𝗡𝗢𝗥 𝗔𝗭𝗟𝗜 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠
Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim ialah seorang penyelidik undang-undang Islam, ahli akademik serta pakar dalam bidang Astrofiqh, Kosmofiqh dan Fiqh Syafi‘i.

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam.

Sebelum ini, beliau adalah Profesor Madya, pensyarah kanan dan penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bidang Kepakaran: Astrofiqh (ilmu berkaitan hukum Islam dan astronomi), teori perundangan Islam (Usul Fiqh), serta Muamalat kontemporari yang merangkumi kontrak kewangan dan urus niaga Islam.

Lulusan Universiti Islam Madinah dalam bidang syariah, UKM dan UIA.

𝗗𝗥 𝗙𝗘𝗜𝗭𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗥𝗥𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡
Berkelulusan ijazah sarjana perubatan dari University of Glasgow dan Royal College of Physicians and Surgeons (Glasgow), beliau ada pakar perunding perubatan yang berkhidmat selama 25 tahun di United Kingdom dan Abu Dhabi.

Bidang kepakaran beliau adalah perubatan dalaman (internal medicine) dan penjagaan warga tua (elderly care), yang bertepatan dengan fokus BERSAMA mempersiapkan perkhidmatan kesihatan untuk menangani masyarakat Malaysia yang semakin menua.

Dr Feizal pernah berkhidmat sebagai doktor pakar di University Hospital Crosshouse, Kilmarnock dan Amana Healthcare, Abu Dhabi.

Beliau juga mempunyai MBA dari Instituto de Empressa, Madrid.

𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗥. 𝗥𝗔𝗜𝗦 𝗛𝗨𝗦𝗦𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗 𝗔𝗥𝗜𝗙𝗙
Beliau berkelulusan dalam bidang ekonomi dan pentadbiran, mempunyai pelbagai pengalaman kepimpinan korporat dalam sektor telekomunikasi dan teknologi.

Dr. Rais juga adalah mantan Pengerusi MDEC dan mantan CEO MRANTI.

Selain itu, beliau adalah pengasas EMIR Research dan dikenali sebagai penulis dan penyelidik dasar.

Beliau turut bertanggungjawab bersama-sama pasukan yang membangunkan kertas-kertas dasar Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (2018).

𝗞𝗛𝗢𝗢 𝗞𝗔𝗬 𝗣𝗘𝗡𝗚
Berkelulusan ekonomi dari Universiti Malaya dan Masters (International Relations) dari Warwick University, beliau adalah mantan Pengarah Eksekutif, Socio-Economic Development and Research Institute sekitar tahun 2001 hingga 2008.

Semasa di SEDAR, Khoo Kay Peng terlibat dalam kerja-kerja rundingan dasar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan ketika itu.

Beliau meneruskan kerjaya di sektor swasta dalam bidang teknologi dan kini menguruskan syarikat analitik data.

𝗗𝗥 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗𝗢𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡
Mempunyai ijazah dari University of Essex, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UTM dan PhD di UIA.

Dr Hamidon bertugas sebagai guru selama lapan tahun, sebelum menjadi pensyarah kepimpinan pendidikan di Institut Aminuddin Baki selama 26 tahun.

𝗝𝗢𝗛𝗡 𝗟𝗘𝗘 𝗩𝗢𝗡 𝗟𝗘𝗢𝗡
Berkelulusan ekonomi dari University of Michigan, Ann Arbor – John bertugas di Bank Negara Malaysia dalam bidang kawal selia perbankan dan kewangan.

Beliau seterusnya menyertai firma perunding Deloitte di Dubai, sebelum membuka firma perunding sendiri.

Bidang pengkhususan beliau adalah tata kelola kewangan, perbankan dan ESG.

𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗦𝗬𝗨𝗞𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗕

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔  #𝟭: 𝗔𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶?Laporan RCI Tabung Haji telah membuka banyak persoalan yang per...
04/08/2026

𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 #𝟭: 𝗔𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶?

Laporan RCI Tabung Haji telah membuka banyak persoalan yang perlu dijawab. Namun, persoalannya sekarang bukan lagi sekadar apa yang berlaku, tetapi tindakan yang akan diambil selepas ini.

Kerajaan dan ahli politik hanya akan memberi perhatian apabila wujud perbincangan awam yang berterusan serta tekanan daripada rakyat. Apabila isu semakin sunyi, keutamaan juga berubah. Akhirnya, laporan tinggal laporan, tanpa tindakan yang benar-benar membawa perubahan.

Sebab itu kita tidak boleh membiarkan isu ini dilupakan. Kita perlu terus menyegarkan diskusi dapatan RCI, membincangkannya secara terbuka, dan memastikan pihak yang bertanggungjawab terus dipersoalkan sehingga tindakan diambil.

Justeru, BERSAMA menjemput orang awam untuk menghadiri 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 #𝟭: 𝗔𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 pada ketetapan berikut:

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵:
6 Ogos 2026 (Khamis)

𝗠𝗮𝘀𝗮:
8.00 malam

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁
Ibu Pejabat BERSAMA, 31, Jalan PP16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.

𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹𝗶𝘀:

1- Rafizi Ramli
2- Nik Nazmi
3- Datuk Nik Mustapha Nik Hassan
4- Faizal Rahman

𝗠𝗼𝗱𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿
Ibrahim Sani

Daftarkan kehadiran melalui pautan yang disediakan di sini:
https://bersama.org/ms/acara/siri-forum-bersama-1-apa-akan-jadi-kepada-tabung-haji

Kepada yang tidak dapat hadir, boleh ikuti forum ini menerusi tontonan secara langsung (LIVE) di media sosial saya dan BERSAMA.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗖𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧Dalam podcast ...
04/08/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜:
𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗖𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧

Dalam podcast YBM Episod 57 Jumaat lalu, saya telah mengulas dengan panjang lebar keseluruhan isi kandungan laporan RCI Tabung Haji yang diwartakan kepada orang ramai minggu lepas.

Daripada banyak perkara yang disentuh di dalam laporan RCI itu, berdasarkan reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan ialah penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai status bayaran zakat bagi pihak pendeposit.

Hal ini dinyatakan di perenggan 3.7.13 (muka surat 68) hingga perenggan 3.7.24 (muka surat 72), yang saya boleh ringkaskan seperti berikut:

i. Pada tahun 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (kini dikenali sebagai Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa kontrak syariah di antara LTH dan pendeposit adalah Mudarabah.

ii. Oleh itu, LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum agihan keuntungan (hibah) dibuat.

iii. Sepanjang operasinya terutamanya di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak, bermula 2009, LTH telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi haji.

iv. Suruhanjaya Diraja berpandangan ini bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (Lembaga Tabung Haji) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (dalam kes ini sebagai subsidi haji) dengan sewenang-wenangnya, tanpa persetujuan rakan kongsi (pendeposit).

v. Pada tahun 2016, akad deposit (kontrak syariah) telah ditukar dari Mudarabah kepada Wadi’ah Yad Dhamanah, iaitu deposit dikira sebagai simpanan. LTH membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba.

vi. Suruhanjaya Diraja mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.

vii. Kesan daripada pertukaran akad Wadi’ah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH.

viii. Perkara ini dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam suratnya bertarikh 26 Jun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. BNM menyatakan bahawa penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama sebagai kontrak di bawah Wadi’ah Yad Dhamanah.

ix. Di bawah akad Wadi’ah Yad Dhamanah, LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan iaitu 2.5% dari jumlah simpanan.

x. LTH menukar kontrak syariah dari Wadi’ah Yad Dhamanah kepada Wakalah hanya dalam Disember 2019.

xi. Suruhanjaya Diraja berpendapat semasa LTH membayar zakat di bawah akad Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu dari 2016 hingga 2019, pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.

xii. Ia juga bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995, yang tidak membenarkan LTH meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat.

Maklumat lanjut mengenai persoalan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit LTH boleh dibaca di dalam laporan RCI tersebut.

Oleh itu, saya menyeru tindakan-tindakan berikut dari pihak yang berkenaan:

1) Perdana Menteri dan Menteri Agama perlu menjelaskan apakah tindakan kerajaan untuk menangani perkara ini yang menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit Tabung Haji, terutamanya bagi tempoh 2016 hingga 2019. Adakah Kerajaan Madani, setelah mengambil alih, telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019 itu?

2) Institusi ilmuan agama, termasuk Muzakarah MKI dan mufti-mufti perlu memberi panduan kepada pendeposit dan nasihat kepada kerajaan/LTH untuk merungkai perkara ini dengan segera; dan

3) LTH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang telah dibuat untuk melepaskan pendeposit-pendeposit dari tanggungjawab Islam membayar zakat, tatkala mereka ingat zakat-zakat itu telah dibayar oleh LTH.

𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

01/07/2026
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔22 Jun 2026𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝟭𝟱 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔  akan bertanding di 15 kerusi dala...
22/06/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
22 Jun 2026

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝟭𝟱 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026.

Kerusi-kerusi yang ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut:

1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas;

2) Sambutan terhadap 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit;

3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut;

4) Kemampuan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut.

Berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di PRN Johor 2026:

1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO)

2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO)

3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO)

4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA)

5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP)

6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO)

7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO)

8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP)

9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP)

10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO)

11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP)

12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO)

13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO)

14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR)

15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP)

Calon-calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak.

Ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di bersama.org

Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran.

Ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati
bersama.org dan klik “𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻”.

Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan.

Sistem kempen bersepadu𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti.

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di 15 kerusi ini secara sukarela.

Bagi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.

Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat.

𝟮𝟮 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔Hasrat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk merintis buday...
08/06/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔

Hasrat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk merintis budaya politik yang berfokus kepada bakat rakyat dan masa depan kini dizahirkan dengan memperkenalkan proses terbuka pemilihan calon-calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam pilihanraya.

Rakyat Malaysia yang ingin menawarkan diri menjadi calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dijemput memohon dengan mendaftar di https://bersama.org

Klik “Sertai” dan pilih laluan pendaftaran sebagai calon pilihanraya. Sekiranya belum menjadi ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, anda perlu memohon menjadi ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai calon pilihanraya.

Klik https://bersama.org/ms/daftar

Pemohon akan melalui proses berikut:

1. Melengkapkan maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga

2. Melengkapkan maklumat kewangan, termasuk mengenai pendapatan dan aset

3. Temuduga skrin yang dikendalikan oleh algoritma sistem untuk menguji karisma, keterampilan dan kesediaan sebagai calon pilihanraya

Permohonan yang telah disahkan akan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Calon.

Kriteria-kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa Calon untuk menilai setiap permohonan pada peringkat tapisan pertama adalah seperti berikut:

1. Kepakaran dan kemahiran yang boleh menambah nilai kepada masyarakat berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penglibatan dalam masyarakat

2. Tapisan pembabitan politik terdahulu (jika ada) untuk mengelakkan calon-calon yang membawa imej politik yang tidak serasi dengan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

3. Kesesuaian calon kepada imbangan mengikut kerusi-kerusi parlimen/DUN, jantina, umur dan kaum

4. Karisma dan keterampilan untuk diketengahkan sebagai seorang calon yang menyumbang membina imej 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

Calon-calon yang di senarai pendek akan melalui tapisan kedua.

Tapisan kedua melibatkan semakan secara digital untuk mengenali calon dengan lebih dekat dan semakan dengan masyarakat setempat untuk mendapat maklum balas kualitatif mengenai calon.

Hanya calon-calon yang telah melepasi tapisan pertama dan kedua akan dipanggil untuk tapisan terakhir secara bersemuka dengan pasukan pusat 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.

Calon-calon yang melepasi semua peringkat tapisan akan dipertimbangkan sebagai calon-calon berpotensi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, yang akan diumumkan mengikut kumpulan dari semasa ke semasa.

Pemohon hendaklah menyatakan kerusi Parlimen atau DUN yang ingin ditandingi. Mengikut undang-undang, calon DUN mestilah tinggal atau beralamat di negeri yang sama.

Keutamaan saringan calon diberikan untuk memuktamadkan calon-calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Kami menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkongsi aspirasi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 untuk memohon menjadi calon.

Portal permohonan akan dibuka secara berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan.

𝟴 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗

BERKENAAN RUNDINGAN DAN KERJASAMA MENUJU PRN JOHOR.  BERSAMA menghormati hasrat pihak-pihak tertentu yang ingin memulaka...
06/06/2026

BERKENAAN RUNDINGAN DAN KERJASAMA MENUJU PRN JOHOR.

BERSAMA menghormati hasrat pihak-pihak tertentu yang ingin memulakan rundingan dengan BERSAMA bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Johor.

Namun begitu, BERSAMA percaya prioriti utama sekarang ialah membuka lebih banyak pilihan kepada pengundi setelah mereka melihat dan menilai sendiri prestasi parti-parti dan gabungan politik yang terbentuk pasca Pilihan Raya yang lalu.

BERSAMA juga khuatir sebarang perbincangan atau persefahaman yang cuba diusahakan sesetengah pihak hanya akan mengulangi kompromi lama yang kesannya telah diukur sendiri oleh pengundi hari ini.

Justeru BERSAMA kekal dengan pendirian untuk turut serta dalam Pilihan Raya Negeri Johor secara solo dan menaruh keyakinan penuh pada kebijaksanaan pengundi untuk membuat pilihan.

Sekian. Terima kasih

Address

TB-00-01, 1Borneo Hypermall
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bersama Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share