INFRA Caw. Sabah KKDW

Call Directions Website

INFRA Caw. Sabah KKDW INFRA Sabah berperanan secara berkesan dalam usaha memperkasa sumber daya manusia luar bandar di Sabah bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang

Pengenalan
INFRA Sabah berperanan secara berkesan dalam usaha memperkasa sumber daya manusia luar bandar di Sabah bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen participatory planning dan bottom-up approach yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan. Fungsi
-Membuat program latihan, menerusi pelaksanaan kursus, bengkel dan seminar berdasarkan modul latihan terkini;
-Menyediakan peluang latihan yang terancang kepada agen pembangunan negara yang terdiri daripada pemimpin komuniti desa, pemimpin belia/beliawanis, pegawai pengembangan, pengusaha homestay dan Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs); dan
-Melaksanakan program latihan berteraskan kepada dasar-dasar semasa kerajaan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada kumpulan sasar INFRA.

KURSUS PENGURUSAN INSTITUSI KOMUNITI LUAR BANDAR (FOKUS MASJID) SIRI 2/2026 NEGERI SABAHInstitut Kemajuan Desa (INFRA) t...
24/09/2026

KURSUS PENGURUSAN INSTITUSI KOMUNITI LUAR BANDAR (FOKUS MASJID) SIRI 2/2026 NEGERI SABAH

Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Institusi Komuniti Luar Bandar (Fokus Masjid) Siri 2/2026 pada 21 hingga 23 September 2026 di Kota Kinabalu, Sabah. Kursus yang disertai 39 orang peserta dari Kota Kinabalu, Keningau, Papar dan Tuaran ini dilaksanakan oleh INFRA Cawangan Sabah dengan kerjasama Institut Pengajian dan Dakwah Islamiah Sabah (IPDAS) JAKIM Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Sabah dan Islamic Tourism Centre (ITC), MOTAC.

Kursus ini memberikan penekanan kepada pengukuhan kefahaman dan keupayaan pengurusan institusi masjid merangkumi aspek perancangan strategik, pentadbiran, kewangan, integriti, pengurusan data serta komunikasi komuniti. Turut diketengahkan, peranan masjid sebagai hab pembangunan sosioekonomi dan pemerkasaan komuniti, termasuk melalui pendigitalan, inovasi dan potensi pelancongan Islam.

Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Awang Asri bin Abd Rahman, Ketua INFRA Cawangan Sabah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang dipamerkan, semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh tadbir urus masjid serta memperkasakan peranan institusi masjid dalam pembangunan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.




MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN BELIA DESA 2026 DAN PELANCARAN RESOLUSI BELIA DESA 2035Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026)...
10/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN BELIA DESA 2026 DAN PELANCARAN RESOLUSI BELIA DESA 2035

Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama tiga hari di Shah Alam, Selangor, dengan menghimpunkan 300 orang belia dari seluruh negara untuk membincangkan isu, keperluan dan aspirasi generasi muda bagi mencorakkan masa depan pembangunan desa.

KBD 2026 anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), merupakan platform strategik yang meletakkan belia desa sebagai Rakan Strategik Kerajaan, penggerak perubahan dan pewaris kepimpinan masa hadapan.

Sepanjang konvensyen, suara belia dihimpunkan melalui Survei Suara Belia Desa 2026 dan diperkukuh menerusi perbincangan kumpulan berfokus bersama dengan 300 orang peserta KBD 2026. Proses libat urus berasaskan data, dialog dan pembentukan konsensus ini kemudiannya diterjemahkan kepada Resolusi Belia Desa 2035.

Resolusi ini merangkumi lima bidang strategik, iaitu Kepimpinan, Politik, Patriotisme dan Kesukarelawanan; Ekonomi, Keusahawanan dan Pendapatan Belia Desa; Kerjaya dan Kemahiran Masa Hadapan; Digitalisasi, Kecerdasan Buatan dan Inovasi Belia Desa; serta Kesejahteraan dan Keterangkuman Holistik.

Resolusi Belia Desa 2035 yang dilancarkan hari ini akan menjadi asas rujukan suara dan konsensus belia desa dalam pemerkukuhan perancangan serta hala tuju pembangunan belia desa, selaras dengan kerangka pembangunan luar bandar dan agenda pembangunan nasional.

Majlis Penutupan KBD 2026 dan Pelancaran Resolusi Belia Desa 2035 telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir, pengurusan tertinggi KKDW termasuk YBrs. En. Abd Jalil bin Ismail, Pengarah INFRA.





SOROTAN HARI KEDUA KONVENSYEN BELIA DESA 20262 September 2026-Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) pada hari kedua berl...
10/09/2026

SOROTAN HARI KEDUA KONVENSYEN BELIA DESA 2026

2 September 2026-Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) pada hari kedua berlangsung dengan pengisian yang memberikan tumpuan kepada pembangunan kepimpinan, potensi ekonomi serta masa depan belia desa. Peserta turut diberi ruang untuk memperkasakan pemikiran, berkongsi pandangan dan meneroka potensi yang boleh digerakkan bagi membangunkan komuniti desa.

Hari kedua dimulakan dengan Plenari 1: Membentuk Pemimpin Desa Masa Hadapan yang menekankan kepentingan kepimpinan belia bagi mencorakkan masa depan desa, diikuti Plenari 2: "Potensi Ekonomi Desa: Perlukah Berhijrah ke Bandar?" yang membincangkan potensi ekonomi desa serta pilihan masa depan yang lebih berdaya maju untuk generasi muda.

Pengisian diteruskan menerusi Perbincangan Kumpulan Berfokus yang dibahagikan kepada lima teras utama, iaitu kepimpinan, patriotisme dan kesukarelawanan; ekonomi, keusahawanan dan pendapatan belia desa; kerjaya dan kemahiran masa hadapan; digitalisasi, AI dan inovasi belia desa; serta kesejahteraan dan keterangkuman holistik.

Dapatan perbincangan seterusnya diterjemahkan menerusi penyediaan cadangan dan resolusi bagi setiap kluster, sebelum peserta mengikuti Dialog Santai bersama dengan KKDW serta Sesi Santai Belia Desa bersama dengan Ustazah Nazirah bertemakan “Tak Apa Kalau Tak Okay” yang menyentuh aspek kesejahteraan dan kekuatan diri dalam kalangan generasi muda.

Hari kedua KBD 2026 memperlihatkan komitmen berterusan bagi memastikan suara, pandangan dan aspirasi belia desa diterjemahkan kepada cadangan yang bermakna sebagai asas pembentukan Resolusi Belia Desa 2035.





[PETIKAN UCAPAN]​DESA DNA KITA: MEMAKNAI NILAI KEBERSAMAAN DAN KEHIDUPAN​Tema "Desa DNA Kita" membawa makna yang cukup b...
10/09/2026

[PETIKAN UCAPAN]

​DESA DNA KITA: MEMAKNAI NILAI KEBERSAMAAN DAN KEHIDUPAN

​Tema "Desa DNA Kita" membawa makna yang cukup besar bagi komuniti desa. YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dalam ucapan perasmian Konvensyen Belia Desa 2026 menegaskan bahawa desa bukan sekadar tempat kita dilahirkan atau alamat yang tertulis pada kad pengenalan, sebaliknya, sebagai tempat kita mengenal keluarga, komuniti, kebersamaan dan nilai kehidupan.

Sejajar dengan nilai tersebut, Institut Kemajuan Desa (INFRA) melalui penganjuran Konvensyen Belia Desa 2026 terus komited mengetengahkan suara generasi muda sebagai Rakan Strategik Kerajaan, penggerak perubahan dan pewaris kepimpinan masa hadapan. Pendekatan strategik ini meletakkan konvensyen tersebut sebagai wadah penting untuk menterjemahkan suara belia kepada cadangan dan hala tuju pembangunan desa yang lebih responsif terhadap realiti generasi muda.

​



10/09/2026

Jom saksikan tayangan istimewa bersempena dengan Majlis Penutupan Konvensyen Belia Desa 2026 dan Pelancaran Resolusi Belia Desa 2035 baru-baru ini. Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini telah menghimpunkan 300 orang belia desa dari seluruh negara bagi menyuarakan isu, keperluan dan aspirasi mereka. Kesepakatan suara generasi muda yang diangkat sebagai Rakan Strategik Kerajaan ini seterusnya diterjemahkan kepada Resolusi Belia Desa 2035, sekali gus menjadi asas rujukan penting bagi mencorakkan hala tuju pembangunan desa masa hadapan yang lebih mampan, progresif dan inklusif.

​



10/09/2026

[PETIKAN UCAPAN]

​SUARA BELIA DESA DITERJEMAHKAN KEPADA TINDAKAN MENERUSI RESOLUSI

​Penganjuran Konvensyen Belia Desa 2026 digerakkan dengan tujuan untuk mendengar dan mengumpulkan aspirasi serta keperluan sebenar generasi muda secara empirikal. Perkara ini ditegaskan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bagi memastikan pandangan yang disuarakan dirumus menjadi cadangan tindakan yang konkrit. Kesepakatan suara belia desa ini seterusnya diterjemahkan sepenuhnya dalam sebuah dokumen hala tuju yang dinamakan sebagai Resolusi Belia Desa 2035.

Sejajar dengan tekad untuk mengangkat suara anak muda, Institut Kemajuan Desa (INFRA) terus komited menggalas peranan sebagai penggerak utama pemerkasaan modal insan desa. Melalui penyediaan platform libat urus dan inisiatif pembinaan kapasiti yang komprehensif, INFRA sentiasa memfokuskan usaha untuk mencungkil potensi kepimpinan dan membina keyakinan diri belia desa. Langkah berterusan ini digerakkan bagi mempersiapkan generasi pewaris ini dengan kemahiran dan daya saing yang tinggi, membolehkan mereka bertindak sebagai rakan pembentuk dasar yang proaktif, sekali gus kembali menyumbang kepada kemajuan landskap desa negara.

​



MAJLIS PELANCARAN KONVENSYEN BELIA DESA 2026Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) yang akan berlangsung selama tiga hari...
02/09/2026

MAJLIS PELANCARAN KONVENSYEN BELIA DESA 2026

Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) yang akan berlangsung selama tiga hari membuka tirainya hari ini, dengan menghimpunkan 300 orang belia berusia 18 hingga 30 tahun dari seluruh negara bagi menyuarakan isu, cabaran, keperluan dan aspirasi mereka bagi mencorakkan hala tuju pembangunan desa masa hadapan.

KBD 2026 ini dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), sebagai platform strategik yang meletakkan belia desa sebagai Rakan Strategik Kerajaan, penggerak perubahan dan pewaris kepimpinan masa hadapan.

Berteraskan lima “Lensa Belia” meliputi kepimpinan, politik, patriotisme dan kesukarelawanan; ekonomi, keusahawanan dan pendapatan belia desa; kerjaya dan kemahiran masa hadapan; digitalisasi, AI dan inovasi; serta kesejahteraan dan keterangkuman holistik, KBD 2026 membuka ruang kepada belia untuk membentuk agenda pembangunan komuniti dan ekonomi desa berdasarkan realiti serta aspirasi mereka.

Pendekatan ini dimulakan melalui Survei Suara Belia Desa 2026 melibatkan 400 orang responden, sebelum dapatan tersebut diperkukuh menerusi Focus Group Discussion melibatkan 300 orang peserta KBD2026, seterusnya disintesis bagi menghasilkan Resolusi Belia Desa 2035 sebagai rumusan suara, keutamaan dan aspirasi generasi muda desa.

Majlis perasmian KBD 2025 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir, pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah termasuk YBrs. En. Abd Jalil bin Ismail, Pengarah INFRA.





Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Annabelle Thailon atas segala sumbangan, dedikasi dan ...
30/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Annabelle Thailon atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam setiap langkah di tempat baharu. Selamat maju jaya dalam meneruskan perjalanan kerjaya yang gemilang.

Ikhlas daripada
Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah
30 April 2026

Address

MENARA MAA , TINGKAT 10 , LOT 10-10& 10-11
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088318614

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFRA Caw. Sabah KKDW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share