14/08/2026
📣 MEMOHON SOKONGAN & KEHADIRAN KE UMS ALUMNI HOMECOMING DINNER & FUNDRAISING 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Alumni SPS & ASTIF UMS 🌸
Dengan penuh hormat, kami ingin menyeru dan memohon sokongan padu daripada semua Alumni Seni UMS untuk sama-sama hadir ke UMS Alumni Homecoming Dinner & Fundraising 2026.
Kehadiran kita bukan sekadar untuk berkumpul dan mengimbau kembali kenangan sebagai warga Seni UMS, tetapi juga sebagai tanda komitmen, solidariti dan sokongan Alumni Seni UMS kepada pihak Pusat Alumni UMS.
Justeru, besar harapan kami agar alumni dapat meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini.
📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 malam
📍 Lokasi: Hotel Hilton, Kota Kinabalu
🎟️ Harga Tiket: RM180 seorang | RM1,800 satu meja
👗 Kod Pakaian: Elegant (Colourful)
✨ Antara pengisian majlis:
• Persembahan artis jemputan
• Cabutan bertuah
• Sesi Reconnect & Reminisce
• Kutipan dana Tabung Endowmen Kinabalu
💳 Sumbangan & Penyerahan Resit
Bagi alumni yang sudi hadir dan menyokong, pembayaran tiket RM180 seorang boleh dibuat melalui QR Code / pautan rasmi penganjur seperti yang tertera pada poster Homecoming.
Selepas pembayaran dibuat, mohon serahkan resit kepada Dr. Rosli bagi tujuan pengesahan dan rekod sokongan Alumni Seni UMS:
📧 Emel: [email protected]
📱 WhatsApp: 019-8081156
Ayuh Alumni Seni UMS! ❤️
Kita hadir bukan hanya sebagai individu, tetapi sebagai satu keluarga besar Alumni Seni UMS. Semoga kehadiran kita dapat menjadi tanda bahawa Seni UMS sentiasa mempunyai alumni yang bersatu, prihatin dan terus menyokong alma mater tercinta.
Jumpa kita di Kota Kinabalu! 🌺
Seni UMS