Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

  • Home
  • Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Call Directions Website

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Official Facebook for Sabah Cultural Board. We are mainly to preserve and promote Sabah Art & Culture

Buletin Budaya, 19 Oktober 2026 (Isnin)Satu kunjungan hormat daripada Persatuan Orang Sungai Ranau yang diketuai oleh En...
19/10/2026

Buletin Budaya, 19 Oktober 2026 (Isnin)

Satu kunjungan hormat daripada Persatuan Orang Sungai Ranau yang diketuai oleh Encik Mohd Hairun Bin Badin ke Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah diadakan pada 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat LKNS, Tingkat 4, Wisma LKNS.

Kunjungan hormat tersebut disambut mesra oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar (DGM) Sektor Pembangunan Seni Budaya LKNS bersama wakil-wakil pegawai LKNS serta delegasi ahli jawatankuasa Persatuan Orang Sungai Ranau.

Sepanjang kunjungan tersebut, perbincangan dan cadangan kerjasama telah dikemukakan berkaitan pemeliharaan serta
pembangunan seni budaya tempatan, khususnya dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

#78/26

Buletin Budaya, 19 Oktober 2026 (Isnin)SAMBUTAN TAMU BESAR KOTA BELUD 2026Majlis Perasmian Sambutan Tamu Besar Kota Belu...
19/10/2026

Buletin Budaya, 19 Oktober 2026 (Isnin)

SAMBUTAN TAMU BESAR KOTA BELUD 2026

Majlis Perasmian Sambutan Tamu Besar Kota Belud 2026 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Hj. Aman pada 17 Oktober 2026, bertempat di Tapak Tamu Kota Belud.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, serta barisan tetamu kehormat yang lain.

Sambutan Tamu Besar Kota Belud merupakan antara acara tradisi yang mencerminkan keunikan warisan, budaya dan identiti masyarakat setempat. Penganjuran ini juga menjadi platform penting dalam memelihara tradisi turun-temurun, memperkukuh perpaduan masyarakat serta mempromosikan keunikan budaya Sabah kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Semoga Sambutan Tamu Besar Kota Belud terus menjadi kebanggaan masyarakat dan kekal sebagai warisan budaya yang terus dipelihara untuk generasi akan datang.

#77/26


Buletin Budaya, 16 Oktober 2026 (Jumaat)PERSIAPAN AKHIR DAN RAPTAI PENUH SEMPENA SAMBUTAN TAMU BESAR KOTA BELUD 2026.Per...
16/10/2026

Buletin Budaya, 16 Oktober 2026 (Jumaat)

PERSIAPAN AKHIR DAN RAPTAI PENUH SEMPENA SAMBUTAN TAMU BESAR KOTA BELUD 2026.

Persiapan akhir dan raptai penuh telah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan Sambutan Tamu Besar Kota Belud yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Tamu Kota Belud.

Persiapan ini merupakan langkah penting bagi memastikan setiap pengisian program dan persembahan dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna, sekali gus memeriahkan sambutan yang menjadi antara acara penting dalam memartabatkan warisan budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan berjalan lancar dan sambutan pada tahun ini berlangsung dengan jayanya. Orang ramai dijemput hadir.

#76/26


Buletin Budaya, 14 Oktober 2026 (Rabu)Wawancara Mendepani Arus Globalisasi: Cabaran Memelihara Identiti Budaya dalam Kal...
14/10/2026

Buletin Budaya, 14 Oktober 2026 (Rabu)

Wawancara Mendepani Arus Globalisasi: Cabaran Memelihara Identiti Budaya dalam Kalangan Generasi Muda oleh pelajar jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Teknologi Yayasan Sabah

#75/26


11/10/2026
11/10/2026

Semalam, bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) membincangkan persiapan Festival Gelingos 2026 yang bakal berlangsung di Sukau, Kinabatangan.

Pelbagai acara menarik bakal diadakan bagi mengetengahkan keunikan budaya dan warisan tempatan, sekali gus mempromosikan pelancongan di Kinabatangan.

Buletin Budaya, 09 Oktober 2026 (Jumaat)Kunjungan hormat daripada Bahagian Latihan, LKNS yang diketuai oleh Puan Flora I...
09/10/2026

Buletin Budaya, 09 Oktober 2026 (Jumaat)

Kunjungan hormat daripada Bahagian Latihan, LKNS yang diketuai oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar (Sektor Pembangunan Seni Budaya) kepada Pengetua SMK Tun Fuad Stephen Kiulu, Encik Hj.Zamli Bin Mantamin, bagi membincangkan persediaan dan pelaksanaan Program Sekolah Angkat yang dijadualkan pada tahun 2027

#74/26


Buletin Budaya, 06 Oktober 2026 (Selasa)Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Dat...
06/10/2026

Buletin Budaya, 06 Oktober 2026 (Selasa)

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, pada 5 Oktober 2026 bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Tuan Mackey Apison, bersama Encik Sony Jaya, Pengurus Bahagian Acara LKNS dan Puan Rozza Rothman.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkenalkan serta menerangkan cadangan pelaksanaan Program Anugerah Muzik Sabah yang dicadangkan bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan. Dalam pertemuan tersebut, turut dikongsikan hala tuju, konsep dan aspirasi program sebagai satu platform bagi meraikan, menghargai serta mengiktiraf karya dan sumbangan para penggiat industri muzik Sabah.

Cadangan penganjuran Anugerah Muzik Sabah ini dilihat berpotensi menjadi wadah penting dalam mengangkat bakat serta karya muzik tempatan, di samping memperkukuh perkembangan industri muzik Sabah dan memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada para penggiat seni yang telah menyumbang kepada kemajuan serta kelestarian industri muzik negeri.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dalam memperkasa bidang seni dan budaya Sabah melalui penghasilan program yang mampu mengangkat bakat tempatan serta memperluas apresiasi masyarakat terhadap karya dan industri kreatif negeri.

Mackey Apison Lo

#73/26


Buletin Budaya, 05 Oktober 2026 (Isnin)Kunjungan hormat daripada Bahagian Latihan, LKNS yang diketuai oleh En. Julian Mu...
05/10/2026

Buletin Budaya, 05 Oktober 2026 (Isnin)

Kunjungan hormat daripada Bahagian Latihan, LKNS yang diketuai oleh En. Julian Muslih (Pengurus Bhg. Latihan LKNS) kepada Guru Besar SK Kibabaig, Penampang Puan Kartinie binti Amat, bagi membincangkan persediaan dan pelaksanaan Bengkel Tari dan Muzik Tradisi yang dijadualkan pada November 2026

#72/26


Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088268827

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share