28/09/2026
Selamat Ulang Tahun Rizab Biosfera Kinabatangan (KBR) 🌿🐘
Pada 27 September 2025, kita merayakan pencapaian bersejarah apabila Kinabatangan diiktiraf secara rasmi oleh UNESCO di bawah Program Man and the Biosphere (MAB), menjadikan Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera kedua di Sabah dan keempat di Malaysia. Pengiktirafan ini bukan sekadar satu gelaran, malah satu bukti komitmen kita bersama dalam mengekalkan keseimbangan antara pemeliharaan alam semula jadi dan kesejahteraan komuniti.
Setahun selepas pengiktirafan ini, kita meraikan bukan sahaja satu pencapaian, tetapi sebuah perjalanan yang terhasil daripada komitmen, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam proses pencalonan Rizab Biosfera Kinabatangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
1) Komuniti tempatan atas dedikasi dan peranan aktif sebagai benteng utama dalam memelihara warisan alam serta mengekalkan keharmonian budaya dan tradisi setempat.
2) Sektor Kelapa Sawit & Pekebun Kecil atas usaha serta komitmen berterusan ke arah amalan pertanian mampan dan pengurusan lanskap berasaskan pemuliharaan.
3) Sektor Pelancongan kerana mempromosikan keindahan Kinabatangan melalui pendekatan ekopelancongan yang bertanggungjawab dan menyokong ekonomi setempat.
4) Sektor Penyelidikan & Pemuliharaan (NGO & Institusi) atas sumbangan kepakaran, penyelidikan berterusan, dan usaha pemuliharaan flora serta fauna yang tidak mengenal penat lelah.
5) Agensi Kerajaan atas kepimpinan, sokongan dasar, dan pemanduan strategik dalam memastikan pengurusan rizab biosfera ini berjalan secara berkesan.
Pengiktirafan ini bukanlah titik akhir. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada usaha bersama untuk memelihara kekayaan biodiversiti Kinabatangan, menyokong pembangunan yang lestari serta memastikan kesejahteraan komuniti terus menjadi sebahagian daripada perjalanan pemuliharaan landskap ini.
Satu tahun telah berlalu. Perjalanan masih panjang.
Selamat Ulang Tahun Pertama, Rizab Biosfera Kinabatangan!