UMS Medical Library

Call Directions Website Contact the organization

UMS Medical Library E-mail: [email protected]
Whatsapp: 088-329055

16/10/2026

PERINGATAN MESRA:
Kepada Bakal Graduan Majlis Konvokesyen UMS Kali ke-28 bagi Tahun 2026๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“
Jangan lupa memulangkan buku dan membayar denda Perpustakaan.

๐Ÿ›‘ Semakan MyUMS Library Account boleh dibuat melalui laman web perpustakaan https://www.ums.edu.my/library

๐Ÿ›‘ Mudahkan cara pembayaran denda anda secara CASHLESS menggunakan aplikasi DuitNowQR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp Perpustakaan https://wa.me/6088320232 atau emelkan ke [email protected]

๐ŸฅฐTerima kasih!









๐Ÿ“š LIBRARY@FACULTY KINI DI FPSK! ๐ŸคฉBah, jom warga FPSK! Dapatkan perkhidmatan & kemudahan perpustakaan dengan Lebih Dekat,...
16/10/2026

๐Ÿ“š LIBRARY@FACULTY KINI DI FPSK! ๐Ÿคฉ

Bah, jom warga FPSK! Dapatkan perkhidmatan & kemudahan perpustakaan dengan Lebih Dekat, Mudah & Bermakna.

๐Ÿ—“๏ธ 5 Nov 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ 2.00 - 4.00 ptg
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Fakulti, Blok A1 Aras 1, FPSK UMS

โœจ Ada apa?
๐Ÿ’ป Klinik SMPPI dan Turnitin
๐Ÿ“š Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan

โœจ Siapa yang perlu hadir?
SEMUA PENSYARAH FPSK ADALAH DIALU-ALUKAN!

Jamuan ringan akan disediakan.
Jom SAHKAN KEHADIRAN anda sekarang di pautan ini :
https://forms.cloud.microsoft/r/72LC8SkW0n

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ‘‹

๐Ÿ“ขโœจ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ด๐‘ผ๐‘ด๐‘จ๐‘ต: ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ท ๐‘น๐‘ฌ๐’๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘จ๐‘ต!Berita baik buat semua warga kampus dan pengguna Perpustakaan Perubatan ...
07/10/2026

๐Ÿ“ขโœจ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ด๐‘ผ๐‘ด๐‘จ๐‘ต: ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ท ๐‘น๐‘ฌ๐’๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘จ๐‘ต!

Berita baik buat semua warga kampus dan pengguna Perpustakaan Perubatan UMS! Kami telah menyediakan sudut "Sulap Rezeki" khas untuk kemudahan anda semua. ๐Ÿ“š๐ŸŽ

Sudut ini berkonsepkan "Ambil apa yang perlu, sumbang apa yang mampu". Ia terbuka kepada semua pelajar yang memerlukan sedikit alas perut atau keperluan asas semasa penat mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Jika anda ada rezeki lebih, anda juga amat dialu-alukan untuk meletakkan sumbangan di ruangan ini!

๐Ÿ“ Lokasi: Perpustakaan Perubatan, Blok B, Aras 2.

Mari sama-sama kita manfaatkan kemudahan ini dan wujudkan budaya kongsi rezeki. Jangan segan untuk singgah! ๐Ÿซถ

๐Ÿ“šโœจ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ | ๐Ÿ‘ ๐๐”๐Š๐” ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ!Tingkatkan ilmu dan kemahiran melalui tiga pilihan bacaan untuk warga kejur...
07/10/2026

๐Ÿ“šโœจ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ | ๐Ÿ‘ ๐๐”๐Š๐” ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ!

Tingkatkan ilmu dan kemahiran melalui tiga pilihan bacaan untuk warga kejururawatan dan bidang kesihatan:

๐Ÿ“˜ Evidence-Based Practice in Nursing & Healthcare
Memahami penggunaan bukti saintifik dalam membuat keputusan dan meningkatkan amalan penjagaan kesihatan.

๐Ÿ“— Nursing Health Assessment
Panduan penilaian kesihatan pesakit secara menyeluruh melalui pemeriksaan fizikal dan maklumat klinikal.

๐Ÿ“• Advanced Paediatric Life Support
Panduan pengurusan kecemasan dan sokongan hayat kanak-kanak secara sistematik dan berkesan.

๐Ÿ’ก 3 Buku โ€ข 3 Ilmu Penting
Bukti saintifik โ€ข Penilaian pesakit โ€ข Kecemasan pediatrik

๐Ÿ“– Jom pinjam dan baca di UMS Medical Library!

06/10/2026
06/10/2026

๐Œ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข ๐„-๐๐จ๐จ๐ค ๐”๐Œ๐’ ๐‹๐ข๐›๐ซ๐š๐ซ๐ฒ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐š๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐›๐ข๐๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง, ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง.

๐Ÿ’ป Akses secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Terokai pelbagai platform e-book melalui portal UMS Library dan temui sumber rujukan yang bersesuaian dengan keperluan akademik anda.

๐Ÿ”— Akses E-Book: UMS Library โ€“ E-BOOK
UMS Library โ€” memperkasa akses kepada ilmu dan sumber digital.








06/10/2026

๐Ÿ“š ๐€๐ค๐ฌ๐ž๐ฌ ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐š๐ง ๐”๐Œ๐’ ๐‚๐š๐ซ๐ข. ๐€๐ค๐ฌ๐ž๐ฌ. ๐“๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š. ๐Œ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ค๐š๐ง. ๐Ÿ”Ž๐Ÿ’ป

Tahukah anda? Perpustakaan UMS menyediakan akses kepada pelbagai pangkalan data digital bagi menyokong pembelajaran, penyelidikan dan amalan profesional.

โœจ Passport โ€” data pasaran & analisis industri
๐ŸŽ“ ProQuest Education โ€” jurnal, tesis, disertasi & sumber akademik pendidikan
๐Ÿฉบ UpToDate โ€” maklumat klinikal berasaskan bukti untuk bidang perubatan

๐Ÿ’™ Akses dengan mudah melalui Portal Perpustakaan UMS.

Jadikan sumber digital sebagai rakan anda dalam mencari maklumat yang tepat, berkualiti dan dipercayai.










๐Ÿ“š ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐’๐‚๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€๐™๐€๐‡ ๐Œ๐๐‡ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•Pada 2 Oktober 2026 (Jumaat), Perpustakaan Peru...
06/10/2026

๐Ÿ“š ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐’๐‚๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€๐™๐€๐‡ ๐Œ๐๐‡ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Pada 2 Oktober 2026 (Jumaat), Perpustakaan Perubatan UMS telah mengadakan Sesi Literasi Maklumat bersama pelajar pascasiswazah baharu Program Sarjana Kesihatan Awam (MPH), sesi 2026/2027.

Sesi ini telah disampaikan oleh En. Alberto Aning, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Perpustakaan Perubatan UMS, yang memberikan penerangan dan panduan kepada para pelajar mengenai kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan bagi menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan.

Antara perkongsian yang diberikan termasuk kaedah mendapatkan sumber ilmiah, penggunaan pangkalan data serta penggunaan perisian pengurusan rujukan.

โœจ Diharapkan sesi ini dapat membantu para pelajar memperoleh kemahiran literasi maklumat yang lebih baik serta memanfaatkan sumber perpustakaan secara optimum dalam menyokong pengajian dan penyelidikan mereka.

Selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua pelajar pascasiswazah sesi 2026/2027! ๐Ÿ’™๐Ÿ“š

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‘๐„๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐๐€/๐…๐€ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ—๐Ÿ‘๐Ÿ”KOTA KINABALU, 2 Oktober 2026 โ€“ Sesi Lawatan Akreditasi Penuh bagi Program ...
06/10/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐‘๐„๐ƒ๐ˆ๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐๐€/๐…๐€ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ—๐Ÿ‘๐Ÿ”

KOTA KINABALU, 2 Oktober 2026 โ€“ Sesi Lawatan Akreditasi Penuh bagi Program MQA/FA 15936 telah berlangsung dengan lancar pada 1 hingga 2 Oktober 2026 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara pengisian sesi lawatan ialah kunjungan delegasi MQA ke Perpustakaan Perubatan UMS bagi melihat kemudahan, koleksi serta perkhidmatan perpustakaan yang menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan akademik warga FPSK.

Lawatan ini melibatkan panel penilai dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diketuai oleh Prof. Dr. Yu Chye Wah, bersama Prof. Dr. Lela Hj Suut dan En. Azmeer Asraf bin Mohd Hussain.

Pihak UMS Medical Library dan seluruh warga FPSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi MQA atas komitmen, bimbingan dan penilaian profesional yang diberikan sepanjang sesi lawatan.

Terima kasih juga kepada seluruh staf dan pensyarah FPSK atas kerjasama serta komitmen padu dalam menjayakan sesi akreditasi ini.

Bersama-sama memperkukuh kecemerlangan dan kualiti akademik UMS.

30/09/2026

PERSIDANGAN PUSTAKAWAN BORNEO 2026

Persidangan Pustakawan Borneo 2026 kini sedang berlangsung dengan tema:

โ€œAI Dalam Inovasi, Literasi dan Transformasi Maklumat: Navigasi Pustakawan Masa Depanโ€

Persidangan ini berlangsung pada 29โ€“30 September 2026 (Rabuโ€“Khamis) bertempat di Ruang Majlis, Perpustakaan UMS.

Program ini menghimpunkan para pustakawan dan profesional maklumat bagi berkongsi ilmu, pengalaman serta perkembangan terkini dalam bidang kepustakawanan, khususnya berkaitan kecerdasan buatan (AI), literasi maklumat dan transformasi perkhidmatan perpustakaan.

โœจ Ayuh bersama-sama meneroka masa depan kepustakawanan yang lebih inovatif, dinamik dan berdaya saing!

Address

Medical Library, Block B, Level 2 & 3, Faculty Of Medicine & Health Sciences, Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:30 - 20:30
Tuesday 08:30 - 20:30
Wednesday 08:30 - 20:30
Thursday 08:30 - 20:30
Friday 08:30 - 20:30

Telephone

+6088329055

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMS Medical Library posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMS Medical Library:

Shortcuts

Share

Category