StatsSabah

Directions Website

StatsSabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from StatsSabah, Public & Government Service, Aras 1-3 Blok C Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2046, Kota Kinabalu.

Agensi utama Kerajaan Malaysia yang yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar statistik yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah merupakan agensi utama Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial Malaysia, terutama untuk negeri Sabah.

𝟐𝟐 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀...
22/09/2026

𝟐𝟐 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Encik Khairolnizam Hassan, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), bertempat di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Kunjungan ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan. Pertemuan tersebut turut membincangkan potensi perkongsian data dan maklumat bagi menyokong penyediaan serta penambahbaikan statistik Negeri Sabah. Selain itu, perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama bersempena Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026, khususnya melalui penganjuran Pertandingan Infografik dan Poster yang melibatkan warga pendidikan.

Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara DOSM Sabah dan JPNS, khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan data serta statistik dalam kalangan generasi muda.




𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 (𝐈𝐇𝐏) 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔Inflasi Sabah meningkat 1.8 % pada Ogos 2026.Sila layari laman web berikut untuk ma...
21/09/2026

𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 (𝐈𝐇𝐏) 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Inflasi Sabah meningkat 1.8 % pada Ogos 2026.

Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut:

𝐃𝐚𝐬𝐡𝐛𝐨𝐚𝐫𝐝 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚
https://open.dosm.gov.my/ms-MY/dashboard/consumer-prices

𝐃𝐚𝐬𝐡𝐛𝐨𝐚𝐫𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐫 (𝐏𝐀𝐊𝐖)
https://mypakw.dosm.gov.my/




🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi asas pembentukan Mal...
15/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia terus diperkukuh demi kemajuan serta kesejahteraan negara yang tercinta.

Mari bersama membina masa depan yang lebih gemilang berlandaskan data, fakta dan statistik yang berkualiti.

“𝑆𝑡𝑎𝑡𝑖𝑠𝑡𝑖𝑘 𝑁𝑎𝑑𝑖 𝐾𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛”

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah


‎
‎

📊✨ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 & 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐒 𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐇𝐒𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📈Sempena sambutan Hari St...
10/09/2026

📊✨ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 & 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐒 𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐇𝐒𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📈

Sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026 pada 20 Oktober 2026, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Infografik dan Stats Scientific Poster untuk murid dan pelajar sekolah kerajaan di seluruh Malaysia! 🇲🇾

🎨 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊
Terbuka kepada murid Sekolah Rendah Kerajaan Tahun 4, 5 dan 6

📊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐒 𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑
Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Harian Kerajaan Tingkatan 4, 5 dan 6

🗓️ 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧:
01 – 30 September 2026

Ayuh serlahkan kreativiti, pemikiran kritis dan kemahiran mengolah data melalui karya yang menarik dan berinformasi! 🌟

Anak-anak warga DOSM yang memenuhi syarat penyertaan turut dialu-alukan untuk menyertai dan memeriahkan pertandingan ini.

📌 Garis Panduan Pertandingan & Borang Penyertaan
Sila imbas kod QR pada poster hebahan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menghantar penyertaan.




𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗦 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙𝗜𝗖 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗛𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 📰Jabatan Perangkaan Malaysi...
02/09/2026

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗦 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙𝗜𝗖 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗛𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 📰

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjemput semua pelajar di seluruh Malaysia untuk menyertai Pertandingan Infografik dan Stats Scientific Poster bersempena Hari Statistik Negara (HSN) Tahun 2026 dengan Tema “Statistik Nadi Kehidupan”.

Pertandingan Infografik terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Kerajaan (Darjah 4, 5 dan 6) dan Pertandingan Stats Scientific Poster terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Harian Kerajaan (Tingkatan 4, 5 dan 6).
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil pengetahuan dan bakat pelajar dalam penghasilan Infografik dan Stats Scientific Poster yang merangkumi gabungan teks ringkas dengan jadual, graf, gambar dan format persembahan yang menarik dengan menggunakan data daripada DOSM. Selain itu, ianya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman statistik di peringkat sekolah.

📆 Tempoh penyertaan pada 1 – 30 September 2026
🎁 Hadiah menarik menanti anda! ✨
Kategori Pertandingan Infografik
RM300 + sijil tempat pertama
RM200 + sijil tempat kedua
RM100 + sijil tempat ketiga
RM50 + sijil saguhati x10

Kategori Pertandingan Stats Scientific Poster
RM900 + sijil tempat pertama
RM600 + sijil tempat kedua
RM300 + sijil tempat ketiga
RM150 + sijil saguhati x10
📜 Sijil Penghargaan akan disediakan kepada sekolah yang menghantar penyertaan!

Untuk maklumat lanjut:
📞 Hubungi: ‬03-8090 4502/ 03-8090 4507/ 03-8090 4513‬‬
📧 Emel: [email protected]







Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my
Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia
X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia
Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia
TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/
YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/
LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗦 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙𝗜𝗖 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗛𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 📰

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjemput semua pelajar di seluruh Malaysia untuk menyertai Pertandingan Infografik dan Stats Scientific Poster bersempena Hari Statistik Negara (HSN) Tahun 2026 dengan Tema “Statistik Nadi Kehidupan”.

Pertandingan Infografik terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Kerajaan (Darjah 4, 5 dan 6) dan Pertandingan Stats Scientific Poster terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Harian Kerajaan (Tingkatan 4, 5 dan 6).

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil pengetahuan dan bakat pelajar dalam penghasilan Infografik dan Stats Scientific Poster yang merangkumi gabungan teks ringkas dengan jadual, graf, gambar dan format persembahan yang menarik dengan menggunakan data daripada DOSM. Selain itu, ianya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman statistik di peringkat sekolah.

📆 Tempoh penyertaan pada 1 – 30 September 2026

🎁 Hadiah menarik menanti anda! ✨

Kategori Pertandingan Infografik
RM300 + sijil tempat pertama
RM200 + sijil tempat kedua
RM100 + sijil tempat ketiga
RM50 + sijil saguhati x10

Kategori Pertandingan Stats Scientific Poster
RM900 + sijil tempat pertama
RM600 + sijil tempat kedua
RM300 + sijil tempat ketiga
RM150 + sijil saguhati x10

📜 Sijil Penghargaan akan disediakan kepada sekolah yang menghantar penyertaan!

Untuk maklumat lanjut:
📞 Hubungi: ‬03-8090 4502/ 03-8090 4507/ 03-8090 4513‬‬
📧 Emel: [email protected]








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔🇲🇾 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐒𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔Jabatan...
31/08/2026

𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
🇲🇾 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐒𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kemeriahan di Kota Kinabalu.

Sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa Haji Aman serta turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir memeriahkan sambutan tersebut ialah YBrs. Encik Khairolnizam bin Hassan, Pengarah DOSM Sabah, sebagai tanda sokongan terhadap sambutan yang menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat cintakan negara.

Penyertaan kontinjen DOSM Sabah dalam perbarisan ini mencerminkan komitmen warga jabatan dalam menghayati nilai-nilai kemerdekaan, memperkukuh semangat perpaduan serta menzahirkan rasa cinta dan taat setia kepada negara.




🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambu...
30/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi. Semoga semangat cintakan negara terus mekar dalam sanubari setiap rakyat dan menjadi pemangkin untuk kita berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya tahan.




𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑...
29/08/2026

𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah telah menyertai pameran bersempena Seminar Kependudukan Sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2026 yang telah berlangsung di Dewan Rafflesia Politeknik, Kota Kinabalu.

Program yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kependudukan serta kepentingan data dan statistik dalam perancangan pembangunan yang mampan.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

DOSM Sabah turut mengambil peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan statistik jabatan serta berkongsi maklumat berkaitan peranan statistik dalam menyokong perancangan dan pembuatan keputusan berasaskan data.

‎
‎
‎

𝟐𝟔 – 𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔 - 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐃𝐎𝐒𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Sesi Semaka...
29/08/2026

𝟐𝟔 – 𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔 - 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐃𝐎𝐒𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Sesi Semakan Kualiti Borang Banci Ekonomi (BE) 2026 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2026 di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah.

Sesi ini telah dihadiri oleh empat orang pegawai yang diketuai oleh Puan Noraliza Mohamad Ali, Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Akaun Negara. Turut hadir ialah wakil daripada bahagian-bahagian lain di Ibu Pejabat DOSM, iaitu Encik William Chin, Encik Wan Mohd Saufi Wan Ghazali dan Puan Wan Nurul Naqiah Mansor.

Pelaksanaan sesi ini bertujuan memastikan kualiti data Banci Ekonomi 2026 berada pada tahap yang ditetapkan melalui semakan terperinci terhadap borang-borang yang telah diterima. Fokus utama sesi adalah untuk melaksanakan semakan konsistensi bagi pemboleh ubah yang telah dikenal pasti, di samping memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan terhadap sebarang ralat atau ketidakselarasan yang dikesan sepanjang proses semakan.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan DOSM dalam memastikan penghasilan statistik ekonomi yang tepat, berkualiti dan boleh dipercayai bagi menyokong keperluan perancangan, penggubalan dasar serta pembangunan negara.

‎
‎
‎


𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛  ‎‎Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Sempena sambutan Maulidur Ra...
24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛
‎
‎Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
‎
‎Marilah kita bersama-sama menghayati sirah perjuangan Baginda SAW, meneladani akhlak yang mulia serta memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.
‎
‎
‎
‎

Address

Aras 1-3 Blok C Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2046
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when StatsSabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share