Hasnol Ayub

Directions

Hasnol Ayub Socio-Technocrat | A Public Thinker

> إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh rasa dukacita, saya serta keluarga mengucapkan salam takziah ke...
28/09/2026

> إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, saya serta keluarga mengucapkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Negara kehilangan seorang tokoh wanita yang telah mencurahkan jasa dan bakti kepada masyarakat serta negara.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terbina atas perpaduan...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terbina atas perpaduan, saling menghormati dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita terus memelihara keharmonian serta memperkukuh semangat persaudaraan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, demi sebuah Malaysia yang aman, maju dan sejahtera.

Sebagai rakyat Sabah, kita akan terus melangkah bersama dalam mempertahankan kepentingan negeri, memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Membina Masa Depan Malaysia.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh keluarga besar UMNO Malaysia Dan khususnya Negeri Sabah yang h...
12/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh keluarga besar UMNO Malaysia Dan khususnya Negeri Sabah yang hadir dan bersama-sama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Kehadiran serta semangat saudara dan saudari dari Sabah menjadi bukti bahawa perjuangan UMNO terus subur di bumi Sabah, dengan akar umbi yang kukuh dan kesetiaan yang tidak pernah luntur.

Pulanglah ke negeri dan kawasan masing-masing dengan semangat baharu, amanat yang jelas dan tekad yang lebih kuat untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi.

Semoga ukhuwah dan kebersamaan yang terjalin di PAU 2026 terus menjadi kekuatan untuk kita melangkah menghadapi cabaran dan medan PRU16.

Terima kasih UMNO Sabah.
Terus Bersatu, Bersetia, Berkhidmat!

UMNO Dulu, Kini dan Selamanya.




DAY 1 | PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2026 Hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2026 membuka ruang untuk kita bersama-s...
11/09/2026

DAY 1 | PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2026

Hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2026 membuka ruang untuk kita bersama-sama menghayati amanat, memperkukuh perpaduan dan menyusun langkah demi masa depan parti serta rakyat.

Bukan sekadar perhimpunan, tetapi medan untuk kita bermuhasabah, mendengar suara akar umbi dan memperteguh tekad untuk terus berkhidmat.

UMNO terus melangkah.
Demi agama, bangsa dan tanah air.

Menghadiri Taklimat Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangka...
09/09/2026

Menghadiri Taklimat Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, pada 9 September 2026, jam 3.00 petang.

Taklimat yang penuh dengan amanat dan pandangan dalam memperkukuh perjuangan serta kesatuan UMNO.

SELAMAT BERSIDANGKepada seluruh Perwakilan UMNO dari segenap pelosok negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026.Semoga p...
08/09/2026

SELAMAT BERSIDANG

Kepada seluruh Perwakilan UMNO dari segenap pelosok negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Semoga persidangan ini menjadi medan menyatukan fikrah, memperkukuh saf perjuangan dan memperteguh tekad dalam membawa suara serta aspirasi akar umbi.

Dalam setiap perbezaan pandangan, biarlah kepentingan parti dan rakyat menjadi keutamaan. Teruslah melangkah dengan penuh kesetiaan, kebijaksanaan dan keberanian demi mempertahankan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Semoga segala perbahasan, pandangan dan keputusan yang dicapai membawa UMNO ke arah masa depan yang lebih kukuh, dihormati dan diyakini rakyat.

Bersatu dalam perjuangan,
Setia pada amanah,
Teguh demi masa hadapan.

SELAMAT BERSIDANG
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026

Selamat ulang tahun buat Tuan Sufian Abdul Karim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah. Semoga dipanjangkan usia, d...
04/09/2026

Selamat ulang tahun buat Tuan Sufian Abdul Karim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah.

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus diberi kekuatan untuk terus berkhidmat.

Ikhlas daripada Datuk Hj Mohd Hasnol bin Datuk Ayub.

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Perkahwinan anakanda kepada Saudara Mohd Amri Mohd Som Ahli Jawatankuasa UM...
31/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Perkahwinan anakanda kepada Saudara Mohd Amri Mohd Som Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu, di Kampung Sungai Rotan 1, Jelebu, Negeri Sembilan.

Turun hadir YB Siow Kong Choon Adun Chennah EXCO Negeri Sembilan, YB Tuan Danni bin Rais Adun Klawang, YBhg Datuk Aziz Julkarnain Setiausaha Politik Kepada TPM l .

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Amirul & Syafiqah. Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini, dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, serta dipermudahkan segala urusan kehidupan bersama.

Terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga majlis berlangsung dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.

Sempena Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Sabah 2026, marilah kita mengenang dengan penuh rasa syukur segala pengorbanan ge...
31/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Sabah 2026, marilah kita mengenang dengan penuh rasa syukur segala pengorbanan generasi terdahulu yang telah meletakkan asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah peristiwa dalam sejarah, tetapi satu amanah untuk kita terus mempertahankan keharmonian, memperkukuh perpaduan dan memastikan setiap rakyat mempunyai peluang untuk menikmati kemajuan.
Bagi kita di Sabah, kekuatan terbesar adalah kebersamaan.

Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, kita telah sekian lama hidup sebagai sebuah keluarga yang saling menghormati dan saling melengkapi.

Inilah nilai yang harus kita pertahankan dan wariskan kepada generasi akan datang.
Marilah kita terus bekerja bersama, mendahulukan kepentingan rakyat dan membina Sabah yang lebih maju, sejahtera serta bermaruah dalam sebuah Malaysia yang aman dan makmur.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Sabah 2026.

Demi rakyat, demi Sabah, demi Malaysia yang kita cintai.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tahniah kepada 25 Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) atas Amanah yang diberikan.Terus berkhidmat demi kepe...
30/08/2026

Tahniah kepada 25 Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) atas Amanah yang diberikan.

Terus berkhidmat demi kepentingan rakyat sabah.

Address

Unit 8-8, Tingkat 8, Menara MAA, Lorong Api-Api Centre 1
Kota Kinabalu
88000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasnol Ayub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category