PPRPD Kontinjen Sabah

Directions

PPRPD Kontinjen Sabah Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Tahukah anda bahawa warna dan lencana beret dalam PDRM mempunyai p...
24/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Tahukah anda bahawa warna dan lencana beret dalam PDRM mempunyai perbezaan mengikut pasukan serta penugasan tertentu?

Setiap beret melambangkan identiti pasukan yang berbeza, termasuk pasukan gerakan khas, tugas am, polis marin dan pasukan simpanan.

Jom kenali perbezaan beret dalam PDRM melalui perkongsian ini! 🇲🇾👮🏻

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Polis Sabah, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Kota Kinabalu, 23 Oktober 2026 – Satu mesyua...
24/10/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Kota Kinabalu, 23 Oktober 2026 – Satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan program Hi-Tea sempena persaraan YDH Datuk Pesuruhjaya Polis Sabah telah diadakan di Mes Pegawai Rendah Polis (PRP), PPRPD Kontinjen Sabah.

Mesyuarat tersebut membincangkan tentatif program, penyediaan cenderamata dan pembahagian tugas bagi memastikan kelancaran majlis.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Polis Sabah,Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇APA ITU PPRPD?Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) merupakan persatuan yan...
22/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

APA ITU PPRPD?

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) merupakan persatuan yang mewakili Pegawai Rendah Polis dalam memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan ahli.

PPRPD turut berperanan sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga Pegawai Rendah Polis.

Melalui pelbagai inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan, PPRPD Kontinjen Sabah komited untuk terus membawa semangat kebersamaan dan keprihatinan demi kepentingan ahli.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia, Polis Sabah,

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍KOTA KINABALU, 20 Oktober 2026 – ...
20/10/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍

KOTA KINABALU, 20 Oktober 2026 – PPRPD Kontinjen Sabah menzahirkan ucapan takziah kepada Sjn Petrus Thaddieus @ Bius atas pemergian bapa mentuanya, mendiang Alexander Yapp @ Alexander Osmund, berusia 81 tahun.

Mendiang telah meninggal dunia pada 18 Oktober 2026, jam 11.38 malam di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Dalam kesempatan ini, Sjn Hi**er bin Armebi hadir mewakili PPRPD Kontinjen Sabah untuk menyampaikan ucapan takziah serta sumbangan kebajikan daripada PPRPD Kontinjen Sabah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada ahli serta keluarga yang sedang berduka.

PPRPD Kontinjen Sabah merakamkan simpati kepada seluruh keluarga mendiang. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini, serta roh mendiang ditempatkan dalam damai dan kasih Tuhan.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Polis Sabah, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

19/10/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀

Perwakilan PPRPD Kontinjen Sabah telah membentangkan lapan usul berkaitan kebajikan dan kepentingan anggota dalam Persidangan Agung Tahunan PPRPD Malaysia Kali Ke-95 Sesi 2025/2027 di Port Dickson.

Usul-usul yang dikemukakan memberi fokus kepada penambahbaikan kemudahan, elaun, pengiktirafan dan kesejahteraan Pegawai Rendah Polis.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia, Polis Sabah

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐈𝐏𝐃 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍PAPAR, 18 Oktober 2026 – PPRPD Kontinjen Sabah menzahirk...
18/10/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐈𝐏𝐃 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍

PAPAR, 18 Oktober 2026 – PPRPD Kontinjen Sabah menzahirkan ucapan takziah kepada Kpl/D Abd. Rahim bin Md. Aspah, anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar, atas pemergian bapa kandungnya, Allahyarham Md. Aspah bin Sandukong, berusia 74 tahun.

Allahyarham telah meninggal dunia pada 18 Oktober 2026, jam 3.45 pagi di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, dan selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keramat, Likas.

Dalam masa yang sama, wakil PPRPD IPD Papar turut mengadakan ziarah kebajikan terhadap anak beliau, Sofea Danisha binti Abd. Rahim, berusia dua tahun, yang sedang menerima rawatan di Wad Kanak-kanak, Hospital Papar.

Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengerusi PPRPD Papar, Sjn Mustifin bin Wahid bersama Kpl Faizal bin Bacho. Dalam kunjungan berkenaan, sumbangan ikhlas turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian.

PPRPD IPD Papar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan. Semoga Sofea Danisha juga dikurniakan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇  𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 ...
17/10/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 – Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Malaysia Kali Ke-95 Sesi 2025/2027 telah berlangsung di Ballroom, Villea Hotel, Port Dickson, dengan penyertaan perwakilan PPRPD dari seluruh kontinjen, briged dan formasi.

Dalam persidangan tersebut, perwakilan PPRPD Kontinjen Sabah telah membentangkan lapan usul berkaitan kebajikan dan kepentingan anggota, meliputi pembekalan baju sejuk, penempatan pasangan suami isteri PDRM, elaun pemangkuan pangkat, gaji minimum pelatih konstabel, pewujudan Bar Perkhidmatan 40 Tahun, elaun bagi anggota yang memegang jawatan secara sandaran, Penghakikian bagi Jawatan Sandaran, serta kajian semula kadar Elaun BIMLTK.

Pembentangan usul-usul ini bertujuan mendapatkan perhatian dan pertimbangan pihak Kepimpinan PDRM bagi penambahbaikan kemudahan, pengiktirafan serta kebajikan anggota PDRM.

PPRPD Kontinjen Sabah berharap agar usul-usul yang dikemukakan dapat dipertimbangkan sewajarnya demi memastikan hak, kebajikan dan kesejahteraan anggota Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia terus terbela.

, Polis Sabah,

Foto : Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐊𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 – Majlis Perasmian Per...
16/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐊𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 – Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara, bertempat di Hotel Villea Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam amanat perasmiannya, Ketua Polis Negara menekankan tiga fokus utama, iaitu pemerkasaan Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi, pengukuhan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah, dan pemantapan kebajikan warga PDRM.

Turut hadir ialah YDH DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis Negara, pengarah-pengarah jabatan PDRM serta Ketua-Ketua Polis Negeri.

PPRPD Kontinjen Sabah diwakili oleh empat orang perwakilan, iaitu SM Rozman bin Abd Latip, SJN Samsir bin Sinabu, KPL Nurul Masytah binti Mohd Jalani dan KPL Imran Simon.

Persidangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju persatuan, meningkatkan profesionalisme serta memperjuangkan kebajikan warga PDRM.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Polis Sabah, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋SANDAKAN, 10 Oktober...
16/10/2026

𝐏𝐏𝐑𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋

SANDAKAN, 10 Oktober 2026 – PPRPD IPD Kinabatangan telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi menziarahi dua anggota PDRM yang sedang menerima rawatan akibat kemalangan jalan raya.

Lawatan tersebut melibatkan Sjn Jamdin Gidah dari Cawangan KDNKA dan Konst Soperday bin Muhammad dari Bahagian Logistik IPD Kinabatangan. Kedua-dua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Dalam lawatan berkenaan, Pengerusi PPRPD IPD Kinabatangan, Sjn Mohd Saiful bin Abd Samat, telah menyampaikan sumbangan kebajikan daripada PPRPD Kontinjen Sabah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada anggota yang sedang menjalani rawatan.

PPRPD Kontinjen Sabah mendoakan agar kedua-dua anggota dikurniakan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan.

BERSATU • BERJUANG • BERBAKTI

, Polis Sabah, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia

16/10/2026

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kota Kinabalu
88560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPRPD Kontinjen Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share