UPPM N.23 Petagas

Directions

UPPM N.23 Petagas Selamat Datang ke Saluran Rasmi UPPM N.23 Petagas | Info �Aktiviti�Khidmat Masyarakat

❤️ ZIARAH KASIH BERSAMA KEBAJIKAN DI KAMPUNG TALANG TAUNUPPM N.23 Petagas bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Putatan t...
30/09/2026

❤️ ZIARAH KASIH BERSAMA KEBAJIKAN DI KAMPUNG TALANG TAUN

UPPM N.23 Petagas bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Putatan telah mengadakan Ziarah Kasih dengan mengunjungi empat (4) orang anak yatim piatu di Kampung Talang Taun.

Dalam kunjungan ini, kami turut meninjau keadaan dan keperluan keluarga, khususnya adik bongsu yang merupakan seorang OKU, serta mengenal pasti bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Semoga kunjungan kecil ini dapat memberi sedikit kekuatan, perhatian dan sinar harapan kepada keluarga yang diziarahi. ❤️

UPPM N.23 Petagas — Sentiasa Prihatin, Sentiasa Bersama Masyarakat.

🎉 SELAMAT HARI LAHIRSetinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepadaYBhg. Datuk Awang Kadin Tang, JPPengarah Unit Pemimp...
28/09/2026

🎉 SELAMAT HARI LAHIR

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada
YBhg. Datuk Awang Kadin Tang, JP
Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat.

Barakallahu fi ‘umrik. Aamiin. 🤲

Ikhlas daripada,
UPPM N.23 PETAGAS

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗶𝘂𝗰𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮

YBhg. Datuk Awang Kadin Tang JP,
Pengarah,
Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang panjang, rezeki yang melimpah ruah, sentiasa bahagia bersama orang-orang yang tersayang, serta semoga terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan amanah serta kepimpinan demi kesejahteraan masyarakat dan negeri Sabah.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُ فِي عُمْرِهِ وَرِزْقِهِ وَصِحَّتِهِ

"Ya Allah, berkatilah usianya, rezekinya dan kesihatannya.”

Barakallahu fii umrik. Aamiin Ya Rabbal Alamin.🤲🏻🤲🏻



#𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡𝐌𝐚𝐣𝐮𝐉𝐚𝐲𝐚

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MEMERLUKANUPPM N.23 Petagas yang diwakili Puan Rosmina Selaku Pemaju Mukim Petagas telah menye...
24/09/2026

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MEMERLUKAN

UPPM N.23 Petagas yang diwakili Puan Rosmina Selaku Pemaju Mukim Petagas telah menyerahkan sumbangan daripada YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Hj. Awang Sahari, ADUN N.23 Petagas, kepada keluarga yang sedang berdepan kesukaran akibat masalah kesihatan dan kekangan kewangan.

Sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga dalam menampung keperluan harian serta kos ulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat dan sedikit kelegaan kepada keluarga yang memerlukan. Keprihatinan dan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi perhatian.

UPPM N.23 PETAGAS
Prihatin, Dekat dan Bersama Masyarak

23/09/2026
TURUN PADANG MENINJAU ADUAN PENDUDUK KG.📍Lawatan Ke Kawasan Kg. Serigai 7 Berhubung Aduan PerparitanPemaju Mukim Papason...
23/09/2026

TURUN PADANG MENINJAU ADUAN PENDUDUK KG.

📍Lawatan Ke Kawasan Kg. Serigai 7 Berhubung Aduan Perparitan

Pemaju Mukim Papason N.23 Petagas telah melaksanakan lawatan turun padang ke kawasan Kg. Serigai 7 bagi meninjau keadaan semasa susulan aduan yang diterima daripada penduduk berhubung permasalahan sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati keadaan perparitan di lokasi tersebut memerlukan perhatian dan tindakan lanjut bagi memastikan aliran air dapat berfungsi dengan baik serta tidak menjejaskan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

UPPM N.23 Petagas mengambil maklum berhubung aduan yang dikemukakan dan akan membawa perkara ini kepada pihak serta agensi berkaitan untuk tindakan dan penelitian selanjutnya, tertakluk kepada bidang kuasa dan keperluan teknikal di lokasi.

Pihak UPPM N.23 Petagas akan terus memantau perkembangan aduan ini bagi memastikan isu yang dibangkitkan oleh penduduk mendapat perhatian sewajarnya.

23/09/2026

Kunjungan Lawatan Kerja Datuk YB Lo Su Fui Timbalan Menteri Wilayah Ke Daerah Putatan

📍SAN Petagas

23/09/2026

Kunjungan Lawatan Kerja Datuk YB Lo Su Fui Timbalan Menteri Wilayah Ke Daerah Putatan

📍Masjid Dhuyufur Rahman Kg Lok Kawi Baru

📌 MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KERJA YB DATUK LO SU FUI KE DAERAH PUTATAN 22 September 2026 | SelasaUPPM N.23 Petagas tela...
23/09/2026

📌 MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KERJA YB DATUK LO SU FUI KE DAERAH PUTATAN

22 September 2026 | Selasa

UPPM N.23 Petagas telah turut serta dalam Lawatan Kerja YB Datuk Lo Su Fui ke Daerah Petagas yang melibatkan kunjungan ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Petagas serta Masjid Dhuyufur Rahman, Lok Kawi Baru.

Lawatan di SAN Petagas dimulakan dengan sesi tinjauan sekitar kawasan sekolah, diikuti ucapan alu-aluan, ucapan utama serta ucapan khas. Program turut diserikan dengan penyerahan beg sekolah kepada para penerima sebelum rombongan bergerak ke Lok Kawi Baru.

Seterusnya, rombongan meneruskan kunjungan ke Masjid Dhuyufur Rahman, Lok Kawi Baru, dengan sesi ramah mesra dan penyampaian ucapan oleh wakil-wakil yang hadir.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Awang Sahari, ADUN N.23 Petagas merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah, serta YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P.173 Putatan.

Lawatan ini mencerminkan usaha berterusan dalam meninjau keadaan semasa serta mendekati institusi pendidikan dan komuniti setempat di kawasan Petagas.

UPPM N.23 Petagas akan terus komited dalam membantu menyampaikan maklum balas serta keperluan masyarakat demi kesejahteraan komuniti setempat.







LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK BERSAMA WAKIL RAKYAT DAERAH PUTATANPUTATAN | 21 September 2026UPPM N.23 Petagas hadir mewakili...
22/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK BERSAMA WAKIL RAKYAT DAERAH PUTATAN

PUTATAN | 21 September 2026

UPPM N.23 Petagas hadir mewakili Encik Shamsur bin Zulkifli, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.23 Petagas, bersama-sama dalam Lawatan Pemantauan Projek Bersama Wakil Rakyat Daerah Putatan yang melibatkan beberapa projek pembangunan di sekitar daerah Putatan.

Lawatan ini turut melibatkan YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Awang Sahari, ADUN N.23 Petagas merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) yang diwakili oleh Tuan Pg Mohd Shahif bin Pg Tinggal, Pegawai Perhubungan ADUN N.23 Petagas.

Antara lokasi yang telah dilawati adalah:

📍 Bangunan Pasar Kraftangan Putatan
📍 Projek Skim Pembentungan Putatan
📍 Projek Sekolah Daif di SK Tansau Fasa 2, Putatan
📍 Projek Membina Jambatan dan Jalan Tuju Kg. Tengah Padang, Petagas
📍 Projek Lebuhraya Pan Borneo, Sabah – WP06 Menaiktaraf Jalan dari Putatan ke Inanam

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa projek, mengenal pasti isu serta keperluan di lapangan dan memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

17/09/2026

Address

1st Floor, Lot 6, Blok A, Putatan Central Plaza, Batu 6 Jalan Putatan
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.23 Petagas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share