13/10/2026
Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jaminan Kualiti Akademik Bil. 1/2026 ke-6 pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 2.30 petang, yang dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Dato Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor UNIMAS. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj. Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Ir. Dr. Siti Noor Linda binti Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), serta dekan-dekan fakulti dan pengarah pusat serta institut.
Antara agenda yang dibincangkan ialah Pelaporan Swaakreditasi oleh Dr Tharshini Sivabalan, Pelaporan Pencapaian KPI dan SSI Survey oleh Dr. Agatha Lamentan Muda, Pelaporan Pengurusan Akreditasi oleh Dr. Aidil Azli Alias serta Pelaporan Pengurusan Pematuhan Akreditasi dan Penilaian Semula Kurikulum Program oleh Dr Nurul Syuhada Ismail.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk meneliti perkembangan semasa, memantau pencapaian dan memperkukuh pelaksanaan inisiatif jaminan kualiti akademik secara berterusan demi memastikan kecemerlangan akademik UNIMAS.