30/07/2026
BANTUAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA
Kota Tinggi, 30 Julai 2026 – Dalam perjalanan menghadiri satu program di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, SM Mohammad Aizat Bin Ahmad, Ketua Polis Balai Kuala Sedili bersama anggota Balai Polis Kuala Sedili telah berhenti bagi membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan.
Tindakan tersebut mencerminkan keprihatinan warga PDRM dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira keadaan, selaras dengan semangat "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."