19/10/2026
MINUMAN โZEROโ LEBIH BAIK DARIPADA MINUMAN BERGULA?
Ramai yang mula beralih kepada minuman berlabel Zero Sugar atau Zero, terutama minuman berkarbonat seperti cola.
Tetapi ada juga yang mengatakan minuman โZeroโ sama sahaja bahayanya dengan minuman bergula kerana mengandungi pemanis tiruan.
Jadi, betulkah minuman โZeroโ pilihan yang lebih baik?
Jawapannya, YA. Dari sudut pengambilan gula dan kalori.
Minuman berkarbonat biasa boleh mengandungi lebih 30 gram gula dalam satu tin 330 ml, bergantung pada formulasi.
Sebaliknya, minuman โZero Sugarโ lazimnya mengandungi 0 gram gula dan sangat sedikit atau hampir sifar kalori.
Ini bermakna, apabila anda menggantikan minuman bergula dengan versi โZeroโ, anda boleh mengurangkan pengambilan gula dan kalori harian.
BAGAIMANA MINUMAN โZEROโ MASIH BOLEH RASA MANIS?
Kebanyakan minuman ini menggunakan pemanis bukan gula seperti aspartame, sucralose atau acesulfame potassium.
Pemanis yang diluluskan telah melalui penilaian keselamatan dan dianggap selamat apabila diambil dalam had yang ditetapkan.
Ia juga secara umumnya tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah seperti gula biasa.
TETAPI, ADA PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI.
โ Minuman โZeroโ bukan bermaksud minuman yang menyihatkan secara keseluruhan.
โ Minuman berkarbonat โZeroโ masih berasid dan pengambilan yang kerap boleh menyumbang kepada hakisan enamel gigi.
โ Menukar kepada minuman โZeroโ tidak semestinya menyebabkan berat badan turun jika jumlah kalori daripada makanan lain masih berlebihan.
pemanis bukan gula sebagai strategi utama untuk mengawal berat badan dalam jangka panjang.
Jika anda sudah biasa minum minuman berkarbonat manis setiap hari, bertukar kepada versi โZeroโ boleh menjadi langkah peralihan yang baik.
Tidak perlu rasa bersalah kerana memilih alternatif yang kurang gula dan kalori.
Namun, jangan jadikan label โZeroโ sebagai alasan untuk mengambilnya secara berlebihan. Semak juga label pemakanan kerana formulasi setiap produk mungkin berbeza.
Air kosong tetap pilihan terbaik untuk diminum setiap hari.
Ingat, minuman โZeroโ bukan bebas semua risiko. Tetapi ia boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding minuman tinggi gula.
Matlamat akhirnya bukan untuk bergantung kepada minuman โZeroโ selama-lamanya, tetapi membiasakan diri dengan rasa yang kurang manis.
Public Health Malaysia