21/10/2026
📍 AADK DAERAH KOTA TINGGI
📌 Pameran Antidadah Sempena Program RISK INTEGRITY SECURITY RISE 2026 anjuran PETRONAS 🔐
Pada 20 Oktober 2026, AADK Daerah Kota Tinggi telah menjayakan Pameran Antidadah sempena Program RISK INTEGRITY SECURITY R.I.S.E 2026 anjuran PETRONAS yang berlangsung di Pengerang Integrated Complex (PIC), Johor.
Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan Pengerang Integrated Complex mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, rokok, v**e dan bahan terlarang. Di samping itu, pengunjung turut diberikan pendedahan berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah, trend penyalahgunaan dadah semasa serta langkah-langkah pencegahan melalui pelbagai bahan pameran dan sesi perkongsian maklumat.
Pameran ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada pelbagai agensi kerajaan lain yang bersama-sama menjayakan program dengan berkongsi maklumat, pengalaman serta menyampaikan mesej pencegahan kepada para pengunjung sepanjang dua hari program berlangsung.
📝 Aktiviti yang telah dijalankan:
✅ Pameran Antidadah
✅ Walking Message
✅ Edaran Risalah
✅ Edaran Poster
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PETRONAS, selaku penganjur Program RISK INTEGRITY SECURITY R.I.S.E 2026, atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada AADK Daerah Kota Tinggi untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Tidak dilupakan juga kepada pihak urus setia, para peserta serta pengunjung yang telah memberikan sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara AADK, PETRONAS dan pihak industri akan terus diperkukuhkan dalam memperluaskan usaha pendidikan pencegahan dadah, sekali gus melahirkan persekitaran kerja yang lebih sihat, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.
💚 “Bersama Memperkasa Pencegahan, Membudayakan Gaya Hidup Sihat dan Membina Komuniti Bebas Dadah.”