Pejabat Pertanian Daerah Langkawi

Directions

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi Official Page of Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Kedah

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H | 2026M buat semua petani - petani dan usahawan Daerah L...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H | 2026M buat semua petani - petani dan usahawan Daerah Langkawi.

Ikhlas daripada Pegawai Pertanian Daerah dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi.





Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H / 2026M
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H / 2026M

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan yang mulia ini, warga Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakan-rakan strategik atas komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang masa.

Semoga Syawal yang menjelang ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim antara kita semua. Diharapkan juga agar semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan sektor pertanian serta kemajuan negeri Kedah.

Pergi ke bendang menuai padi,
Singgah sebentar di tepi t**i,
Syawal menjelang penuh diberkati,
Maaf dipohon seikhlas hati.

Anak desa memetik mangga,
Dibawa pulang ke rumah bonda,
Andai tersalah kata dan juga bahasa,
Ampun dan maaf dipinta semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Kedah

06/03/2026

“Semoga keberkatan Nuzul Al-Quran menguatkan iman, menyuburkan akhlak dan menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.”





Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak

🌙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 1447𝐇🌙

Sempena ketibaan 1 Ramadan 1447H bersamaan 19 Februari 2026, Pengarah Pertanian Negeri Kedah serta seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat, serta memperkukuh keimanan dan keikhlasan kita dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran yang dijanjikan dan menjadikan Ramadan sebagai medan memperbaiki diri serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada :
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Kedah

𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 2026‼️𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦PEJABAT PERTANIAN DAERAH LANGKAWI DAN JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH ...
04/01/2026

𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 2026‼️

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦
PEJABAT PERTANIAN DAERAH LANGKAWI DAN
JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH TAHUN 2026

📌 Pelbagai kursus berfokuskan peningkatan kemahiran, aplikasi teknologi serta pembangunan sektor pertanian disediakan bagi Tahun 2026.

📣 Makluman Penting
Kursus bagi Sukuan Pertama (Januari – Mac 2026) telah dibuka!

👉 Maklumat lengkap kursus boleh diakses melalui:
🔗 Pautan https://plpkedah.my.canva.site/sistempermohonankursus
📲 Atau imbas Kod QR yang tertera pada poster

📍 Penyertaan Kursus

Terbuka kepada Usahawan Tani, Usahawan Asas Tani dan orang ramai yang berminat.

✨ Jangan lepaskan peluang. Kuota adalah terhad.





🗓️06 November 2025 | Khamis | 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚📍Sekolah Kebangsaan Penghulu AhmadPejabat Pertanian Daerah La...
15/11/2025

🗓️06 November 2025 | Khamis | 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚
📍Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi dijemput untuk merasmikan Laman Barakah Minda Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi.

Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad merupakan penerima insentif daripada Pejabat Pertanian Daerah Langkawi. Insentif yg diterima adalah Insentif Pertanian Komuniti iaitu set hidroponik.

Pejabat Pertanian Langkawi dijemput untuk merasmikan set hidroponik yang telah ditanam dengan tanaman kangkung oleh Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad dan Encik Mohd Khozaid bin Mansor Pegawai Pertanian Daerah Langkawi telah merasmikan program tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut Puan Norsharmira binti Abd Rahman Desk Officer Pertanian Komuniti Daerah Langkawi dan Puan Noraini binti Abdul Rahman APT Mukim Kuah, Ulu Melaka & Kedawang.






𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 & 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 202503 November 2025 | Alor Setar - Majlis Apresiasi & Anugerah...
09/11/2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 & 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 2025

03 November 2025 | Alor Setar - Majlis Apresiasi & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Pertanian Negeri Kedah 2025 menjadi simbol penghargaan terhadap usaha gigih, kesetiaan dan semangat luar biasa warga jabatan yang terus menjadi tulang belakang kemajuan sektor pertanian negeri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah, En. Rozaidi bin Abdul Rahman, yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua warga jabatan atas dedikasi dan sumbangan berterusan dalam memperkukuh sektor pertanian negeri.

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi merangkul tiga anugerah :

1. Encik Mohd Ridzuan bin Hamid (Pembantu Khidmat Am H1) mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

2. Puan Noraini binti Abdul Rahman (Penolong Pegawai Pertanian G5) mendapat Tempat Kedua Pertandingan Agen Pengembangan Tanaman (APT) Inovatif Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Kedah Tahun 2025

3. Encik Anas Nazeer bin Nazri (Penolong Pegawai Pertanian G5) mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Inovatif Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Kedah Tahun 2025

Sesungguhnya, kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, berintegriti dan berinovasi seiring usaha mengangkat martabat sektor pertanian negeri dan negara.





🗓️26 Oktober 2025 | Ahad | 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐊 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢📍Pejabat Pertanian Daerah LangkawiPejabat Pertanian Daerah Langkaw...
09/11/2025

🗓️26 Oktober 2025 | Ahad | 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐊 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢
📍Pejabat Pertanian Daerah Langkawi

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Langkawi.

Tujuan lawatan adalah untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman serta peluang kepada murid - murid mengenai inovasi pertanian sebelum menyertai pertandingan inovasi yang akan diadakan di angkasapuri RTM.






🗓️24 Oktober 2025 | Jumaat | 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚📍Langkawi Bowling Jeti KuahWargakerja Pejabat Pertanian Daerah Langkawi da...
07/11/2025

🗓️24 Oktober 2025 | Jumaat | 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
📍Langkawi Bowling Jeti Kuah

Wargakerja Pejabat Pertanian Daerah Langkawi dan Pusat Pertanian Padang Matsirat bersama - sama keluarga mengadakan aktiviti Indoor Sport (Bowling) Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2025.






🗓️16 Oktober 2025 | Khamis | 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 & 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa dan Hasil...
22/10/2025

🗓️16 Oktober 2025 | Khamis | 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 & 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚

Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa dan Hasilan Kelapa telah dijalankan di Pusat Pertanian Padang Matsirat, Langkawi.

Kursus terakhir tahun 2025 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Langkawi telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Pertanian Padang Matsirat Encik Mohd Khairul Fathir bin Talha dan Penolong Pengurus Encik Abdul Arif bin Zakaria.

Kursus Hasilan Kelapa iaitu Hasilan Minyak Kelapa Dara telah diberikan oleh Mantan Penolong Pegawai Pertanian Daerah Langkawi Encik Tajudin bin Ismail.

Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada peserta - peserta yang hadir kursus tanaman kelapa pada kali ini dan juga penglibatan daripada petani luar Daerah Langkawi. Pihak Pejabat Pertanian Langkawi mohon maaf andai ada kekurangan selama kursus berlangsung.

Kita jumpa di slot kursus pada tahun 2026!!👋🏻






14/10/2025

Untuk makluman, kehadiran bagi Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa & Hasilan Kelapa telah penuh dan melebihi kuota. Pejabat Pertanian Langkawi mohon maaf kepada semua yang menghubungi untuk mendaftar kursus tersebut🙌🏻

Address

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Pusat Pertanian Mata Ayer
Kuah
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share