JKR Hulu Terengganu

Directions Website

JKR Hulu Terengganu Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Terengganu JKR Daerah Hulu Terengganu diketuai oleh Ir. Mohd Khairie Bin Hasan selaku Jurutera Daerah.

JKR Daerah Hulu Terengganu merupakan jabatan pelaksana dan nadi pembangunan kepada Daerah Hulu Terengganu. Selain daripada merancang , merekabentuk, melaksana, menyelia dan memantau projek-projek pembangunan dan kerja senggaraan persekutuan dan negeri.

JKR Hulu Terengganu juga memberikan nasihat teknikal kepada jabatan dan agensi kerajaan dalam daerah Hulu Terengganu. Terdapat beberapa bahagian di JKR Daerah Hulu Terengganu seperti berikut:

Bahagian Jalan : Merancang, mengawasi projek pembangunan jalan dan infrastruktur negeri dan persekutuan.

Bahagian Bangunan: Merancang dan mengawasi projek pembangunan bangunan dan pelajaran negeri dan persekutuan

Senggara : Menyenggara aset Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti bangunan, jalan dan jambatan.

Elektrik : Mengawasi kerja letrik untuk projek pembangunan

02/11/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 21/2026 : LARANGAN MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM ATAU GERAKAN YANG MENGANCAM NEGARA Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Kementerian Kerja Raya Malaysia

02/11/2026
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌.𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗟𝗔𝗧/𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 !!Perhatian kepada semua pengguna jalan raya yang melalui laluan ajil-bukit besi, mo...
21/10/2026

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌.

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗟𝗔𝗧/𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 !!
Perhatian kepada semua pengguna jalan raya yang melalui laluan ajil-bukit besi, mohon ambil maklum tentang RALAT/PINDAAN tarikh Penjadualan Semula Bagi kerja-kerja Lauching Beam untuk menggantikan jambatan FT014/141/30 Sungai Pela, Hulu Terengganu.

MENGGANTIKAN JAMBATAN FT014/141/30 SUNGAI PELA, HULU TERENGGANU, TERENGGANU
KERJA–KERJA STOP AND GO SEMASA KERJA – KERJA LAUNCHING BEAM DIJALANKAN
Untuk makluman, kerja–kerja launching beam akan di jalankan pada 24 Oktober 2026 bagi menyiapkan projek Penggantian Jambatan FT014/141/30 Sungai Pela, Hulu Terengganu, Terengganu. Laluan ini dijangka akan mengalami sedikit gangguan trafik semasa kerja-kerja launching beam dilakukan seperti berikut;

Tarikh: 24 Oktober 2026
Masa: 8 pagi – 5 petang

GANGGUAN TRAFIK DI JANGKA BERLAKU
Gangguan trafik di jangka akan berlaku buat sementara waktu di sepanjang laluan sementara yang di bina bersebelahan Jambatan Sungai Pela. Oleh itu, para pengguna jalan raya di nasihatkan untuk merancang perjalanan anda dengan sewajarnya bagi mengelakkan kelewatan sampai ke destinasi yang di tuju. Pengguna jalan raya di nasihatkan mematuhi arahan petugas trafik, papan tanda keselamatan dan had laju yang ditetapkan, khursusnya ketika melalui zon pembinaan.

KERJASAMA, KESABARAN SERTA PEMATUHAN TERHADAP ARAHAN PETUGAS TRAFIK DAN PAPAN AMARAN AWAL
Pihak pengurusan projek memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh perlaksanaan projek dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ribuan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran semua pihak.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

NOMBOR TELEFON KECEMASAN:

1. NIK MUHAMMAD IMRAAN BIN NIK MOHD ARIFF Project Manager 013-9667434
2. MOHAMAD AMIR ZAKRI BIN CHE MAT Traffic Management Officer 013-7425376
3. NURUL AIN FATIHAH Site Safety Supervisor 010-5701015
4. AHMAD ANIZAM BIN AHMAD ALMI Site Engineer 016-4533954

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI
TERIMA KASIH

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu
Bahagian Jalan JKR Terengganu

21/10/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 19/2026 : PEMAKAIAN BAJU BATIK MALAYSIA BAGI PENJAWAT AWAM Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia

20/10/2026

BINGKISAN INTEGRITI JKR SIRI 20/2026 : LARANGAN MEMOHON SUMBANGAN LUAR Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Kementerian Kerja Raya Malaysia

14/10/2026
14/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐀𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐉𝐊𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ingin menegaskan bahawa poster bertajuk “Tuntutan Ganti Rugi JKR – Kereta Rosak Sebab Jalan Berlubang” yang tular di media sosial adalah PALSU dan bukan merupakan hebahan rasmi JKR Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan maklumat dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan. Marilah kita bersama-sama membendung penyebaran maklumat palsu dengan merujuk saluran rasmi JKR Malaysia sebagai sumber maklumat yang sahih dan terkini.

Semak kesahihan. Hentikan penyebaran maklumat palsu.




MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA SEBUAH PEJABAT UNTUK PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)  BUKIT DIMAN, TERENGGANU (AHEAD ...
13/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA SEBUAH PEJABAT UNTUK PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) BUKIT DIMAN, TERENGGANU (AHEAD OF TIME)

12 Oktober 2026 – Majlis penyerahan projek pembinaan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman telah berlangsung dengan jayanya melalui tiga peringkat penyerahan, bermula daripada pihak kontraktor kepada JKR Negeri Terengganu, seterusnya kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan akhirnya kepada wakil Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman.
Semoga kemudahan baharu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi melancarkan urusan pentadbiran serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada ahli-ahli pertubuhan peladang.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

12/10/2026

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH

Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang – Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.


Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu
Bahagian Jalan JKR Terengganu

Address

Pejabat Jurutera Daerah, JKR
Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share