Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas

Directions Website

Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas PAC Padang Rengas terletak di Pekan Padang Rengas.

Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan perkhidmatan penggunaan komputer serta akses internet percuma kepada orang awam.

๐Ÿง  HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA | 10 OKTOBER ๐Ÿ’šKesihatan mental bukan sekadar tiada penyakit jiwa, tetapi ia tentang kese...
10/10/2026

๐Ÿง  HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA | 10 OKTOBER ๐Ÿ’š

Kesihatan mental bukan sekadar tiada penyakit jiwa, tetapi ia tentang kesejahteraan fikiran, emosi, dan ketenangan diri kita setiap hari. Sama seperti tubuh fizikal, minda kita juga memerlukan penjagaan, rehat, dan sokongan yang secukupnya.

๐ŸŒฑ Sama-sama kita amalkan:

Peka & Sedar: Kenali tanda-tanda awal kelesuan emosi atau stres berpanjangan.
Jaga Diri: Utamakan rehat, tidur yang cukup, dan aktiviti yang menenangkan minda.
Saling Menyokong: Jadilah pendengar yang baik untuk rakan-rakan dan keluarga. Jangan ragu untuk meminta bantuan.

Ingatlah, mendapatkan sokongan dan bantuan bukannya tanda kelemahan, tetapi langkah awal menuju pemulihan dan kesejahteraan diri.

Kesihatan mental anda adalah keutamaan. Jaga diri, jaga minda! โœจ

JOM JADI AHLI PERPUSTAKAAN DENGAN SISTEM PINTAR! ๐Ÿ“ฑโœจPerpustakaan kini lebih moden dan mudah diakses.Dengan PINTAR, anda b...
03/10/2026

JOM JADI AHLI PERPUSTAKAAN DENGAN SISTEM PINTAR! ๐Ÿ“ฑโœจ
Perpustakaan kini lebih moden dan mudah diakses.

Dengan PINTAR, anda boleh:

โœ… Daftar/urus keahlian.
โœ… Semak rekod pinjaman.
โœ… Tempah bilik/fasiliti.
โœ… Menyertai program kami.
โœ… Bantuan & aduan pantas.

Tak perlu lagi bersusah payah! Semuanya kini dalam genggaman anda.

๐ŸŒŸ Jom imbas kod QR atau lawati portal kami di https://pintar.ppanpk.gov.my/ untuk bermula!
Kongsi info ini sekarang! ๐Ÿ“ฃ

Buku baru @ PAC Padang Rengas bulan ini.โœจ"๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข-๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข." KITA-unik ...
01/10/2026

Buku baru @ PAC Padang Rengas bulan ini.โœจ

"๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข-๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข." KITA-unik meskipun berbeza.


04 Sept 2026(Jumaat) - Terima kasih adik-adik yang hadir buat sandwich sempena program cuti sekolah tempoh hari & terima...
29/09/2026

04 Sept 2026(Jumaat) - Terima kasih adik-adik yang hadir buat sandwich sempena program cuti sekolah tempoh hari & terima kasih juga kepada ibu bapa atas sokongan. ๐Ÿ˜‹โค๏ธ

27 Sept 2026(Ahad) - Pihak Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan peluang untuk kami sama-sama menjayakan Program Jelajah YAKIN & Karnival Pendidikan DUN Lubok Merbau 2026 di SMK Tun Perak. Tak lupa juga kepada pengunjung yang hadir meluangkan masa ke ruang kami, kami amat berterima kasih. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜‡

19/09/2026

Topi keledar bukan sekadar memenuhi peraturan, malah berfungsi melindungi kepala daripada kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Sayangi anak-anak, lindungi mereka setiap kali menaiki motosikal.







Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN PADANG RENGAS CUTI UMUM HARI MALAYSIA.DI KESEMPATAN ITU JUGA ...
15/09/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN PADANG RENGAS CUTI UMUM HARI MALAYSIA.

DI KESEMPATAN ITU JUGA KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI MALAYSIA PADA SEMUA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿซถ

08/09/2026

๐ŸŒซ๏ธ Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kualiti udara semakin merosot. Kurangkan aktiviti di luar, kekalkan hidrasi dan gunakan pelitup muka yang bersesuaian bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

๐Ÿ“ฑ Semak bacaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui portal rasmi dan rancang aktiviti harian dengan sewajarnya. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya mengalami batuk berterusan, tekak perit, mata pedih atau sesak nafas.

๐Ÿ“ฒ Baca di portal DBook Penerangan๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-siri-33-2026-lindungi-diri-ketika-jerebu

๐Ÿ”— Laman Rasmi
https://www.penerangan.gov.my/




03/09/2026

๐Ÿ“– Setiap bacaan ada ceritanya. Setiap cerita ada maknanya. โค๏ธ

Pernahkah sebuah buku menjadi teman ketika sunyi, memberi kekuatan ketika diuji atau membuka lembaran harapan dalam hidup anda?

Kini, cerita itu boleh menjadi inspirasi kepada seluruh Malaysia.

๐ŸŽฅ Pertandingan Video Naratif โ€œCerita di Sebalik Bacaanโ€ anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia sempena Program Sehari Bersama OKU 2026 mengajak komuniti OKU berusia 18 tahun ke atas untuk berkongsi kisah peribadi, pengalaman dan makna di sebalik bahan bacaan yang dekat di hati.

โœจ Kongsikan cerita anda.
๐Ÿ“š Hidupkan kisah di sebalik bacaan.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jadikan suara anda sebahagian daripada cerita Malaysia yang lebih inklusif dan bersatu.

Lebih menarik, anda berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000! ๐Ÿ†๐Ÿ’ฐ

๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan: 25 September 2026

Jangan biarkan cerita anda hanya tersimpan di dalam hati. Cerita anda mungkin mampu menyentuh hati, memberi inspirasi dan mengubah perspektif seseorang.

๐Ÿ‘‰ Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat pertandingan dan membuat penghantaran penyertaan.

Kerana setiap cerita berharga. Setiap suara bermakna. Dan setiap insan mempunyai kisah untuk dikongsi. โค๏ธ

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Perpustakaan Negara Malaysia




๐ŸŒŠ KHAZANAH SAMUDERA: KEPULANGAN RAJA PENYU KE TERENGGANU ๐ŸขSelepas bertahun-tahun sepi tanpa pendaratan, seekor Penyu Bel...
03/09/2026

๐ŸŒŠ KHAZANAH SAMUDERA: KEPULANGAN RAJA PENYU KE TERENGGANU ๐Ÿข

Selepas bertahun-tahun sepi tanpa pendaratan, seekor Penyu Belimbing (Leatherback Turtle) telah mendarat kembali di Pantai Marang, Terengganu pada 1 September 2026.

Gergasi laut ini merupakan spesies penyu terbesar di dunia yang kini semakin pupus dan terancam kritikal. Kemunculan semula ini memberi sinar harapan baru buat ekosistem marin negara kita.

Sebanyak 44 biji telur telah selamat dialihkan ke Hatceri Rantau Abang oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan dijangka akan menetas dalam tempoh 7 hingga 9 minggu lagi. Sama-sama kita mendoakan agar anak-anak penyu ini dapat menetas dengan selamat dan kembali berenang bebas di lautan luas!

02/09/2026

๐Ÿ“š๐ŸŽจ ๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‘๐„๐‘๐”๐€๐ˆ ๐Š๐€๐Œ๐ˆ!

Sempena ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ & ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ & ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ, pelbagai pilihan jualan buku dan kraftangan bakal menanti anda sepanjang dua hari acara! โœจ

๐Ÿ“š Jualan Buku โ€“ pelbagai bahan bacaan untuk kanak-kanak, remaja dan seisi keluarga.
๐ŸŽจ Jualan Kraftangan โ€“ hasil kraftangan yang menarik dan unik untuk diterokai.

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿญ & ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
โฐ ๐Ÿด.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฒ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ (๐—ฃ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฃ๐—ธ)

Jom singgah, terokai dan dapatkan pilihan kegemaran anda!

Jumpa anda di sana! ๐ŸŽ‰

Address

Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas
Kuala Kangsar

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share