27/06/2025
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H
Awal Muharam bukan sekadar tahun baru, tetapi lambang hijrah menuju perubahan.
Sempena 1 Muharam, marilah kita bersatu memperkasa ummah, menyubur perpaduan, dan menjulang nilai Islam dalam masyarakat.
Hijrah itu pengorbanan.
Hijrah itu perjuangan.
Ayuh, kita teruskan langkah bersama – demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.
14/06/2025
Mewakili Muafakat Nasional Kuala Kangsar di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kangsar Kali Ke-59.
Alhamdulillah, satu penghormatan dapat bersama dalam majlis yang tersusun dan penuh semangat perjuangan.
Terima kasih atas jemputan serta sambutan yang cukup mesra daripada pihak penganjur.
Semoga PAS Kuala Kangsar terus maju dalam memperjuangkan agenda ummah dan memartabatkan Islam di persada tanah air.
Muafakat diperkukuh, perjuangan diteruskan — demi Agama, Bangsa dan Negara!
30/03/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Muafakat Nasional Kuala Kangsar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Kuala Kangsar yang dikasihi.
Hari Raya adalah simbol kemenangan, bukan hanya dalam menempuh ujian Ramadan tetapi juga dalam memperkukuh perpaduan dan meneruskan perjuangan membina ummah yang bersatu padu.
Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah, memperteguh semangat perjuangan, dan membawa keberkatan buat kita semua.
MENGASIHI, MENYATUI, MENGHORMATI
Ikhlas daripada,
MUAFAKAT NASIONAL KUALA KANGSAR
07/03/2025
ORANG YANG PALING BESAR PAHALA PUASANYA
Imam Ahmad meriwayatkan dari Mu’adz bin Anas
(( أَنَّ رَجُلًا سَأَلَهُ فَقَالَ أَيُّ الْمُجَاهِدِينَ أَعْظَمُ أَجْرًا يَا رَسُولُ اللَّه ؟ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلَّهِ تَعَالَى ذِكْرًا ، قَالَ فَأَيُّ الصَّائِمِينَ أَعْظَمُ أَجْرًا ؟ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلَّهِ ذِكْرًا ، ثُمَّ ذَكَرَ لَهُ الصَّلَاةَ وَالزَّكَاةَ وَالْحَجَّ وَالصَّدَقَةَ كُلُّ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : أَكْثَرُهُمْ لِلَّهِ ذِكْرًا ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لِعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : ذَهَبَ الذَّاكِرُونَ بِكُلِّ خَيْرٍ !! ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَجَلْ )) .
Ada seseorang bertanya, “Siapakah mujahid yang paling besar pahalanya wahai Rasulullah..?”
Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingat Allah padanya..”
Ia berkata, “Siapakah orang berpuasa yang paling besar pahalanya..?”
Beliau bersabda, “Yaitu yang paling banyak mengingat Allah padanya..”
Lalu ia menyebut solat, zakat, hajji dan sedekah. Semua itu dijawab oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi Wasallam, “Yang paling banyak mengingat Allah padanya..”
Abu Bakar berkata kepada ‘Umar, “Orang yang banyak berdzikir telah pergi membawa segala kebaikan..” Maka Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Benar..”
Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata :
(( أن أفضل أهل كلِّ عملٍ أكثرهم فيه ذكراً لله عز وجل ؛ فأفضلُ الصوَّام أكثرهم ذكراً لله عز وجل في صومهم ، وأفضل المتصدقين أكثرهم ذكراً لله عز وجل ، وأفضل الحجاج أكثرهم ذكراً لله عز وجل، وهكذا سائر الأعمال))
“Sesungguhnya :
● orang yang paling utama dari orang yang beramal adalah yang paling banyak mengingat Allah ‘Azza wajalla padanya..
● orang yang berpuasa yang paling utama adalah yang paling banyak mengingat Allah ‘Azza wajalla saat puasanya..
● orang yang bersedekah yang paling utama adalah yang paling banyak mengingat Allah ‘Azza wajalla..
● demikian p**a orang yang berhajji dan semua amal soleh..”
01/03/2025
Salam Ramadan Al-Mubarak
Ramadan kembali menyapa, membawa sejuta rahmat dan keberkatan. Bulan yang penuh dengan ketenangan ini mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang.
Semoga setiap langkah kita di bulan ini dipenuhi dengan kebaikan, setiap doa diangkat ke langit, dan setiap amal diterima dengan penuh keberkatan. Mari kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan memperbanyakkan ibadah, berkongsi rezeki, dan memperbaiki diri.
Selamat berpuasa! Semoga Ramadan kali ini membawa cahaya dan kedamaian dalam hidup kita.
MUAFAKAT NASIONAL KUALA KANGSAR
07/12/2023
Lakukanlah kebaikan sekecil apa pun. Sebab kita tak pernah tahu, kebaikan apa yang akan menjadi asbab rahmat untuk kita ke syurga.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
02/12/2023
Muafakat Nasional Kuala Kangsar berkolaborasi bersama beberapa NGO berkongsi rezeki bersama Rumah Titian Kaseh.
Semoga bantuan kecil ini dapat menceriakan anak-anak di pusat tersebut.
02/12/2023
"The Quran is a shifa for you. Read it or listen to it and pay close attention."
Lot's Of Love♥️
18/11/2022
Bersama pengundi di Pasar Pekan Jumaat Manong
18/11/2022
Ziarah pengundi di Kampung Benteng.
18/11/2022
Ziarah pengundi di kampung Bukit Berapit.