Pergigian Kuala Kangsar

Call Directions

Pergigian Kuala Kangsar PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KUALA KANGSAR

[ ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ]Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ang...
03/10/2026

[ ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ]

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota PKPD Kuala Kangsar, Encik Meor Al Hafiz bin Meor Abd Halim dari Klinik Pergigian Pekan yang telah mengharumkan nama PKPD Kuala Kangsar kerana dinobatkan sebagai 3 peserta terbaik dalam kategori penurunan peratus lemak badan dalam program Trim & Fit 2026 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr Muhammad Abbas bin Mohd Firdaus (Pemangku Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Kangsar ) semasa Majlis Perhimpunan Jabatan PKDKK & Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia & Hari Terapi Cara Kerja Sedunia pada 2 Oktober 2026 bertempat di Pusat Transit Kesihatan JAKOA Sungai Siput.

Penyampaian cenderahati daripada PKPD Kuala Kangsar juga telah disampaikan kepada unit KPAS daerah Kuala Kangsar atas kerjasama yang baik sepanjang program Trim & Fit berlangsung.

Jutaan tahniah diucapkan kepada En Meor Al Hafiz bin Meor Abd Halim!

Semoga bermanfaat.



[ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ-๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ & ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž...
30/09/2026

[ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ-๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ & ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]

Tarikh: 29 September 2026
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Asrama Jururawat, Hospital Kuala Kangsar

Tujuan program ini diadakan adalah untuk

๐Ÿฆท meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan pergigian dan meningkatkan kemahiran tentang perkembangan tingkah laku kanak-kanak keperluan khas serta membantu menangani pelbagai masalah kesihatan yang dialami kanak-kanak keperluan khas.

๐Ÿฆท memberi pengetahuan dalam penjagaan kesihatan pergigian dan kemahiran memberus gigi kepada guru dan pembantu.

๐Ÿฆท mempraktikkan amalan memberus gigi dalam kalangan kanak-kanak setiap hari di institusi.

๐Ÿฆท meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut pada tahap yang optimum.

Anggota PKPDKK yg terlibat:

โœ… 2 orang penceramah (Dr Amirah Binti Zulkifli & Dr Isaac)

โœ… 4 orang urusetia (JP Nurul Aina Binti Mat Hasan, JP Rosmahiza Binti Rosli, JP Haryanty Binti Adnan, JPK Hasimah Binti Hashim dan PPK Mohd Faizol Bin Sadrani

โœ… Bilangan peserta: 30 orang

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota PKPD Kuala Kangsar yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



[ ๐๐จ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐„๐Š๐’๐€ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]Barang tersusun, ruang kerja lebih kemas, tugasan harian pun lebih lancar. Semoga be...
28/09/2026

[ ๐๐จ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐„๐Š๐’๐€ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]

Barang tersusun, ruang kerja lebih kemas, tugasan harian pun lebih lancar.

Semoga bermanfaat.



[ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง๐ž๐ฅ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐Š๐๐ƒ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]๐Ÿ—“๏ธTarikh: 23 September 2...
27/09/2026

[ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐จ๐ง๐ž๐ฅ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐Š๐๐ƒ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 23 September 2026
๐Ÿ“Bertempat di : Bilik Mesyuarat, Asrama Jururawat HKK

Telah berlangsung Hari Pendidikan Kesihatan Pergigian Bersama Personel Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat, Asrama Jururawat Hospital Kuala Kangsar.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan hasil pemeriksaan dan rawatan pencegahan awal penyakit pergigian kepada pesakit seawal usia 1 tahun, di samping memberi kesedaran mengenai kepentingan rujukan awal kanak-kanak ke klinik pergigian serta amalan pemakanan yang tinggi kalsium.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar ini telah melibatkan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Jururawat Kesihatan, serta Jururawat Masyarakat dari klinik-klinik kesihatan dalam Daerah Kuala Kangsar.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku.

Pengisian program diteruskan dengan dua sesi ceramah bermaklumat:
- Ceramah 1: 'Penjagaan Gigi Orang Dewasa' yang disampaikan oleh Dr Hamizah Binti Tarmidzi
- โ Ceramah 2: 'Cegah Sebelum Parah: Apa Itu Kanser Mulut?' yang disampaikan oleh Dr Alya Qistina Binti Kamarruden

Sesi diteruskan lagi dengan kuiz dan sesi soal jawab yang interaktif bersama peserta.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan minum petang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada para penceramah, urusetia dari KP Padang Rengas, serta semua peserta yang menjayakan program ini.

Semoga bermanfaat.




[ ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐€๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐š ...
26/09/2026

[ ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐€๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐š (๐Š๐€๐) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ]

๐Ÿ“† Tarikh: 26 September 2026
๐Ÿ“ Tempat: Universiti Sultan Azlan Shah

Pada 26 September 2026, pihak PKPD Kuala Kangsar telah dijemput oleh Reena Learning & Development dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memenuhi slot pengisian sempena Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Program ini melibatkan 40 peserta Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) serta penuntut USAS yang sedang dalam pengajian Pendidikan Awal Kanak- Kanak dan juga mereka yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Dua orang pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Kuala Kangsar telah terlibat dalam program ini. Ceramah bertajuk Kesihatan Pergigian dan Kesihatan Oral Kanak-Kanak telah disampaikan oleh Dr Nurnabilah binti Rohaidi.

Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan oral kanak-kanak, amalan penjagaan gigi yang betul serta peranan pengasuh serta penyelia perusahaan taska dan tadika dalam memastikan kesihatan oral kanak-kanak sentiasa berada pada tahap yang baik. Pengetahuan berkaitan pencegahan masalah pergigian sejak usia awal turut ditekankan bagi membantu membentuk amalan kesihatan oral yang baik dalam kalangan kanak-kanak.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Reena Learning & Development, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Universiti Sultan Azlan Shah kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan program ini. Semoga hubungan dan kerjasama yang baik ini akan terus terjalin selamanya.

Semoga bermanfaat.



[ ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐Š๐ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ]Assalamualaikum dan hai warga Kuala Kangsar! ๐ŸŒŸ๐Ÿ“ฃ Jom ramai-ramai!Klini...
24/09/2026

[ ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐Š๐ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ]

Assalamualaikum dan hai warga Kuala Kangsar! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ฃ Jom ramai-ramai!

Klinik Pergigian Mesra Promosi kini kembali dengan pelbagai aktiviti menarik ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Klinik Pergigian Kuala Kangsar
๐Ÿ—“ 24 September 2026 | โฐ 2.30 โ€“ 4.00 petang

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š



[ ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐•๐ข๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐๐ข ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ...
21/09/2026

[ ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐•๐ข๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐๐ข ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ ]

Pada 21 September 2026, telah diadakan satu lawatan kerja oleh Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Taiping bagi tujuan pengembangan perkhidmatan Visiting Kepakaran Patologi Mulut dan Perubatan Mulut di Klinik Pergigian Hospital Kuala Kangsar.

Lawatan ini dihadiri oleh:
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธDr Nadia Najwa binti Shuhairi, Pakar Pergigian Patologi Mulut dan Perubatan Mulut
๐Ÿง‘โ€โš•๏ธDr Mior Muhammad Akmal bin Mior Muhammad Jani, Pegawai Pergigian Klinik Pakar Patologi Mulut dan Perubatan Mulut
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธPuan Norliana binti Baharum, Pembantu Pembedahan Pergigian

Lawatan ke bilik rawatan KP Hospital Kuala Kangsar serta sesi perbincangan telah dilaksanakan bersama Dr Azizah binti Mohd Idris, Pegawai Pergigian Daerah, Dr Ashwinni A/P Selvarajan, Timbalan Pegawai Pergigian Daerah serta ahli mesyuarat yang lain. Perbincangan ini dilaksanakan agar Klinik Visiting Kepakaran Patologi Mulut dan Perubatan Mulut dapat dijalankan dengan baik pada sesi tahun hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota PKPD Kuala Kangsar yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



[ ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐๐Š๐๐ƒ๐Š๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ (๐Š๐„๐’๐”๐Š๐„๐Š) ]๐Ÿ“†Tarikh: 19 September 2026 (Sa...
20/09/2026

[ ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐๐Š๐๐ƒ๐Š๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐› ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ (๐Š๐„๐’๐”๐Š๐„๐Š) ]

๐Ÿ“†Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
โฐMasa: 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
๐ŸŸ๏ธTempat: Lite Superbowl JB 9, Angsana Ipoh Mall

Pada 19 September 2026 , telah berlangsungnya ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐๐Š๐๐ƒ๐Š๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kuala Kangsar (KESUKEKK) yang dilaksanakan di Lite Superbowl JB 9, Angsana Ipoh Mall.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan anggota PKPD Kuala Kangsar. Program ini telah disertai oleh anggota pergigian dan juga ahli keluarga dari setiap klinik pergigian dalam daerah Kuala Kangsar dengan anggaran lebih kurang 60 orang.

Kejohanan Boling PKPDKK 2026 ini telah dilaksanakan dengan kerjasama anggota dari KP Hospital Kuala Kangsar dan juga Unit Pengurusan PKPDKK.

Aktiviti boling ini telah dirasmikan dengan lontaran pertama dari Pegawai Pergigian Daerah Kuala Kangsar, Dr Azizah binti Mohd Idris bersama-sama Pengerusi KESUKEKK iaitu Dr Muhammad Khairul Azrie dan seterusnya peserta mula bermain sebanyak 2 pusingan.

Akhir sekali, sesi penyampaian hadiah telah disampaikan kepada semua peserta dan antara pemenangnya adalah seperti berikut:

๐Ÿ†King of The Lane: Encik Mohd Johaina bin Kamaruddin (KPH)
๐Ÿ†Queen of The Lane: Pn Nur Ain Binti Kharuzaman (KPPR)
๐Ÿ†Purata Mata Point Tertinggi mengikut Fasiliti: KP Sungai Siput
๐Ÿ†Jumlah Keseluruhan Mata point Tertinggi mengikut Fasiliti: KP Hospital & Unit Pengurusan PKPDKK

Diharap dengan adanya program-program seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat anggota pergigian untuk kekal aktif dan cergas di samping dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota PKPD Kuala Kangsar yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



[ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ฌ๐š๐ก๐š๐ง ๐€๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐๐Š๐๐ƒ๐Š๐Š ]Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 17 September 2026 sempena pertukaran Dr N...
17/09/2026

[ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ฌ๐š๐ก๐š๐ง ๐€๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐๐Š๐๐ƒ๐Š๐Š ]

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 17 September 2026 sempena pertukaran Dr Nor Aaina Adilah ke PKPD Klang, Selangor.

PKPD Kuala Kangsar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bakti yang dicurahkan dan selamat maju jaya.



16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bahagian Kesihatan Pergigian Perak mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara. Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, kita tetap bersatu sebagai satu keluarga besar Malaysia.

โœจ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ โœจ


Address

Jalan Raja Idris, Klinik Pergigian Hospital
Kuala Kangsar
33000

Telephone

+6057761050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share