Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak

Call Directions Contact the organization

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Perak. Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Perak.

(P)erformance
(E)mpathy
(R)esponsible
(A)ctive
(K)nowledge

Selamat Ulang Tahun Encik Nazlan A/L AlangSemoga bertambahnya usia membawa lebih banyak kebahagiaan, keberkatan dan keja...
05/10/2026

Selamat Ulang Tahun Encik Nazlan A/L Alang

Semoga bertambahnya usia membawa lebih banyak kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga segala impian dipermudahkan, segala urusan dilancarkan dan sentiasa diberikan kesihatan serta kekuatan.

Teruslah menjadi insan yang baik, kuat dan memberi inspirasi kepada orang di sekeliling.

Selamat ulang tahun, semoga hari ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perkara indah di masa akan datang.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐩𝐨𝐡, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak berbes...
05/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐩𝐨𝐡, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak berbesar hati menyertai Program MADANI Kita (PMK) 2026 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perak di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun, Ipoh.

AKM Negeri Perak turut membuka reruai pameran yang menyediakan ruang interaksi bersama masyarakat menerusi aktiviti Kuiz Kenegaraan dan Teka Silang Kata, di samping memperkenalkan fungsi serta peranan AKM.

Turut disampaikan slot Interaktif Kenegaraan oleh Encik Muhammad Alif Nadili bin Harire @ Hariri, Penolong Pegawai Latihan AKM Negeri Perak, yang menyentuh aspek sejarah, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan gagasan Malaysia MADANI.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen AKM dalam menyemarakkan penghayatan kenegaraan serta memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.




𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍-𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝟐𝟖-𝟑𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐋𝐊 𝐔𝐋𝐔 𝐊...
01/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍-𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝟐𝟖-𝟑𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐋𝐊 𝐔𝐋𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐒

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Perak selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Ulu Kenas, Kuala Kangsar.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak dengan kerjasama Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) ini menghimpunkan para pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam suasana pembelajaran yang interaktif, santai dan penuh perkongsian.

Daripada sejarah Malaysia, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, hinggalah kepada penghayatan gagasan Malaysia MADANI, setiap pengisian disampaikan melalui sesi interaktif dan latihan dalam kumpulan yang menggalakkan peserta untuk melontar pandangan serta buah fikiran diantara mereka.

Program ini lebih daripada sekadar sebuah kursus, tiga hari ini menjadi ruang untuk menelusuri sejarah, memahami asas kenegaraan dan menghayati nilai teras Malaysia MADANI dalam memperkukuh jati diri sebagai penjawat awam.

Majlis perasmian penutup disempurnakan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah JAIPk.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang dikongsikan terus dibawa pulang dan diterjemahkan dalam tugas, kepimpinan serta khidmat bakti kepada masyarakat dan seterusnya kepada nusa dan bangsa.





Selamat Ulang Tahun Encik Mohd Noor Azim Bin SharifuddinSemoga bertambahnya usia membawa lebih banyak kebahagiaan, keber...
29/09/2026

Selamat Ulang Tahun Encik Mohd Noor Azim Bin Sharifuddin

Semoga bertambahnya usia membawa lebih banyak kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga segala impian dipermudahkan, segala urusan dilancarkan dan sentiasa diberikan kesihatan serta kekuatan.

Teruslah menjadi insan yang baik, kuat dan memberi inspirasi kepada orang di sekeliling.

Selamat ulang tahun, semoga hari ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perkara indah di masa akan datang.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَAKM Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad ser...
28/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
AKM Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔𝟐𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊Akademi Kenegaraan Malay...
24/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟐𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak berbesar hati memenuhi undangan Lembaga Air Perak (LAP) bagi mengisi slot ceramah sempena Program Transformasi Minda Lembaga Air Perak Siri 2/2026 di Tower Regency Hotel & Suites, Ipoh.

Sesi yang bertajuk “Sejarah Kenegaraan Malaysia dan Sistem Pentadbiran Negara” telah disampaikan oleh En. Mohd Aiman Aizat bin Mohd Tahir, Penolong Pengarah AKM Negeri Perak.

Perkongsian selama dua jam ini mengupas berkenaan sejarah pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta sistem pentadbiran Malaysia, di samping menekankan peranan, amanah dan tanggungjawab penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat dan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh kefahaman serta kesedaran peserta terhadap sejarah kenegaraan dan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada jentera pentadbiran negara.







𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 (𝐊𝐓𝐃𝐈) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝟐𝟏 - 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | ...
24/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 (𝐊𝐓𝐃𝐈) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝟐𝟏 - 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐏𝐋𝐊) 𝐔𝐥𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐬, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Kursus Kepimpinan Mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) Universiti Putra Malaysia telah berlangsung pada 21 hingga 23 September 2026 di PLK Ulu Kenas, Perak. Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri, Negeri Perak ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kenegaraan serta membudayakan nilai teras Malaysia MADANI dalam kalangan generasi muda.

Oleh itu, pelbagai pengisian yang merangkumi sejarah kenegaraan, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan serta dasar-dasar kerajaan semasa diketengahkan sebagai wadah dalam menyemai dan meniupkan semangat kenegaraan ke dalam jiwa mahasiswa, sekali gus membentuk generasi muda yang memahami sejarah, menghargai identiti negara serta memiliki jati diri dan kecintaan yang utuh terhadap Malaysia.

Dalam ucapan majlis penutup, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak menekankan bahawa mahasiswa merupakan pencorak masa depan negara. Sebagai belia yang patriotik, mereka perlu mempersiapkan diri untuk mendepani cabaran zaman dengan terus memperkasakan ilmu pengetahuan. Selain itu, golongan mahasiswa turut memainkan peranan penting dalam memperteguh sistem demokrasi Malaysia dengan menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk memperkukuh jati diri, menyemarakkan semangat patriotisme serta menghayati nilai Malaysia MADANI sebagai persediaan menjadi warganegara yang berilmu, berintegriti dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.





𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐂𝐋𝐈𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐌𝐊 𝐂𝐋𝐈𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑Akademi K...
24/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐂𝐋𝐈𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐌𝐊 𝐂𝐋𝐈𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Perak telah turut serta dalam Program Hari Keusahawanan SMK Clifford Kuala Kangsar.

AKM Negeri Perak membuka reruai pameran bagi memberi peluang kepada guru dan pelajar mengenali dengan lebih dekat fungsi serta peranan AKM dalam memperkukuh penghayatan nilai kenegaraan dan semangat patriotisme.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti Kuiz Kenegaraan dan Teka Silang Kata yang mendapat sambutan daripada guru dan pelajar. Aktiviti ini menjadi ruang santai untuk mengimbas kembali pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia, tokoh negara, Rukun Negara dan kenegaraan, di samping memupuk minat pelajar untuk terus mengenali sejarah serta memahami kepentingan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Dalam kemeriahan Hari Keusahawanan, pengisian kenegaraan ini turut melengkapkan pembelajaran pelajar dengan penerapan nilai seperti keyakinan, kreativiti, tanggungjawab dan semangat berusaha, selaras dengan usaha membentuk generasi yang berilmu.





Address

Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057432209

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak:

Shortcuts

Share